CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 2

Iris Hsieh didakwa tidak pernah terlibat dengan dadah

[Copy link]
Post time 4-11-2025 03:44 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Pengurus kepada Hsieh Yu-hsin mempersoalkan dakwaan berkaitan penemuan bungkusan dadah yang dikaitkan dengan kematian pempengaruh media sosial Taiwan itu.


Menerusi hantaran pengurus berkenaan yang dikenali sebagai Chris di akaun Instagram @Rameneater69 menegaskan beliau tidak pernah melihat pempengaruh itu terlibat dengan sebarang penggunaan bahan terlarang.


Chris juga mendakwa serta mempersoalkan adakah dadah tersebut diberikan oleh penyanyi rap Malaysia, Namewee kepada Hsieh atau lebih dikenali sebagai Iris Hsieh Yu-hsi.


“Kami tidak pernah melihat dia berurusan dengan dadah, malah tidak pernah mendengar dia terbabit dengan apa-apa yang berkaitan dengannya.


“Jadi saya mesti bertanya, dari mana datangnya bungkusan dadah yang disyaki itu? Adakah anda (Namawee) yang memberikannya? Adakah anda memperdaya atau memaksanya mengambilnya?” tulisnya.


Sebelum ini Chris turut mendakwa Namawee cuba menyembunyikan sesuatu apabila wujud percanggahan ketara antara kenyataan awam Namewee dan laporan rasmi polis.


Chris berkata dia telah melantik penyiasat persendirian serta menghubungi pihak polis Malaysia beberapa kali untuk mendapatkan kepastian mengenai punca kematian Hsieh atau lebih dikenali sebagai Iris Hsieh Yu-hsi, namun maklumat yang diterima didakwa bercanggah dan tidak konsisten.


Hsieh Yu-hsin, 31, dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air sebuah hotel di Malaysia ketika sedang menjalankan penggambaran bersama Namewee.


Penyanyi itu dikatakan cuba melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebelum menghubungi ambulans sekitar pukul 12.30 tengah hari.


Namewee sebelum ini menafikan dakwaan penggunaan dadah sebagai ‘tidak berasas’, namun polis kemudian mengesahkan bahawa beliau ditahan dan didakwa atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, masing-masing berkaitan pemilikan dan penggunaan dadah.


Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan.


Hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menahan Namewee berhubung kematian Hsieh.


Sebelum ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2025 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp org dalam hotel tu. Dorang bedua je ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2025 09:32 AM | Show all posts
namewee pun bukan clean sgt kan kes dia aritu.
kantoi kat urine, so mmg penagih tegar.
rupanya related juga dgn kes si iris ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.510790 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list