CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 2

[Sukan Bermotor] Bakat go-kart dunia bakal berentap di Litar Antarabangsa LYL

[Copy link]
Post time 30-10-2025 10:06 PM | Show all posts |Read mode
Bakat go-kart dunia bakal berentap di Litar Antarabangsa LYL

Saiful Affendy Sapran[email protected]





BARISAN pelumba terbaik akan berentap bulan depan.




Kuala Lumpur: Malaysia bakal menjadi tumpuan dunia sukan permotoran apabila Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menganjurkan Piala Dunia FIA Karting Arrive and Drive di Litar Antarabangsa LYL, bulan depan.

Acara berprestij yang berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025 itu bakal menghimpunkan 108 pelumba muda berusia antara 12 hingga 19 tahun dari seluruh dunia yang akan bersaing merebut gelaran juara edisi pertama kejohanan itu.

Setiap benua akan menghantar wakil masing-masing, termasuk 40 pelumba dari Asia, sekali gus menggambarkan perkembangan pesat sukan go-kart di peringkat global.

Litar sepanjang 1.5 kilometer di Litar Antarabangsa LYL yang juga litar karting terbesar di Asia dijangka menjadi pentas mencabar buat barisan pelumba dengan selekoh tajam, chicane teknikal dan laluan lurus berkelajuan tinggi, sekali gus menguji keupayaan sebenar setiap pemandu yang ingin membuktikan kehebatan di pentas antarabangsa.

Malaysia turut mempunyai wakil apabila tiga pelumba muda tempatan akan turun beraksi di laman sendiri. Mika Francois Slabbert, 14, akan beraksi dalam kategori junior manakala Ethan Seto dan Daniel Haris Jaeggi, kedua-duanya berusia 15 tahun, bakal bersaing dalam kategori senior.

Ketiga-tiga pelumba negara itu dilihat berpeluang menyerlah di hadapan penyokong tempatan, sambil mengintai peluang untuk mengembangkan karier mereka dalam dunia sukan permotoran antarabangsa.



Presiden Suruhanjaya Karting FIA, Akbar Ebrahim berkata, kejohanan itu bukan sekadar perlumbaan, tetapi medan penting dalam mencungkil bakat baharu di peringkat global.

"Piala Dunia FIA Karting Arrive and Drive bukan sekadar perlumbaan, tetapi peluang bagi bakat muda membuktikan kemampuan dan berkembang sebagai pelumba serba lengkap di awal karier mereka.

"Sebagai acara utama dalam kalendar karting dunia, semua tumpuan akan mengarah ke Malaysia bulan depan apabila kami menampilkan sukan permotoran yang mampu diakses, berpatutan dan berpusat kepada pelumba," katanya.

Acara tiga hari itu turut menampilkan format 'Arrive and Drive' yang unik, iaitu semua pelumba akan menggunakan kart standard yang disediakan oleh OTK Group, sekali gus memastikan pertandingan lebih seimbang dan menonjolkan kemahiran sebenar pemanduan.

Selain itu, FIA juga akan mengadakan bengkel pembangunan pelumba merangkumi aspek keselamatan, pemakanan, perubatan, antidoping serta latihan media, sebagai komitmen untuk membentuk generasi baharu bintang sukan permotoran masa depan.



Disiarkan pada: Oktober 30, 2025 @ 9:04pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/10/1281882/bakat-go-kart-dunia-bakal-berentap-di-litar-antarabangsa-lyl




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2025 10:07 PM | Show all posts
LITAR Antarabangsa LYL jadi medan persaingan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2025 09:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.045602 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list