|
View: 641|Reply: 7
|
Ibu bimbang anak Gen Z tak pandai bawa diri, belum sebulan kerja dah dipecat... Kerja cuci pinggan, angkat ais pun gagal!
[Copy link]
|
|
|
SEORANG ibu meluahkan rasa buntu apabila anak lelakinya yang berusia 18 tahun masih gagal berdikari walaupun sudah mula bekerja.
Berkongsi situasi dialami, si ibu berkata anak keduanya itu baru bekerja di sebuah restoran namun sudah menerima notis buang kerja dalam tempoh kurang sebulan berkhidmat.
"Saya ada anak lelaki umur 18 tahun yang memang tak tahu sangat nak berdikari, dia anak nombor dua.
"Baru-baru ni anak lelaki dapat kerja di restoran, belum sampai satu bulan dah dapat notis buang kerja sebab tidak tahu buat kerja," ujarnya di Thread.
Menurut wanita ini, perkara yang lebih membimbangkan adalah anaknya itu sentiasa perlu diarah meskipun bekerja di seksyen belakang.
"Ditugaskan untuk cuci pinggan, angkat ais dan lain-lain tapi masih tak boleh buat.
"Dia kaki game tapi bukan ML (Mobile Legend) atau PUBG (PlayerUnknown's Battlegrounds) tapi Roblox," tambahnya yang turut kecewa dengan sikap anak lelakinya itu.
Seperti ibu bapa lain, pengadu dan pasangan juga sudah menasihati anak mereka supaya berubah sikap dan tidak sambil lewa dalam hal pekerjaan.
Malah dia mengakui turut memarahi anak lelakinya itu demi masa depan yang cerah.
Namun malangnya, ia tidak diendahkan.
"Ayahnya nasihat, marah tapi tetap macam tu. Bos marah pun dia tak rasa bersalah langsung.
" ergi kerja pun lewat, syif malam," luahnya sambil memuji sikap anak sulung perempuan yang pandai berdikari meskipun baru berusia 19 tahun.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menasihatinya supaya memberi ruang kepada anaknya belajar berdikari dengan menghantarnya ke institut pengajian yang sedikit jauh daripada keluarga.
Tidak kurang juga yang menegurnya kerana terlalu memanjakan anak lelaki sehingga tidak dibenarkan melakukan apa-apa ketika berada di rumah.
"Dia sentiasa dalam dunia dia sehingga tak tahu common sense apabila berada dengan orang lain. Cuba hantar jadi sukarelawan.
"Mungkin ada masalah pembelajaran? Cuba dapatkan nasihat daripada pakar di hospital.
"Orang macam ni kena kerja berkaitan teknologi maklumat tapi kena belajar dahulu," demikian reaksi netizen.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lain macam budak sekarang..gen alpha nanti tak tahu lah macam mana pulak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah dapat staff camni. dia lebih kepada individu sebenarnya. ada je yang dah umo 30-40 tahun pun takleh buat kerja
dalam lautan manusia ni, kita tak tau ya, siapa yang sihat walafiat normal zahir batin, atau ada kekurangan fizikal mental. ada yang struggle dengan sakit penyakit tapi tak bagitau orang. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri
everyone is fighting their own battle, be kind |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sentiasa perlu diarah tu...means budak ni ade ciri2 autism. Mana ada budak lelaki suka diarah. Lelaki kan suka tunjuk hebat..Pi lahh cek kat hospital. Kesian budak tu. Ni bangsa mak pak buat anak bila dah habis sekolah halau pi cari duit..sedangkan bantu la anak tu masuk mana2 ipt barulah dia pandai berdikari jauh dr mak bapak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dekat office aku ada sorang budak ni annoy betul perangai....company ambik untuk tolong2 staf lain more tu clerical clerks. Semua nak kena orang cakap hari2 taw baru dia nak bergerak buat kerja tu even kerja2 tu hari2 kau kena buat...Dia rela duduk kat meja dia main HP, bukak lain2 website even masa kerja. Paling x boleh blah dia boleh selamba je tidur klaw dia nak...Lepas tu kerja dia mmg pattern "Janji buat, betul@tak belakang kira" |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Individu ni, bukan gen z ke gen alpha ke.... budak2 intern & gen-z kat office iols cekap2 semuanya, banyak idea fresh, design pun lawa2, buat kerja pun banyak ajar senior guna tools/cara yang paling mudah, soft skills & PR pun semua bagus,
education background pun semua tak sama, bidang lain2, ada yg anak sulong, ada yg anak tunggal, anak bongsu...so kedudukan dalam keluarga pun bukan main factor.. ada yg degree, ada yang kolej biasa,...
Maybe acik tu kena bawa anak checkup kot...macam ada masalah pembelajaran je.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Parah ni.. kalau kawen harini akad esok dah cerai takpun kene sembelih sbb points Roblox dah kene delete.. ekekeek huhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bdk2 gen Z susah terima teguran / nasihat |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|