CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 1

[Sukan Bermotor] Marquez tamatkan musim 2025 lebih awal

[Copy link]
Post time 24-10-2025 12:06 AM | Show all posts |Read mode
Marquez tamatkan musim 2025 lebih awal

Oktober 23, 2025 @ 6:45pm




Marquez merangkul gelaran dunia buat kali ketujuh di GP Jepun, September lalu. Foto REUTERS



LONDON: Juara dunia MotoGP, Marc Marquez, terpaksa menamatkan musim gemilangnya lebih awal selepas mengalami kecederaan tulang selangka ketika beraksi di Grand Prix (GP) Indonesia awal bulan ini, umum pasukannya, Ducati, dalam satu kenyataan hari ini.

Seminggu selepas menjuarai gelaran dunia kelas perdana buat kali ketujuh di GP Jepun, pelumba Sepanyol berusia 32 tahun itu terlibat dalam perlanggaran dengan pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi, pada pusingan pertama perlumbaan di Mandalika, yang menyebabkan kecederaan berkenaan.

Marquez pada awalnya dijangka kembali beraksi untuk dua pusingan terakhir musim ini di Portugal dan Valencia, namun keputusan terbaru pasukan menyaksikan dia disahkan tidak akan beraksi lagi musim ini.

Ducati memaklumkan, walaupun proses pemulihan berjalan lancar, Marquez perlu menjalani tempoh empat minggu dengan lengan kiri tidak boleh digerakkan langsung sebelum memulakan fasa pemulihan seterusnya.

"Selepas menilai keseluruhan keadaan, saya percaya langkah paling bijak dan tepat ialah menghormati proses penyembuhan semulajadi, walaupun ia bermakna saya tidak dapat menamatkan musim ini," kata Marquez.

"Kami tahu musim sejuk nanti akan menjadi tempoh sukar, dengan banyak kerja pemulihan untuk memastikan otot saya kembali pulih sepenuhnya dan bersedia untuk musim 2026.

"Namun, kecederaan ini tidak akan menenggelamkan kejayaan besar yang kami capai tahun ini iaitu kembali bergelar juara dunia dan kami akan meraikannya bersama tidak lama lagi."

Pelumba ujian Ducati, Michele Pirro, menggantikan Marquez di GP Australia di Phillip Island, namun pasukan itu belum mengesahkan sama ada dia akan terus beraksi pada dua perlumbaan terakhir musim ini.

Walaupun menamatkan musim lebih awal, Marquez masih memiliki kelebihan 166 mata mengatasi adiknya, Alex Marquez (Gresini Racing), yang kini bersaing untuk tempat kedua keseluruhan, manakala Bezzecchi naik ke tangga ketiga dengan ketinggalan 97 mata di belakang Alex. - REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/10/1462451/marquez-tamatkan-musim-2025-lebih-awal





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2025 12:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.073002 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list