CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 884|Reply: 5

‘Influencer’ minta derma, mahu beli iPhone 17 Pro Max

[Copy link]
Post time 29-9-2025 08:36 AM | Show all posts |Read mode





NEW DELHI – Seorang pempengaruh media sosial di India nekad meminta pengikutnya untuk memberikan sumbangan kepadanya agar dia dapat membeli telefon pintar jenama iPhone model terbaharu, lapor stesen penyiaran NDTV.


Gadis bernama Mahi Singh, meminta pengikutnya untuk menderma sebanyak 1 rupee (RM0.04) atau 2 rupee (RM0.09).


Menurut Mahi, dia ingin membeli iPhone 17 Pro Max berharga sekitar 149,000 rupee (RM7,094) yang dilancarkan awal bulan ini.


Dia telah meminta bapanya untuk membeli telefon itu tetapi ditolak kerana telah dihadiahkan iPhone 16 tiga bulan lalu.


“iPhone 17 Pro Max baru sahaja dilancarkan dan saya sangat suka akan warnanya. Tiga bulan lalu, bapa saya telah memberikan iPhone 16. Saya ingin mendapatkan telefon itu untuk hari jadi saya pada 21 Oktober ini.


“Jika anda semua memberikan 1 atau 4 rupee setiap seorang, saya boleh membeli telefon ini. Saya berterima kasih kepada anda kerana membuatkan impian saya menjadi nyata,” katanya di dalam video.


Rakaman itu mencatatkan lebih 38,000 dan menimbulkan pelbagai reaksi.


“Macam mana orang seperti dia dapat ramai ‘followers’?” kata seorang netizen. – AGENSI


Sumber: – Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2025 09:27 AM | Show all posts
bodoh le sape bg kt dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
nisako: bodoh le sape bg kt dia ni

Hahahahah zaman sekarang banyak manusia bodoh tak tahu nak buat apa dgn duit. Yg kaya influencers lol[em:4:] teringin gak la jadi influencer tapi aku nk bagi duit derma tu kat pakestin sebab aku tak banyak duit nak derma kat org2 palestin di twitter X [em:9:][em:9:] Aku rasa bersalah tak mampu bg duit kat mereka walaupun aku hidup selesa makan pakai cukup semua[em:13:][em:9:]
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2025 09:14 AM | Show all posts
siapa bagi dia tak cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2025 11:00 PM | Show all posts
nisako replied at 29-9-2025 01:27 AM
bodoh le sape bg kt dia ni

India ramai. 1 billion warga dia. nak tengok jugak dia berjaya ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2025 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.320655 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list