CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2817|Reply: 17

Isteri risau suami kerja jauh selalu gersang, suka minta video intim... Wanita dah 11 tahun PJJ tampil beri solusi

[Copy link]
Post time 23-9-2025 10:02 AM | Show all posts |Read mode





SEORANG wanita meluahkan kebimbangan apabila suaminya yang bekerja jauh sering meminta gambar dan video intim ketika mereka berjauhan.


Menurutnya, sebagai pasangan baharu berkahwin, dia bimbang sekiranya bahan berkenaan disalah guna atau tersebar secara tidak sengaja.


Namun, pada masa yang sama wanita itu tidak mahu suaminya berkecil hati sekiranya dia menolak permintaan tersebut.







"Nak tanya nafsu lelaki memang kuat bila berjauhan (PJJ)? Dia akan minta gambar seksi isteri untuk puaskan nafsu.


"Tak cukup dengan gambar siap video dia nak. Maaf sebab saya baru kahwin takut nanti dia sebar gambar dan video.


"Bila tak bagi dia cakap saya tak nak layan dia," luahnya di sebuah kumpulan komuniti di Facebook.


Seorang wanita kemudian membalas perkongsian tersebut dengan memaklumkan permintaan itu bukanlah sesuatu yang asing bagi pasangan PJJ.


“Suami saya kerja offshore, dia pun pernah minta gambar dan video. Kami sudah 11 tahun berkahwin. Pada awalnya saya tidak mahu beri sebab risau, bukan kerana tidak percaya, tapi takut kalau telefon hilang atau digodam.


“Saya berbincang dengan suami dan akhirnya kami setuju hanya hantar gambar tanpa menampakkan wajah. Selepas itu, suami terus simpan dalam album tersembunyi,” katanya.


Perkongsian tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen yang menasihatkan agar pasangan PJJ berhati-hati sebelum berkongsi sebarang bahan sensitif bagi mengelak risiko gambar dan video tersebar.







"Jangan, kita pun tak tau jodoh sampai mana. Bukan nak minta yang bukan-bukan tapi untuk ke depan kita tak tahu.


"Setuju terdedah dengan risiko. Ingatlah langit tak selalunya cerah.


"Jangan bagi la. Sekarang suami sendiri boleh jual gambar kalau mereka ada akaun dark side," antara komen netizen.




Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak selamat, lebih baik jangan beri. Kalau phone hilang atau kena godam, malu besar seumur hidup kalau tersebar online.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 23-9-2025 01:23 PM
Kalau nak selamat, lebih baik jangan beri. Kalau phone hilang atau kena godam, malu besar seumur hid ...

Kalau tak beri kang gadoh pulak. Nak buat cane tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2025 01:40 PM | Show all posts
Baguslah segalanya jadi senang disebabkan hidup di zaman teknologi serba maju, buka disana disini boleh nampak dan buka disini disana boleh nampak, buka dua dua sama sana boleh nampak.

Terfikir mereka yang berjauhan di tahun 80an.. mungkin hanya boleh tengok gambar di hari perkahwinan yang disimpan dibawah bantal sahaja! Mungkin ini juga kisah benar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2025 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita asing worang adala...u mau sapa...bangla,indon cinonek,nepal,myanmar,rohingya,pakis???
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2025 03:13 PM | Show all posts
cap melan tgk bideo intim la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2025 03:36 PM | Show all posts
Aiyo bodonya pompuan ni, suruh le laki ko tu tengok p@rn .. belambak kat twitter eh X
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2025 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mimi_mimpi: I dah pernah buat tanpa wajah. ...


Kantoi mcm mana tue? Nampak muka ke? Atau telefon kena godam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2025 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
org dh kawen kalau main sorg2 masih berdosa kan baik isteri atau suami
kalau salah satu pasangan kurang upaya boleh ke main sorg2 gak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2025 11:04 AM | Show all posts
mimi_mimpi replied at 23-9-2025 02:30 PM
I dah pernah buat tanpa wajah. Lepas bertahun akhirnye kantoi jugak. So tak payah la buat.

amboi profile pic,mengundang
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2025 11:06 AM | Show all posts
mimi_mimpi replied at 23-9-2025 02:30 PM
I dah pernah buat tanpa wajah. Lepas bertahun akhirnye kantoi jugak. So tak payah la buat.

amboiiiii

gmbr ceni tak kisah pulak

owh ye sbb tak nmpk wajah, ye dop






Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pjj tak pjj, kepala asyik igt itu je ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2025 06:53 PM | Show all posts
Minta gambar dia juga. Sama2 simpan kalau gaduh sama2 sebar, sama2 ke jurang yang dalam


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2025 07:12 PM | Show all posts
Encik polis dah bagi tau simpan gambar xxx dalam Phone untuk kegunaan sendiri pun satu kesalahan. Sampaikan hp peribadi orang pun pihak berkuasa nak check
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2025 01:36 PM | Show all posts
mimi_mimpi replied at 23-9-2025 02:30 PM
I dah pernah buat tanpa wajah. Lepas bertahun akhirnye kantoi jugak. So tak payah la buat.

nampak wajah skit lg tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2025 05:42 PM | Show all posts
sih la si somi kawin lain kt sana
apa susah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2025 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jijiknya
org lelaki normal tak minta la benda2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2025 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mimi_mimpi replied at 23-9-2025 02:30 PM
I dah pernah buat tanpa wajah. Lepas bertahun akhirnye kantoi jugak. So tak payah la buat.

ni MN @ifanonline ke
biasa ipan je yg suka melucah mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:32 PM GMT+8 , Processed in 1.400944 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list