CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 219|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Skuad wushu raih ganjaran RM480,000

[Copy link]
Post time 10-9-2025 10:46 PM | Show all posts |Read mode
HANNAH (tiga dari kiri) ketika meraikan atlet-atlet wushu negara yang tiba di KLIA hari ini. - FAISOL MUSTAFA





Skuad wushu raih ganjaran RM480,000



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 10 September 2025, 6:43 pm


Share on linkedin




SEPANG – Kejayaan yang diraih skuad wushu negara pada Kejohanan Dunia 2025 di Brasilia, Brazil baru-baru ini tidak dipandang sepi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan insentif berjumlah RM480,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepada skuad sukan tempur tersebut.

Hannah berkata, insentif itu adalah meliputi lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa yang dimenangi pada Kejohanan Dunia ke-17 berkenaan.

“Hari ini kita mengalu-alukan kepulangan atlet-atlet wushu dari Kejohanan Dunia dan ini merupakan pencapaian terbaik menerusi lima emas, satu perak dan dua gangsa.

“Pasukan wushu akan menerima ganjaran RM480,000. Satu emas akan diberikan RM80,000, perak RM40,000 manakala gangsa menerima RM20,000,” katanya ketika menyambut ketibaan skuad wushu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pada kejohanan yang berlangsung sepanjang minggu lalu itu, Malaysia meraih lima pingat emas menerusi acara Jianshu dan Qiangshu lelaki (Si Shin Peng), Daoshu wanita (Lee Jia Rong), Nangun wanita (Tan Cheong Min) serta Duilian wanita (Jia Rong, Cheong Min dan Pang Pui Yee).

Sementara itu, Cheong Min turut menyumbang perak dalam acara Nandao wanita manakala dua gangsa hadir menerusi Jia Rong (Gunshu wanita) serta trio Shin Peng, Clement Ting dan Bryan Ti (Duilian lelaki).

Pada masa sama, Hannah turut menjelaskan insentif diterima atlet wushu lebih tinggi berbanding pemain badminton adalah kerana Kejohanan Dunia sukan tempur itu berlangsung dua tahun sekali.

“Ada perbezaan (jumlah ganjaran) antara Kejohanan Dunia dianjurkan setiap tahun seperti sukan badminton dengan mana-mana Kejohanan Dunia yang berlangsung setiap dua atau empat tahun sekali,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan kejayaan diraih skuad wushu pada edisi kali ini adalah disebabkan peruntukan buat sukan itu yang semakin meningkat saban tahun. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/09/10/skuad-wushu-raih-ganjaran-rm480000/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.188727 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list