CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 173|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] RM500,000 dijangka menanti Tang Jie-Ee Wei

[Copy link]
Post time 2-9-2025 01:55 AM | Show all posts |Read mode
RM500,000 dijangka menanti Tang Jie-Ee Wei

Oleh Helmi Talkah - September 1, 2025 @ 8:07pm





Tang Jie-Ee Wei menewaskan pilihan kedua dari China, Zhen Bang-Ya Xin dalam aksi final di Paris, semalam. Foto AFP



KUALA LUMPUR: Kejayaan gemilang beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul sebagai juara dunia semalam berpotensi menyaksikan mereka untuk menerima ganjaran lumayan, setanding apa yang pernah dinikmati beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada 2022.

Tiga tahun lalu, Aaron-Wooi Yik yang mencipta sejarah sebagai wakil pertama Malaysia muncul juara dunia, menerima insentif keseluruhan lebih RM500,000, termasuk RM300,000 daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), RM100,000 daripada penaja 100PLUS dan RM100,000 daripada Yonex.

Mereka turut diberi insentif RM20,000 seorang melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kini, dengan kejayaan Tang Jie-Ee Wei merangkul pingat emas di Kejohanan Dunia 2025 yang menjadi gelaran beregu campuran pertama buat Malaysia, tidak mustahil mereka akan menerima pakej ganjaran menyerlahkan nilai yang sama atau bahkan lebih menarik.

Semalam, Tang Jie-Ee Wei menghadiahkan Malaysia hadiah Hari Kebangsaan paling bermakna apabila menewaskan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 21-15, 21-14 dalam masa hanya 40 minit pada aksi final di Paris.

Pasangan negara itu, disemarakkan sorakan "Merdeka!", tampil penuh inspirasi dengan gabungan kekuatan, ketepatan dan kesabaran untuk menyingkirkan pasangan handal dari China, dengan Ee Wei menguasai permainan di jaring manakala Tang Jie beraksi cemerlang di belakang gelanggang.

Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut berpotensi mendapat ganjaran lumayan selepas bergelar naib juara dunia.

Pasangan ranking nombor dua dunia itu terpaksa akur bergelar naib juara apabila tunduk kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam pertarungan epik tiga set, 14-21, 22-20, 17-21 yang berlangsung selama 83 minit.

Meskipun tidak berjaya menjadi juara, Pearly-Thinaah seharusnya diberikan ganjaran setimpal atas usaha mereka yang menjadi beregu wanita pertama negara melangkah ke pentas final Kejohanan Dunia.

Sebagai rekod, Kejohanan Dunia tidak menawarkan hadiah wang tunai namun pemain yang mengambil bahagian tetap menerima ganjaran lumayan dalam bentuk mata ranking.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/09/1441007/rm500000-dijangka-menanti-tang-jie-ee-wei





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 1.797111 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list