CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 652|Reply: 4

Koleksi Artikel Pendidikan Seks

[Copy link]
Anonymous
Anonymous  Post time 25-8-2025 10:33 PM |Read mode
Edited by Anonymous at 22-10-2025 10:21 PM

Hi,

Ada banyak artikel mengenai pendidikan seks dalam blog ini. Saya cuba letak di sini untuk rujukan semua ya.

Artikel 1: Pendidikan Seks: Apakah Itu Lemah Syahwat?
Artikel 2: Pendidikan Seks: Kenapa suami perlu memiliki zakar yang sihat?
Artikel 3: Pendidikan Seks: Konsep Hubungan Seks Yang Anda Perlu Faham
Artikel 4:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Anonymous
Anonymous  Post time 25-8-2025 10:36 PM
Artikel 1: Pendidikan Seks: Apakah Itu Lemah Syahwat?

Lemah syahwat bermaksud tidak berupaya menonjolkan diri ketika melakukan hubungan seks. Mereka yang menghidap penyakit lemah syahwat sangat sukar untuk memberikan yang terbaik ketika melakukan hubungan seks dan ia boleh terjadi pada suami atau isteri.

Bagi suami yang mengalami penyakit lemah syahwat akan rasa sangat susah hendak tegangkan zakar mereka. Zakar mereka tidak keras, sekeras-kerasnya. Jika keras sekalipun, ia cepat lembik.

Akibat dari zakar yang tidak keras, suami tersebut lebih senang untuk mengalami ejakulasi. Ini kerana zakar yang keras lebih susah hendak keluarkan air mani dari zakar yang kurang keras.

Selain itu, ketika mereka melakukan hubungan seks, mereka cenderung untuk lepaskan nafsu sendiri dari menikmati hubungan seks yang mereka jalani. Maksudnya, minda mereka kurang rasa yakin untuk puaskan pasangan mereka dan lebih yakin untuk puaskan nafsu mereka sahaja.

Bagi isteri, petanda seseorang itu ada penyakit lemah syahwat adalah dia rasa tidak tenteram untuk adakan hubungan seks. Ketika melakukan hubungan seks pula, isteri itu tidak ada minat untuk lakukannya atau tidak ada perasaan untuk lakukannya.

Berbeza dengan suami, isteri yang lemah syahwat tidak akan pancut awal. Sebaliknya sukar untuk pancut atau tidak berupaya untuk merangsang diri dan pasangannya.

Punca bagi penyakit lemah syahwat ini adalah dari dalaman dan fizikal. Dalaman yang di maksudkan diri kita tidak sabar , gelojoh, tidak tenteram, berada dalam keadaan tertekan dan menganggap hubungan seks adalah hubungan nafsu.

Suami yang kurang sabar seperti tidak tahan akan godaan akan selalu melakukan onani. Akibatnya dalaman akan jadi lemah kerana selalu mengalah pada godaan dan ia akan beri kesan pada dalaman seseorang.

Selain itu, fikiran yang terlalu tertekan juga akan menyebabkan seseorang itu alami penyakit lemah syahwat. Jika kita tertekan, kita tidak mampu untuk fokus. Akibatnya, hubungan seks di lakukan secara atas angin sahaja.

Lemah syahwat adalah penyakit dan ia perlu di rawat. Jika anda bahagia melakukan hubungan seks, hidup anda akan jadi lebih bahagia.


Reply

Use magic Report

Anonymous
Anonymous  Post time 25-8-2025 10:39 PM
Artikel 2: Pendidikan Seks: Kenapa suami perlu memiliki zakar yang sihat?

Zakar yang sihat adalah zakar yang mampu mengeras dan membesar apabila di rangsang. Selain itu, zakar yang sihat juga adalah zakar yang mampu tahan lama ketika melakukan hubungan seks. Ramai suami mengabaikan kesihatan zakar mereka kerana bagi mereka ia tidak penting. Namun, sebagai suami yang baik anda perlu memiliki zakar yang sihat.

Zakar yang sihat akan memastikan hubungan seks suami isteri berlangsung dalam keadaan yang baik. Jika suasana hubungan seks berlangsung dalam keadaan baik, anda akan lebih rapat dengan isteri anda dan secara tidak langsung suasana keluarga anda juga akan jadi bahagia.

Apabila seorang isteri terangsang, sel–sel darah di bahagian vagina akan mengembang. Secara tidak langsung, sel–sel seksual akan jadi sangat sensitif di bahagian dalam vagina. Zakar yang keras dan mampu tahan lama akan menyebabkan berlaku geseran yang sihat dan lama dengan bahagian dalam vagina. Akibatnya, si isteri akan rasa kepuasan melakukan hubungan seks.

Berbeza dengan keadaan zakar yang tidak sihat iaitu tidak keras dan tidak tahan lama. Ia akan menyebabkan kurang berlaku geseran di bahagian dalam vagina isteri. Malah, zakar yang lembik atau kurang keras akan membuatkan isteri tidak rasa apa–apa ketika si suami memasukkan zakarnya ke dalam vagina.

Kesan buruk bagi jangka masa pendek jika suami memiliki zakar tidak sihat adalah isteri rasa tidak puas dan anda sendiri rasa tidak puas manakala kesan jangka masa panjang adalah isteri akan rasa dendam pada suami kerana tidak berjaya memuaskan dia dan anda sendiri akan jadi lelaki yang kurang berkeyakinan kerana tidak berjaya memuaskan isteri sendiri.

Oleh itu, amatlah penting untuk seorang suami menjaga kesihatan zakarnya demi kebahagiaan isteri dan anda sendiri. Sekarang adalah zaman moden, anda tidak perlu malu untuk mengakui kelemahan diri. Malah, terdapat banyak produk kesihatan berkenaan pemulihan zakar yang di luluskan pihak kementerian kesihatan berada di pasaran.


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2025 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nama avatar saya tak keluar ya? Kenapa anonymous? Saya dah login huhu
Reply

Use magic Report

Anonymous
Anonymous  Post time 22-10-2025 10:23 PM
Artikel 3: Pendidikan Seks: Konsep Hubungan Seks Yang Anda Perlu Faham

Sebelum anda mahu melakukan hubungan seks dengan pasangan anda, anda perlu faham konsepnya dahulu. Semua perkara di dunia ada konsepnya yang tersendiri. Contohnya konsep makan makanan adalah untuk bekalan tenaga. Jadi, kita perlu makan untuk hidup bukannya hidup untuk makan.

Jika kita faham sesuatu konsep, hidup kita akan lebih bahagia dan teratur. Contohnya jika kita makan hanya untuk bekalan tenaga, kita akan sentiasa sihat kerana tidak makan berlebihan atau makan makanan yang tidak sihat.

Untuk membantu anda peroleh kebahagiaan dari hubungan seks, artikel ini akan mengajar anda konsep hubungan seks. Hubungan seks di lakukan kerana rasa cinta antara suami dan isteri. Selain itu hubungan seks juga adalah keperluan bagi setiap manusia untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik.

Tanpa rasa cinta, anda tidak akan rasa puas ketika melakukan hubungan seks. Ini kerana tanpa rasa cinta, anda akan pentingkan diri ketika melakukan hubungan seks. Secara tidak langsung, anda tidak dapat beri yang terbaik pada pasangan anda dan pasangan anda juga tidak dapat beri yang terbaik pada anda.

Jika anda lakukan hubungan seks kerana nafsu kononnya mahukan kepuasan, anda tidak akan menepati konsep sebenar hubungan seks iaitu hubungan kerana rasa cinta. Akibatnya, anda akan hadapi masalah di kemudian hari. Contohnya anda lakukan hubungan kerana nafsu dan anda berzina. Akibatnya anda mungkin akan di malukan apabila di tangkap basah. Contoh lain adalah perasaan penyayang anda hilang secara perlahan–perlahan dari jiwa anda.

Bagi yang selalu melakukan hubungan seks secara sambil lewa, anda perlu faham hubungan seks boleh beri kesan kepada kedua – dua pasangan. Jika anda lakukan hubungan seks dengan bersungguh – sungguh, badan anda akan akan sihat manakala hubungan seks yang sambil lewa akan membawa penyakit pada badan anda.

Ini kerana hubungan seks yang baik akan hilangkan tekanan di dalam diri dan jika hidup tanpa tekanan, anda akan tenang dan badan anda juga akan sihat. Hubungan seks yang sambil lewa akan menyebabkan anda rasa tidak puas. Akhirnya anda akan rasa tertekan dan perasaan tertekan akan beri penyakit pada badan.

Fahami konsep hubungan seks iaitu melibatkan rasa cinta dan kesungguhan ketika melakukannya, InsyaAllah kehidupan anda akan jadi lebih baik.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.175024 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list