CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6464|Reply: 0

TDM teliti semula SOP babit latihan kadet PALAPES

[Copy link]
Post time 12-8-2025 07:43 PM | Show all posts |Read mode
TDM teliti semula SOP babit latihan kadet PALAPES

BERNAMA




Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berucap pada Latihan Kuasa Tembakan (LKT) Tahun 2025 di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin hari ini. FOTO BERNAMA



Gemas: Tentera Darat Malaysia (TDM) sedang meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan latihan yang dilaksanakan termasuk membabitkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata SOP berkenaan meliputi menambah baik aspek pemeriksaan kesihatan yang perlu dibuat secara lebih teliti sebelum latihan dimulakan.

"Hal ini berikutan latihan ini adalah berisiko tinggi kerana membabitkan penggunaan peluru hidup sekali gus bertujuan menguji dan meningkatkan daya tahan, keyakinan serta keberanian anggota dan pegawai dilatih.

"Latihan (PALAPES) ini dilaksanakan kepada 112 peserta setiap satu sesi, lebih 20 pegawai dan jurulatih ditempatkan untuk mengawasi pelaksanaan eksesais itu, latihan itu juga tidak lama cuma mengambil masa kira-kira 15 minit," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2025 di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Sebelum ini, Kadet PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, Syamsul Haris Shamsudin, 22, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES UTM di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor dengan sebab kematian yang belum jelas serta meragukan.

Penuntut Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu menyertai latihan PALAPES UTM bermula 26 Julai lepas dan dijadualkan berakhir 3 Ogos.

Dalam pada itu, Muhammad Hafizuddeain berkata keputusan siasatan kes kematian pelatih itu yang dijalankan jawatankuasa siasatan TDM akan dimuktamadkan hari ini dan beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu.

"Kejadian yang menimpa amat dikesali, walaupun berlaku dalam satu sesi latihan yang sememangnya dirancang sedemikian rupa," katanya sambil menambah latihan disertai Allahyarham mematuhi SOP ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata TDM sentiasa terbuka dengan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak untuk membekalkan pesawat yang mempunyai keupayaan dan ciri-ciri memenuhi spesifikasi terutama helikopter Black Hawk.

Mengenai LKT, beliau berkata ia membabitkan kira-kira 2,500 anggota daripada ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain julung kali disertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme serta menguji doktrin dan prosedur.

LKT kali ini, katanya turut menumpukan integrasi moden dengan mempamerkan perolehan dron atau pesawat tanpa pemandu (UAS) jenis FlyEye untuk misi risikan, pengawasan dan peninjauan serta penilaian kerosakan pertempuran secara nyata masa.

Ditanya sama ada LKT adalah reaksi kepada ketegangan serantau yang berlaku ketika ini, beliau berkata latihan seumpama itu bertujuan memastikan TDM sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk menangani sebarang kemungkinan ancaman dan melindungi kedaulatan negara.

"Kita tidak boleh menafikan bahawa ketegangan yang berlaku di rantau ini memberikan satu wake up call kepada kita semua bahawa keselamatan negara tidak boleh kita pandang mudah. Latihan ini juga sebagai mesej atau amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keselamatan negara," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 12, 2025 @ 5:14pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1251428/tdm-teliti-semula-sop-babit-latihan-kadet-palapes




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 01:44 PM GMT+8 , Processed in 2.406503 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list