View: 2309|Reply: 12
|
Budak kembar tiga maut didera bapa
[Copy link]
|
|
MUAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Batu Pahat
pada 6 Jun lalu meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa kandungnya.Tay Chin Zhi yang dimasukkan ke hospital itu disahkan mati pada hujung minggu lalu dipercayai akibat kecederaan dalaman, kesan lebam turut ditemui pada sebahagian badannya.
Menurut seorang kenalan keluarga mangsa yang enggan dikenali, Tay ialah pasangan kembar tiga dan anak
bongsu daripada lima beradik.
“Dua minggu sebelum kejadian, saya terlihat kesan lebam pada bahagian muka kanan Tay.
“Saya memaklumkan perkara itu kepada ibunya malah menasihatkannya untuk membawa Tay mendapatkan rawatan,”
katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Bulat, Sungai Balang di sini, semalam.
Katanya, ibu Tay yang berkerja sebagai pengurus di sebuah syarikat ukur tanah di bandar berkenaan seakan
bersikap acuh tidak acuh selain mendakwa kecederaan dialami anaknya itu tidak serius.
Menurutnya, bapa mangsa berusia 36 tahun dan bekerja di pusat jualan benih kelapa sawit kemudian membawa Tay mendapatkan rawatan di hospital swasta itu.
“Beberapa hari kemudian, saya mendapat maklumat Tay disahkan mati ketika dirawat,” katanya.
Kelahiran Tay dan dua beradiknya mendapat laporan luas media kerana tarikh dilahirkan jatuh pada hari mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Lee Choon Guan ketika dihubungi mengesahkan
kejadian dan sudah menerima laporan berkaitannya.
“Susulan itu, kami menahan reman bapa mangsa untuk membantu siasatan sejak Isnin lalu, kes disiasat
mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mendera,” katanya.
“Sabit kesalahan, suspek boleh di penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000
atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Usaha Harian Metro mendapatkan keterangan daripada ibu atau keluarga mangsa menemui jalan buntu apabila
mereka enggan mengulas dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesian budak tu. Aku tengok gambar dia dalam Metro masa mula lahir dan keesokannya pula gambar dia beberapa hari sebelum meninggal.... Kesian, anak sebaik itu dipersiakan. |
|
|
|
|
|
|
|
anak tanpa dosa...
walaupon xmengecap keindahan dunia tp diakhirat dia la mendiami syurga tanpa hisab... |
|
|
|
|
|
|
|
SEDIH BETUL LA CRITE2 MCM NI...SIAN.. |
|
|
|
|
|
|
|
budak 3 taun mmg la nakal....akai tarak ka...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
saiko nye..sian budak kecik tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau x sayang anak napa la p buat anak.. org skrg ni rmi tekanan mental la |
|
|
|
|
|
|
|
baca berita2 mcm nie....mmg buat sedih je.. x dpt nk bygkan sbb ank ku pon umur 3 thn... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah tak mo anak tu... kasi ar kat orang yang sudi nak pelihara dia... banganggggg |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# lemontz
sedihnya baca cerita mcm gini |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la budak2 umor tu. aktif sikit. kena la sabar. hukum gantung ja bapak dia tu kalu salah... |
|
|
|
|
|
|
|
Klu cina apa lg kes mabuk todi le..... |
|
|
|
|
|
|
|
pasal ape maknya yg berjawatan besar berperangai camtu. tak sayang ke anak yg die lahirkan.
yg peliknya, bapak die yg mendera plak pegi hantar ke hospital. |
|
|
|
|
|
|
| |
|