CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18835|Reply: 51

ISLAM DAN ALAM..

 Close [Copy link]
qqqq This user has been deleted
Post time 7-6-2003 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Dipetik dari Al-Quran, surah An-Naml: 88.


"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap pada tempatnya, padahal ia bergerak sepertimana bergeraknya awan; (demikianlah)perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya, sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan"



Dari pemerhatian ruang sain, nampaknya ramai yang maklum dengan ayat ini.
Silakan saudara-saudari untuk kita sama-sama berkongsi pengetahuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2003 09:16 AM | Show all posts
"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap pada tempatnya, padahal ia akan bergerak sepertimana bergeraknya awan; (demikianlah)perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya, sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan"
Reply

Use magic Report

qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 8-6-2003 11:13 AM | Show all posts
Tiada penambahan akan. Dari versi Arabnya sudah jelas di situ.

Sekiranya ada penambahan perkataanakan di situ, ia hanya menghancurkan ayat yang sebelumnya, iaitu

"..engkau menyangkanya tetap pada tempatnya"

Dan akan mansuh perkatan '..padahal..'

Apapun, terima kasih saudara Amorist.

[ Last edited by qqqq on 8-6-2003 at 11:16 AM ]
Reply

Use magic Report

qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 8-6-2003 11:50 AM | Show all posts
Jika dirujuk kepada senario kiamat yang akan berlaku, mungkin boleh saya andaikan ayat itu sepatutnya berbunyi begini(lebih kurang);

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau lihat ia tetap pada tempatnya, nanti(bila sampai waktunya) ia akan bergerak sepertimana bergeraknya awan;


Dan pastinya, gunung tidak lagi berbentuk gunung(tiga segi) melainkan hancur menjadi partikal partikal yang bertaburan dan lebih dahsyat dari gerakan awan itu sendiri. Sepertimana firman Tuhan swt:

"Dan gunung-ganang seperti bulu yang dihambur-hamburkan".

"Apabila bumi digoncangkan sedahsyatnya. Dan gunung-gunung menjadi hancur sehancurnya. Maka jadilah ia debu yang berterbangan.."
Reply

Use magic Report

ione2bliv This user has been deleted
Post time 10-6-2003 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by qqqq at 2003-6-8 11:50 AM:
Jika dirujuk kepada senario kiamat yang akan berlaku, mungkin boleh saya andaikan ayat itu sepatutnya berbunyi begini(lebih kurang);

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau ...



Salam

satu tajuk yang menarik. teruskan qqqq!

Saya nampak begini:

benua asia, afrika, amerika, australia dan lain lain lagi, dulunya bercantum. satu benua.

perlahan lahan benua ini berpisah.  di pisahkan lautan.
mengambil masa jutan  tahun. rujuk ensiklopedia.

Gunung bergerak dalam ertikata ini.


Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 01:14 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Ayat 88 ni perlu dibaca bersama ayat sebelumnya. al-Syaukani menyebut di dalam tafsirnya Fath al-Qadir bahawa ayat 'Dan kamu lihat gunung-ganang itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya' berkait dengan ayat sebelumnya, iaitu 'Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala'. Ini bermakna peristiwa ini berlaku ketika ditiupnya Sangkakala. Pendapat yang sama juga terdapat di dalam tafsir al-Jalalain.

Berkenaan dgn pendapat ione2bliv, saya melihat verb yang digunakan bukan past tense [فعل ماض]. Jadi ia bukan tentang teori pembentukan benua yang telah berlaku tetapi ia adalah peristiwa yang akan berlaku.

Wallahu a'lam.

[ Last edited by nahzaluz on 12-6-2003 at 01:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2003 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by qqqq at 2003-6-7 08:33 PM:
Dipetik dari Al-Quran, surah An-Naml: 88.


"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap pada tempatnya, padahal ia bergerak sepertimana bergeraknya awan; (demi ...


Salam.

Gunung ganang nampak seolah olah saperti tak bergerak. Sebenarnya ianya bergerak assebab  peredaran dan putaran Bumi.

Kamu tak tahu. Kerna itu kamu kena mengaji dan mengkaji.

Akhir ayat itu Allah sabitkan bahawa Dia amat mendalam pengetahuanNya.

Takbirrrr!...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by qqqq at 2003-6-8 11:13 AM:
Tiada penambahan akan. Dari versi Arabnya sudah jelas di situ.

Sekiranya ada penambahan perkataanakan di situ, ia hanya menghancurkan ayat yang sebelumn ...


Saya berpandu kepada terjemahan dan tafsir berikut:

YUSUF ALI (diakui oleh The Presidency of Islamic Research, IFTA, Saudi Arabia):  Thou seest the mountains and thinkest them firmly fixed: but they shall pass away as the clouds pass away: (such is) the artistry of Allah, who disposes of all things in perfect order: for he is well acquainted with all that ye do.

SHAKIR: And on the day when the trumpet shall be blown, then those who are in the heavens and those who are in the earth shall be terrified except such as Allah please, and all shall come to him abased.

Pergerakan bumi yang disebut oleh ione2bliv dan Amir, yang dipanggil "tectonic movements", melibatkan pergerakan "plate" bumi, bukan sekadar gunung sahaja. Qur'an adalah tepat dalam menerangkan sesuatu, dan ayat 27:88 ini jelas hanya menyentuh "gunung", bukan gunung bersama dengan tectonic platenya sekali.

Saya sependapat dengan Nahzalus.

tambah (edit mode)......

opps... terlupa pasal tafsirnya....

"This is so in the present phase of phenominal things, both literally and figuratively. There seems nothing more firm or fixed or permanent than the "eternal hills": yet when the new order of things comes and the new world is brought into being, they will be as flimsy and unsubstantial as clouds".

Tafsir ini jelas menunjukkan sesuatu yang akan berlaku.

[ Last edited by amorist on 13-6-2003 at 09:15 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tenuk9 This user has been deleted
Post time 13-6-2003 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 2003-6-13 09:10 AM:
Saya berpandu kepada terjemahan dan tafsir berikut:

YUSUF ALI (diakui oleh The Presidency of Islamic Research, IFTA, Saudi Arabia):  Thou seest the mountains and thinkest them firmly fixed: but  ...



ermm.. just pertanyaan.. semua nih dari pembacaan sendiri atau pernah pergi kelas (terjemahan, etc..) al-quran. Harap dapat memberi penjelasan, thanks...
Reply

Use magic Report

ione2bliv This user has been deleted
Post time 13-6-2003 04:31 PM | Show all posts
Salam.

Terima kaseh semua. Saya rasa perbincangan ini bermanafaat dan menarik. Saya ra抜kan respon respon kalian.

Nazalus, mengenai [فعل ماض] bukan past tense.
Benar sekali kata saudara. Saya setuju.

Ini pandangan saya. Yang saya tahu.  Penting di ketahui [فعل ماض] sebenarnya ialah
Reply

Use magic Report

qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 12:04 AM | Show all posts
Terima kasih saudara/i atas sumbangan pendapat anda. Betul dah pada sisinya masing-masing seiring dengan perkembangan pengetahuan setiap individu. Pengetahuan yang berkembang dan terus berkembang.

Kita bukan bijak-alim, kita bukan ulama tetapi sekadar mengelurkan pendapat itu tidak menjadi kesalahan. Bukan niat untuk mentafsir apatah lagi mengajar hukum kepada orang lain. Siapalah kita berbanding dengan abid lagi alim orang orang terdahulu.

Berikan ruang untuk saya memberikan pendapat mengikut dimensi saya pula.

Untuk memudahkan, saya bahagikan penerang kepada dua sudut. Sains dan spiritual.
Reply

Use magic Report

qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 12:07 AM | Show all posts
Secara sainsnya.

"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap pada tempatnya, padahal ia bergerak sepertimana bergeraknya awan; (demikianlah)perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya, sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan"


Melihat ayat ini terdapat tiga perkara yang perlu diambil perhatian. Ambil gambaran dan lihat secara berhati-hati;

Pertama, gerakan gunung sama dengan gerakan awan(atau sekurang-kurangnya seakan-akan).

Kedua, gerakan ini berlaku secara sentiasa. Telah, sedang berlaku atau akan berlaku.

Ketiga, gerakan ini tidak disedari oleh kebanyakkan orang.

sambung..
Reply

Use magic Report

qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 12:41 AM | Show all posts
Dihadapan kita ada laut, ada pokok, ada kereta. Kita lihat air cair, batu keras, besi liat. Kita lihat bentuk awan, bentuk gunung dan sebagainya. Semua mempunyai bentuk-bentuk tersendiri.

Kita harus masuk ke dalam bentuk-bentuk dan melihat jauh ke dalam.

Apakah yang membentuk bentuk-bentuk?  

sambung..
Reply

Use magic Report

qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 12:53 AM | Show all posts
Sebenarnya segala bentuk yang kita lihat terdiri dari suatu untaian peristiwa-peristiwa atau proses kejadian. Alam benda ini tersusun oleh untaian-untaian kimia yang dinamakan zarrah juga dikenali sebagai atom.

Jika kita melakukan penyelidikan, yang terakhir kita temui adalah satu unit tenaga berbentuk elektron dan proton yang sama banyak jumlahnya.

Bagi orang biasa, gunung, pokok(dll) adalah kaku dan diam pada tempatnya, tetapi sebenarnya ia adalah terdiri dari tenaga yang bergerak secara berterusan melompat dan teratur(charge and park).

sambung..
Reply

Use magic Report

qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 01:02 AM | Show all posts
Begitu juga benda yang bergerak seperti awan dan sbgnya. Gerakan atau loncatan yang tidak pernah putus dengan kelajuan yang sangat tinggi menjadikan manusia tidak mampu melihat dengan mata biasa.

Apa yang mata biasa lihat sebenarnya adalah kesan dari loncatan atau gerak tersebut. Itulah yang dikenali sebagai 'bentu-bentuk', yakni bentuk air, kapas, logam dan sebagainya.

Apa jua bentu-bentuk yang kita lihat adalah hasil dari peristiwa dan proses yang sama. Gerakkan yang sama. Gerakan awan tiada bezanya dengan gerakan gunung-gunung.

sambung..
Reply

Use magic Report

qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 11:24 PM | Show all posts
Untuk pendapat yang lebih baik, saya mengatakan bahawa gerakan yang dimaksudkan sama bukanlah gerakkan 'berarak'nya awan tersebut tetapi sebenarnya lebih kepada peristiwa loncatan tenaga itu tadi. Sememangnya gerakkan tersebut sama.

Maka di sini tidak lagi ditemui bentuk pejal, cair atau wap, kaku atau berarak.

Bahan yang digunakani untuk pembentukan alam dan manusia bukanlah benda atau zat-zat tetapi adalah 'aksi'.

Benralah kalamulLah al-Quran yang mengatakan manusia dari ekstrak alam. Bahan yang sama.

Bentuk-bentuk adalah kepalsuan kepada manusia(fana).

Yang manusia organisasikan samada kereta, rumah dan sbgnya adalah bentuk-bentuk hampa kesan dari 'aksi'. Hampa seharga dengan sebelah kepak nyamuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 17-6-2003 12:03 AM | Show all posts
Sephirot...
Barangkali ada sesuatu yang mahu kamu sumbangkan. Juga yang lain.

Silakan..
Reply

Use magic Report

qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 17-6-2003 12:31 AM | Show all posts
Gerakan 'aksi' ini bermula seiring dengan terciptanya makrokosmos hingga hapusnya alam ini.

sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2003 10:45 AM | Show all posts
Salam semua.

Apalah engkau qqqq? Agama ini senang untuk diamal dan juga senang untuk difahami. Tafsiran yang begitu mudah di susah susah.......

Kamu kena belajar agama dengan aku..............faham dan amal........faham dan amal...........sebab apabila kamu sudah memahami agama itu.......perkara seterusnya ialah amalkan. Untuk mengamalkan agama ini memerlukan pengorbanan Pengorbanan inilah orang orang yang nak mengamalkan tak sanggup berbuat demikian. Cakap bukan main!!!! Benda yang engkau cakap itu bukan Islam....kerna Islam itu mudah.......Islam itu nasihat..........Untuk menasihat mestilah mudah.........mudah untuk difaham oleh sesiapa yang mendengar......tak kira peringkat mana umur manusia itu.

Aku bagi kamu contoh:

Dalam postings,aku ada mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan gunung ganang itu bergerak memang dia bergerak. Pergerakan gunung ganang itu mengikut peredaran dan putaran Bumi. Kan senang tuuuuu................

Cuba kamu terang  kepada budak budak...bahawa gunung itu bergerak,sudah tentu dia berasa hairan. Kamu katakan lagi dengan budak budak itu bahawa kita pun bergerak. Haaa! yang itu dia hangguh. Kenapa? Memang manusia ini bergerak. Katakan kepada budak budak itu ,bukan itu yang dimaksud. Yang dimaksud dengan manusia bergerak,gunung ganang bergerak ialah begini............... cuba terang dengan lebih mudah pada sesiapa yang tidak tahu.........bahawa Bumi ini beredar mengelilingi Matahari dan berputar pada paksinya. Apakah bukti?????? Bumi beredar kita akan dapat menikmati beberapa musim dan Bumi berputar,kita akan menikmati malam dan siang. EEeeehhhh kan senang tuuuuuuuuu.

Begitulah juga adik..adik...dengan gunung ganang....dia juga bergerak bersama Bumi bergerak dan dia juga (gunung ganang) dapat menikmati musim serta cuaca.

Apa susah....................dengan kamu yang pandai pandai niiiiiiii.......mari kita buka tafsir................tafsir apa yang kamu nak buka...............bukalah .............sudah tentu kamu akan mendapatinya ,kebanyakan dari tafsir menerangkan terhadap ayat itu bersangkutan dengan pergerakan Bumi.

Bikin susah saja........mari belajar agama dengan Amir.................pertama tama,cuba jangan terlibat dengan urusan RIBA dalam kehidupan ini.

Kalau kamu terlibat dengan RIBA ...........rasa rasakanlah diri itu masih jauh lagi dengan kefahaman dan amal agama itu sendiri.............

Nampak macam ........Amir niiiiiiiiii.....saorang yang bangga diri.............tak..pa...asalkan kamu tak nampak orang nya ........dan biarkan saja pada Allah SWT.
Reply

Use magic Report

qqqq This user has been deleted
 Author| Post time 17-6-2003 11:36 PM | Show all posts
Assalamualaikum saudaraku Amir..

Betullah Islam itu mudah, kerana ia fitrah. Namun mudah itu bagaiaman ya? Fitrah itu bagaimana ya?..

Barangkali semudah 2+2 = 4, atau S A Y A = SAYA. Ya itu mudah tetapi jika diajukan kepada pra-sekolah apakah ia dapat memahami?

Bila diceritakan angka 11, 12, 13 dan seterusnya barangkali ia melenting kerana baginya 10 itu angka yang cukup dan paling besar. Tidak ada angka selepas itu. Begitu gambaran bagi pra-sekolah.

Masuk ke sekolah rendah ia diajar lebih dari itu, dengan akal yang berkembang. Tahulah ia 2X3 = 6 dan seterusnya.

Apa itu Islam??.. Kata Islam sahaja sudah menghasilkan berbagai-bagai penafsiran dari banyaknya pendapat. Apakah semudah Islam itu dapat difahami kepada peringkat kelahiran hingga kematian?

Dapatkah sianak berumur 5 tahun memahami bahawa bulan mengitari bumi, bumi mengelilingi bulan? Erti kata bumi sendiri belum tentu ia dapat memahami. Bahkan seumur usia tua sekalipun belum tentu dapat mengerti secara keseluruhan. Apakah unsur bumi? Barangkali ada di sini yang dapat menerangkan sehingga 100% lengkap?

Jadi dimana yang dikatakan mudah? Mungkin mudah pada kamu dan tidak mudah pada orang lain, melainkan jika orang itu berusaha utk memahami apa yang cuba kamu terangkan.

Maka berbagai persoalan akan timbul. Tidak mengapa jika saudara tidak dapat memahami, barangkali ia berguna utk orang lain.

Setiap orang punya pendapat sendiri, dan itu adalah pendapat kamu. Saya amat menghargai. Ini hanya pendapat saya yang mungkin juga tidak sesuai dengan pendapat orang lain. Atau, perlukan sedikit masa utk memahami.

Perihal riba, saya tak boleh sewenang-wenangnya menuduh seseorang. Saya tidak boleh tuduh antara kamu berzina apatah lagi kita sekadar kenal di cyber ini.

Wallahu a'lam..

[ Last edited by qqqq on 17-6-2003 at 11:38 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.091446 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list