|
View: 1592|Reply: 14
|
Song Young-kyu ditemui meninggal dunia dalam kereta
[Copy link]
|
|
|
AKTOR senior Korea Selatan, Song Young-kyu dilaporkan meninggal dunia dalam kereta miliknya awal pagi tadi.
Khabar duka tersebut mengejutkan ramai pihak apatah lagi ketika mendiang masih terpalit dengan kontroversi undang-undang berkaitan kes memandu di bawah pengaruh alkohol (DUI).
Menurut laporan, Young-kyu ditemui tidak bernyawa di kawasan Cheoin-gu, Yongin, yang terletak di wilayah Gyeonggi-do, Korea Selatan oleh seorang kenalan yang kemudian segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Jurucakap Balai Polis Yongin Dongbu mengesahkan bahawa tiada sebarang tanda kekerasan ditemui pada tubuh mangsa dan tiada surat bunuh diri dijumpai di lokasi kejadian.
Setakat ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan pihak berkuasa sedang mempertimbangkan untuk melakukan bedah siasat.
Upacara memperingati mendiang Young-kyu diadakan di Davos Hospital Funeral Hall, Yongin. Proses pengebumian pula dijadualkan berlangsung pada 6 Ogos 2025 dan mendiang akan disemadikan di Hambaeksan Memorial Park.
Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan.
Lelaki yang berusia 55 tahun itu merupakan pelakon berbakat yang pernah membintangi pelbagai drama dan filem terkenal seperti Extreme Job, Stove League, Suriname dan Casino.
Dia memulakan kerjaya lakonan pada 1994 menerusi pementasan teater muzikal kanak-kanak dan sejak itu aktif sebagai pelakon pembantu dalam pelbagai produksi besar.
Namun pada Jun 2025, nama Young-kyu menjadi perhatian selepas ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk sejauh kira-kira lima kilometer dari Giheung-gu ke Cheoin-gu.
Hasil ujian mendapati kadar alkohol dalam darahnya melebihi 0.08%, iaitu tahap yang membolehkan lesen memandu dibatalkan di Korea Selatan.
Meskipun tidak ditahan reman, kes tersebut diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Akibat skandal terbabit, kerjayanya terjejas apabila dia dikeluarkan daripada produksi teater Shakespeare in Love, di mana dia memegang watak Penny-man.
Dua drama yang sudah selesai penggambaran, iaitu I Shopping dan The Winning Try, terpaksa menyunting semula adegan bagi meminimumkan kehadirannya tanpa menjejaskan jalan cerita.
Difahamkan, rakan-rakan terdekat mendiang memaklumkan bahawa keadaan mental Young-kyu semakin merosot selepas skandal tersebut tersebar luas.
Dia dikatakan mengalami tekanan emosi yang berat akibat kecaman netizen dan laporan negatif media.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
takziah pd keluarga mendiang.
on another note, bagus kalau ada undang2 ketat dan tegas giler yg kawalselia driver hanat yg memandu dlm keadaan mabuk kat msia ni. asek2 kad oku jer keluar, boring betul. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Diorang punya takut pada KNetz, smp sanggup ek bunuh diri pdhal kesalahan diorang kalau nk compare pd kesalahan2 retis Malaya ni, jauh beza yach.
Rogol anak dara org, seks bawah umur, dadih, mencuri, lagi bangsat retis Malaya.
Aman2 jah semua muka tebal siap berlakon je lagi. Retis Koleaaa dah Kamikaze bundir. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jd selebriti kt SK, jiwa dan mental kena kuat. netizen dorg bila bab mengecam mmg extreme. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
RIP ,,,,,,,,,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 7-8-2025 09:37 PM
Carcosa replied at 5-8-2025 10:32 AM
Diorang punya takut pada KNetz, smp sanggup ek bunuh diri pdhal kesalahan diorang kalau nk compare p ...
Rasanye bukan sebab kena kecam dengan knetz semata² je tapi lebih kepada hilang punca pencarian dan bebanan kewangan. Bila dah terpalit kontroversi ni, dah takde produksi nak ambik berlakon sbb kena banned, dah tak boleh keluar tv. Dah jatuh ditimpa tangga pulak, kena bayar penalti lagi kat syarikat produksi atau kalau ada kontrak dengan mana² brands. Artis China pun sama. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by telracs at 9-8-2025 08:17 AM
Dia ni yang selalu berlakon jahat tu kan?
Selalu konfius dia dengan sorang lagi yang pelakon antagonis juga tu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini haaa...
Kompius dia dengan Uhm Ki-Joon

|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Netz sna mmg kurang ajar, tu lah apa yg late Sulli rsakn, asek kna buli je
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah jatuh ditimpa tgga, bini plk x nak dia
Terpaksa sewa bilik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by borrow at 12-8-2025 10:29 AM
Retis korea klo kita tak minat betul , mmg boleh terkeliru hehe. UKJ ni byk kali jd pelakon utama , mendiang tk pnh nmpk plak. Selalu jd pembantu je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yoonggi replied at 5-8-2025 04:26 PM
jd selebriti kt SK, jiwa dan mental kena kuat. netizen dorg bila bab mengecam mmg extreme.
SG pernah tgk documentary kat YouTube psal netizen SK ni. Selain suka mengecam dan membawang, faktor kelajuan internet diorg yg amat laju gila itu, menyebabkan kalau ada apa2 gossip, mmg sekejap je dah bertebaran |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|