CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11317|Reply: 205

Buat makan-makan pun kecoh... apa kah?

[Copy link]
Post time 23-7-2025 11:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 24-7-2025 06:54 AM

Baru-baru ini nama aktres Rita Rudaini menjadi perbualan ramai selepas hadir memeriahkan acara potluck yang diadakan di sekolah anak sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin.

Menerusi beberapa perkongsian video di akaun Instagram peribadinya, Rita bersama-sama ibu bapa lain hadir membawa pelbagai jenis juadah makanan untuk dinikmati bersama anak mereka di padang sekolah.

Pada masa yang sama, para pelajar Tingkatan 4 termasuk Airit kelihatan sangat gembira dengan acara tersebut sambil sempat merakamkan trend video bersama-sama.

Walaupun begitu, kapsyen yang ditulis oleh Rita telah menarik perhatian ramai apabila dia dilihat seperti memarahi dan menyindir individu tertentu. Berdasarkan kapsyennya, apa yang Murai faham adalah sepertinya ada individu tertentu kecil hati dan memerli apabila tidak dijemput ke acara potluck tersebut.

“Tu pon jadi isu oleh orang yang berhati busuk. Adu domba. Maka terjadilah ‘Nak buat potluck kena maklum’. Apakah? Nak makan pun salah kah? Kalau saya tulis ni ada kata saya memalukan dan menjatuhkan.”

Tambah Rita lagi, dia mendedahkan tidak pernah berhadapan dengan situasi ini. Rita juga berkata acara potluck sebegini lebih mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan pelajar.

“Hang nak dok bawah tempurung, hang dok la. Tak payah ajak orang lain dok teman hang. Selama bagi anak-anak sis sekolah, tak ada lagi kejadian aneh seperti ini.

Kalau niatnya meraikan, semua orang akan rasa diraikan. Kami percaya, bila semua diraikan tanpa agenda negatif, suasana akan jadi harmoni, anak-anak pun belajar dalam kasih sayang.”

Apabila Murai menjengah ke ruangan komen, seperti ada beberapa pengguna seperti tahu siapakah individu yang dimaksudkan oleh Rita.

“Buat potluck kena maklum ke “hajak” tu. Report je kat Daddy Mara je kalau rules pelik-pelik ni”, komen @roseniezadeck.

“Pahasai ampa tak ajak depa. Cuba ajak sekali. Takdak la “buat potluck kena maklum” hihihi”, komen @sisturhub.
“Sis tak ajak ‘dia’ ke?”, komen @ayuerohanie78.

“Isu ni memang sentiasa ada, mak pak jenis hati busuk. Ingat anak-anak je takut kena buli, parent buli parent pun wujud ok!”, komen @thisisme_34444.

Nasihat Murai, sebagai ibu bapa tidak perlulah wujud perasaan iri hati atau kurang senang jika ada individu lain cuba membuat acara yang dapat mengeratkan silaturahim antara anak-anak. Kita sebagai ibu bapa perlu bersikap terbuka dan turut serta memberi sokongan. Setuju tak?

Murai.MY


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2025 01:21 AM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka hati kau lah makcik.
Memetik kata2, kubur kan asing2.


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni ke yg kata parent batch pecah belah tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 24-7-2025 01:34 AM
Kes ni ke yg kata parent batch pecah belah tu

Ada dabel std kah?


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-7-2025 01:37 AM
Ada dabel std kah?

Ntah baca kat grup tu katanya parent batch berantakan sebab ada segelintir parent buat grup wasap private.buat aktiviti sendiri x inform ajk batch. ada yg tepek kes tu kat fb grup sekolah berasrama penuh mrsm malaysia tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2025 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk masa ya mak2 budak nak bergaduh wpun sibuk bekerja sampai lecak ketiak dibuatnya.
Berpuak puak dlm ws group, mengutuk, menyindir..omds! Anak masuk mrsm ke, sekolah biasa ke. Sama je perangai hauk tak boleh bawak pi majlis anak cerdik pandai belum tentu mak pun cerdik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 07:34 AM | Show all posts
aaaaa tak geng ler tu.. buat laa potluck lain pulak dgn geng lain.
teriingin jugek nak geng artis ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2025 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Low class plak parents pun. Hal sekolah anak2 nk masuk campur buat apa. Yg masuk asrama tu anak2. parents plak lebih sudu dari kuah. Biar la anak2 yg organize event diaorg. hantar asrama nk suruh berdirikarinkan? Anak2 gigih belajar nak banggakan parents. Parents bercekau malukan anak².
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulah i x suka cara parents guna watsapp grup sekolah. Homework kena tanya hari2. Baju sekolah kena pakai yg mana satu. Semua kena spoonfeed. Buat jelah gilir2 potluck hujung minggu. Too many heads takleh sepakat punya. Puak ni minggu ni puak lain minggu depan and so on. Yg penting anak2 happy
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo mak lampir dh bertudung...baguslah
Tp tu tonasi nk bergaduh je mesti ada....redflag betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
tasha replied at 24-7-2025 08:17 AM
Ooo mak lampir dh bertudung...baguslah
Tp tu tonasi nk bergaduh je mesti ada....redflag betul

Haha...dia ni pegi.mana mestii gaduh je la.
Tak matang lansung duk perli parents lain kat ig
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecoh kt grup sbp/mrsm makcik oiii.. bila ada RR di mana2 akan ada kekecohan.. buat makanan2 pun kena la mendapat kebenaran sekolah dan ikut ketetapan sekolah... sbb dikira berkumpul...
Dan aku dgr anak dia tu mrsm ululalbab kan? N aku dgr ada acara bertiktok2 pulak... kdg kan.. kita ni mmg suka sgt nak bergelenyar kat mana2... tp kan.. kita kena sesuaikan dgn event.. kau berada di sekolah.. sekolah pulak dgr katanya ululalbab.. almost semua tu penghafaz2 alquran.. nak masuk ada ujian hafaz quran.. so kena la jaga sikit batas2 nya.. dan andai kata sekolah anak kau tu bukan ulu albab.. dan korang berTT pun bukan keterlaluan, still x perlu lah meroyan terbuka mcm tu.. pertama kau tu public figure.. kedua itu urusan sekolah anak2.. bukan urusan dlm industri seni kau.. so meroyan pun.. meroyan dlm wasap grup sekolah anak hang sudah la... hari tu kecam cikgu, smpai pindah mrsm.. pasni hang nak mintak tukar lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang negatif la dia ni. Ok kalau ya pun kena sindir perlu ka post membebel di Insta?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 23-7-2025 05:46 PM
Ntah baca kat grup tu katanya parent batch berantakan sebab ada segelintir parent buat grup wasap  ...

Menda la toksik sampai camni. Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak2 mrsm memang peghak camni uols. Siap konvoi reramai nak lawat anak. Pastu ada geng memasing. Semua ajet taknak kalah. Time anak nak peksa time tu nak tunjuk kemain supportive potluck bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2025 08:59 AM | Show all posts
ni semua parents yg tak penah merasa dok sbp/mrsm.bila anak dpt masuk tu yg luar biasa dorang punya batak
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 09:08 AM | Show all posts
Orang busy cari duit takde masa untuk semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 09:09 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 24-7-2025 08:54 AM
Mak2 mrsm memang peghak camni uols. Siap konvoi reramai nak lawat anak. Pastu ada geng memasing. Sem ...

ahahahahahhahaha yeke mak mrsm mmg camni rupanya?sbb kwn i anak dia mrsm mmg meriah manjang je potluck bawak ke sekolah bila ari sabtu melawat anak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
brainbiru replied at 24-7-2025 08:26 AM
Kecoh kt grup sbp/mrsm makcik oiii.. bila ada RR di mana2 akan ada kekecohan.. buat makanan2 pun ken ...

Lenkali hantar masuk KYS..atau mana2 skolah provate elite..btol ai setuju..kene ikut peraturan..kene maklum..kang kalau keracunan dsbgnya, xpasal makcik kantin yg kene siasat..
Lg 1.
Kot ye pon xyah la perli2 di medsos..p perli dlm grup wasep je sudah...sesungguhnya die ni kaki gado sungguh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.307985 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list