CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12816|Reply: 14

Skim Latihan 1Malaysia Untuk Siswazah Menganggur Dilancar 1 Jun 2011

[Copy link]
Post time 1-6-2011 09:32 AM | Show all posts |Read mode




Skim Latihan 1Malaysia Untuk Siswazah Menganggur Dilancar 1 Jun 2011
01JUN



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancar oleh beliau esok akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini.

Perdana Menteri berkata berdasarkan program itu, siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mereka yang terpilih akan dibimbing selama setahun, dan selepas itu, dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan, katanya pada jamuan tengah hari sempena Forum Tindakan Belia di sini Selasa.

"Kumpulan pertama 3,000 siswazah akan diambil secara beransur-ansur, dan ini bagi menentukan bahawa kita mempunyai bilangan siswazah menganggur yang paling minimum," kata Najib.

Skim Latihan 1Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Najib juga berkata Sidang Kemuncak Belia Negara dan Forum Tindakan Belia merupakan satu wadah berguna dan berkesan bagi golongan muda menyatakan pendapat dan pandangan serta bagi kerajaan dan sektor korporat mendengar cadangan mereka.

"Ia membolehkan remaja di Malaysia memberikan impak kepada masyarakat.

"Anda mahu satu platform menyuarakan pendapat kepada pembuat dasar tertinggi (Perdana Menteri)...tuan-tuan dan puan-puan, anda berjaya mendapatnya," kata beliau sambil diberi tepukan gemuruh oleh lebih 350 pemimpin belia yang hadir.

Najib berkata sidang kemuncak dan forum berkenaan adalah kaedah baru bagi mewujudkan peluang bagi menarik penyertaan lebih banyak belia.

Pada acara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan, melancarkan Dana Makro myHarapan, yang menyediakan geran kepada belia ke arah membolehkan mereka dipertimbangkan menerima Dana Belia 1Malaysia bagi golongan muda menggunakan bakat dan tenaga mereka untuk kemajuan beliia selain menyelesaikan isu-isu sosial.

myHarapan adalah sebuah yayasan amanah yang menyokong belia dan projek-projek belia yang menyumbang kepada kemajuan sosio ekonomi negara.

Mengenai Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya hujung minggu lepas, Perdana Menteri berkata beliau telah melawat beberapa ruang pameran dan menyertai pelbagai aktiviti bersama belia.

"Malah, lutut saya terseliuh tetapi yang memberi saya semangat ialah melihat anak-anak muda kita begitu bertenaga dan dinamik," katanya.

- BERNAMA





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 10:00 AM | Show all posts
Bestnye...kte yg keje nie nak apply GLC punya susah kecuali klu btul2 bagus.im jeles
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 11:21 AM | Show all posts
maner yg masih menganggur ambik peluang nieh.... daripada dok rumah mengenangkan nasib.... tambahkan ilmu daan pengalaman....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 08:33 PM | Show all posts
nak mohon, tp macam mane?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 09:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by mr_base at 2-6-2011 10:36

info ni dari laman web Unit Perancang Ekonomi (EPU) http://www.epu.gov.my/sl1m_about

SL1M ni start bulan Julai 2011.., tp dianye FAQ tak update..


Objektif


Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.



  


Latar Belakang

Setiap graduan keluaran universiti adalah aset Negara. Oleh itu Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan, terutamanya melalui program-program yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Program-program tersebut telah berjaya mengurangkan mismatch antara keluaran universiti dan keperluan industri. Selain daripada itu, beberapa institusi lain juga turut mengambil peranan untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Bank Negara Malaysia misalnya telah melaksanakan program latihan singkat kepada sejumlah 500 graduan daripada latar belakang keluarga miskin yang mana telah membolehkan graduan tersebut mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Graduan tersebut adalah antara pelajar cemerlang yang mencapai skor CGPA sekurang-kurangnya 3.0. Mereka pada awalnya sukar mendapat pekerjaan kerana kurang keyakinan dan pendedahan kepada aspek sosial etiket sebenar alam pekerjaan. Setelah mereka menjalani latihan pembangunan sahsiah dan internship, mereka mendapat keyakinan diri sehingga terpilih untuk bekerja dalam syarikat-syarikat besar.
  
Berdasarkan kejayaan program tersebut, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan program ini sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) melalui penglibatan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta secara corporate social responsibility (CSR).




Pelaksanaan Program SL1M

Ciri-ciri umum dan pendekatan pelaksanaan program SL1M adalah seperti berikut :
  • Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR;
  • Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training;
  • Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;
  • Kriteria pemilihan peserta :
    • Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5; dan
    • Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011;
  • Kumpulan sasaran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed);
  • Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian. www.epu.gov.my/sl1m; dan
  • Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan.



Prasyarat

Terbuka kepada graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mendapat CGPA 2.5 dan ke atas.




Rasional Logo


Konsep bentuk logo yang direka adalah ringkasan bagi Skim Latihan 1Malaysia iaitu SL1M yang akan dijalankan secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).  Gabungan logotaip  dengan lambang satu Malaysia mencerminkan imej moden dan ringkas berteraskan konsep 1Malaysia

Warna biru pada tulisan mencerminkan kemahiran dan kecemerlangan


Lambang 1Malaysia melambangkan kerjasama pelbagai pihak bagi menjayakan program
  

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 10:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by mr_base at 2-6-2011 10:35

Senarai GLC yang mengambil bahagian dalam menjayakan program SL1M Fasa 1 adalah :


1.    Affin Holdings Berhad - SL1M – AMP and FSTEP (Affin Management Programme and Financial Sector Talent Enrichment Programme)
   
2.     Amanah Raya Berhad - SL1M – AmanahRaya Executive Associate
   
3.     Axiata Group Berhad - SL1M – BLUi (BLUE interns)
   
4.     Bank Negara Malaysia - SL1M – BNMGP (Bank Negara Malaysia Graduates Programme)
   
5.     Bank Pembangunan Malaysia Berhad - SL1M – BPGDP (Bank Pembangunan Graduate Development Programme)
   
6.    Bousted Holdings Berhad - SL1M – Boustead Graduate Internship Programme
   
7.    CIMB Group Berhad - SL1M – CIMB Skill Enhancement Programme
   
8.    Chemical Company of Malaysia Berhad - SL1M - CCM
   
9.    Khazanah Nasional Berhad - SL1M – GEMS (Graduate Employability Management Scheme)

10.    Lembaga Tabung Haji - SL1M – TH Lembaga Tabung Haji
   
11.    MIMOS Berhad - SL1M – MIMOS AcT (MIMOS Acceleration Talent)
   
12.    Malayan Banking Berhad - SL1M – MAYBANK
   
13.    Malaysia Airports Holding Berhad - SL1M – Malaysia Airports
     
14.    Malaysia Building Society Berhad - SL1M – MBSB (MBSB Graduate Training Programme)
   
15.    Malaysian Airlines System Berhad - SL1M – MGT (MH Graduate Trainee) Programme
     
16.    Malaysian Resources Corporation Berhad - SL1M – MRCB

17.    Perbadanan Nasional Berhad - SL1M – PNS Graduate Talent Programme
   
18.    Permodalan Nasional Berhad - SL1M – PNB Investment Bridging Programme
     
19.    Petroliam Nasional Berhad - SL1M – GEES (Graduate Employability Enhancement Scheme)
     
20.     SIRIM Berhad - SL1M – SIRIM
   
21.    Sime Darby Berhad - SL1M – SD MAP 2011 (Management Apprenticeship Programme)
     
22.     Telekom Malaysia Berhad - SL1M – TM GEOP (TM Graduate Employability Outreach Programme)
     
23.     Tenaga Nasional Berhad - SL1M – Program Pembangunan Siswazah

24.    UDA Holdings Berhad - SL1M – SPP UDA (Skim Pelatih Pengurusan UDA)
   
25.    UEM Group Berhad - SL1M – UEM Group Berhad "YES" (UEM Group  Berhad "Young Executive Scheme")
   
26.    UMW Holdings Berhad - SL1M – UMW:GEP (UMW Graduate Enhancement Programme)

http://www.epu.gov.my/sl1m_org
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-6-2011 10:42 AM | Show all posts
Reply 5# mr_base

tq Mr Base 4 d  add info.
   
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 10:43 AM | Show all posts
elaun rm1000 sbln
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2011 12:32 PM | Show all posts
elaun rm1000 sbln
ed_lin Post at 2-6-2011 10:43



    erkk 1k sebulan?? biaq btoiii.. berbaloi x?? konpem ke pas aku join SL1M ni aku akan dpt kje sama ada kat company yg aku attach tu or kat company lain???

aku bru je apply SL1M from TNB td.. huhu ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 01:29 PM | Show all posts
Siswazah, sudah keluar U pun mahu disuap lagi untuk mencari kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:36 PM | Show all posts
erkk 1k sebulan?? biaq btoiii.. berbaloi x?? konpem ke pas aku join SL1M ni aku akan dpt k ...
shasya866 Post at 2-6-2011 12:32


a'ah...1k sbln...bnyk company besar yang nak melatih graduan2 ni...blh cuba le...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:45 PM | Show all posts
Siswazah, sudah keluar U pun mahu disuap lagi untuk mencari kerja.
matrik02 Post at 2-6-2011 13:29

bkn di suap mencari kerja..tapi merebut peluang yang ada.x semua org bernasib baik seperti matrik02 yg bila keluar U terus dpt kerja..semua tu terletak atas rezeki masing-masing..bg setengah orang, mungkin ini peluang yang di nanti untuk menyara hidup walaupun hanya sedikit (di zaman brg mahal ni)
apa pun bersyukur lah rezeki tu masih ada...


nak tny ni...mcm mana nak apply??
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 04:51 PM | Show all posts
bkn di suap mencari kerja..tapi merebut peluang yang ada.x semua org bernasib baik seperti matrik0 ...
ed_lin Post at 2-6-2011 14:45



    u pilih je mane company yg u nak then bukak website dorg bahagian career .. apply kat situ la.. sy dh apply tnb td.. tggu tnb bukak program PEP lama sgt so apply SL1M dulu la.. kang july apply PEP tnb plak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 11:56 PM | Show all posts
untuk siswa lepasan ijazah je kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 12:42 AM | Show all posts
Utk yg br graduate je ke..kalo yg dah lama tp still xkeje or kontrak keje nye xsmbung xleh apply ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.128481 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list