CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12392|Reply: 99

Wanita gaji RM7 ribu kongsi sisi gelap flat B40... 15 tahun hadap jiran masak ketum, kaki gaduh sampai kena lapor polis

[Copy link]
Post time 1-7-2025 09:03 AM | Show all posts |Read mode



MENETAP di kawasan perumahan kos rendah bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan individu, terutamanya apabila berdepan dengan pelbagai kerenah jiran.


Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang individu dipercayai wanita terpanggil berkongsi pengalamannya tinggal di kawasan flat yang rata-ratanya dihuni golongan B40.


"Saya bergaji RM7,000 sebulan tapi tinggal di area flat B40. Semua isu mentaliti B40 dah terkena. Sabar punya sabar, hasilnya kena pijak.


"Umur dah 40an baru faham menteri kata punca miskin sebab malas. 100 peratus betul. Hanya 0.001 peratus yang miskin sebab sakit, accident, dikhianati, ditindas dan sebagainya.


"Yang lain, duit tak ada tapi pakai iPhone, hutang banyak cari ah long, hidup macam tak ada undang-undang. Dah sesak, mulalah drama tak ada pihak datang tolong," tulisnya dalam hantaran tersebut.


Ujarnya, biarpun bertahun-tahun 'menghadap' kejiranan yang penuh dengan sikap negatif, dia memilih untuk bersabar dan membuat hal sendiri, sehinggalah berlaku satu insiden salah faham dengan jiran satu aras.


"Unit saya tepi sekali, ada koridor dan unit mereka tengah, penuh kerusi meja.


"Banyak hal... kacau unit saya seperti anak-anak mereka main bising-bising, tendang rumah saya, masak ketum, main mercun, susun pasu, bagi makan kucing dan macam-macam lagi.


"Saya hanya pekakkan telinga dan butakan mata selama 15 tahun," kongsinya.


Yang terbaru termasuk percubaan untuk memecahkan tingkap dan mencabar saya. - PENGADU


Namun disebabkan terlalu lama bersabar, ujarnya, dia mengambil tindakan mengalihkan barangan jiran yang memenuhi koridor.


Tanpa disangka, tindakan tersebut menaikkan kemarahan jiran berkenaan dan mula melakukan gangguan bertujuan untuk menggertaknya.


"Yang terbaru termasuk percubaan untuk memecahkan tingkap dan mencabar saya. Amaran tenyeh muka dan pecah kepala seperti nak gaduh," ujarnya sambil menambah, dia kemudian bertindak membuat laporan polis demi keselamatannya.


Bagaimanapun individu berkenaan tidak menyatakan sama ada mahu terus menetap atau berpindah dari kawasan tersebut.


Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman serupa malah ada yang lebih teruk ketika menghuni kawasan kejiranan sepertinya.







Dalam pada itu, tidak kurang juga ada netizen menyarankan dia supaya berpindah demi keselamatan diri dan kesihatan mental.


Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2025 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
pindah lah...
I pernah visit my friend kattflat pprt. I terkejut keadaannya. Tulisan grafiti di dinding dan lif, bau hancing kat tangga dan kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg nk kna highlight gaji 7k yer. Sah spesis sangap pakai H tp dok pprt
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 09:35 AM | Show all posts
Gaji 7k tapi duduk pprt, so you not even higher than pprt people sis...kau pun hamak nak curi hak orang miskin. macamana boleh lepas beli rumah situ eh? rumah ppr biasa gaji below rm5k.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 09:40 AM | Show all posts
dah gaji 7k kurang2 cari la kondominum..nak duduk flat tapi banyak komplen.apo
flat apa ko nak harapkan...guard tak ada apa semua..mmg tahi kucing merata ngan bau hancingnya..menyampah betul bila pergi open house rumah kawan otw nak sampai rumah dia penuh tahi kucing potong selera betul
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah gaji rm7k pindah le..
Ada kawasan.yang rumah teres sewa rm1k.je..
Ada rumah nak dijual.subsale,.beli lah kalau kawasan.okay...

Iols.beli.kat kawasan org pencen..mmg.tenang je..
Ada jiran2 yang sama.umor.iols..cuma.tak.ramai.lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2025 09:42 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 1-7-2025 09:16 AM
Mmg nk kna highlight gaji 7k yer. Sah spesis sangap pakai H tp dok pprt

ayat pembuka die teros2 dah mentioned gaji rm7k sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 09:48 AM | Show all posts
sbnrnya nak bgtau gaji 7k tu je kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2025 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu2 Asyik nk turun tangga je mesti dengar kerbau menguak.Muda2 lg dah hisap gam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 10:15 AM | Show all posts
mrsLucky replied at 1-7-2025 09:12 AM
pindah lah...
I pernah visit my friend kattflat pprt. I terkejut keadaannya. Tulisan grafiti di dind ...

lama dulu meols pnh jugak gi umah kawan kat PPRT, rumah dia tingkat 5-6 ntah...gigih meols naik tangga sbb tak berani naik lift yg menakutkan...few years later kawan meols pindah menyewa kat condo, baru selesa nak melawat dia...now dia dah beli condo sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 10:19 AM | Show all posts
gaji banyak pindahlah apartment yg proper...xpayah duduk flat...atleast u ols ada pilihan...cuba bayangkan yg perangai gitu keluarga sendiri, 1 hal xboleh lari dah..kena hadap sampai bila2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 10:37 AM | Show all posts
Flat & masak ketum ni berpisah tiada. Iolls penah pegi flat kuning au3 keramat tu. Mak aih kemain masak ketum. Mak pulak jenis enabler siap gitau dah cukup masak ke belum.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pilihan di tangan sundiri
Its your choice
7k tu dah blh pindah rumah laing
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 11:03 AM | Show all posts
kalau gaji banyak, pindah la area yg lebih selesa. ataupun sbnrnya dia ni dalam kalangan M40, T20, mentaliti dia yg B40. sbb tu tahan duduk kat situ berbelas tahun. nak pindah tmpt atas sikit, nanti dia yang tak sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 11:30 AM | Show all posts
Well...ko duduk mana2 pun akan jumpa peel haram camni regardless flat, condo, rumah teres, banglo sekalipun..Dpt jiran atau komuniti yg OK memang dah boleh sujud syukur..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana lah korang kalau duduk kampung, lagi ramai judgemental.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2025 11:44 AM | Show all posts
7k mcm 700 je skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 12:15 PM | Show all posts
gaji dah besar mcm tu napa tak pindah...baut sakit kepala buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 12:22 PM | Show all posts
gaji 7k okay fahamm tp asal bebal masih nk ddk situ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 12:34 PM | Show all posts
i gi rumah sedara kat flat danau kota yg high density giler.
gi sana je i sakit kepala. dah la flat dia tinggi melangit, blok dekat2, kereta penuh parking serata pelosok. nasib baik rumah dia rendah je boleh naik tangga yg busuk hancing tu.
flat 20 tingkat, satu tingkat 10 rumah. lif ada 2 je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 1.212774 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list