CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2083|Reply: 13

Hasrat kahwin, hidup bersama di Amerika terkubur... Pasangan ini sukar bersatu, cuma mampu bercinta dalam talian

[Copy link]
Post time 17-6-2025 05:01 PM | Show all posts |Read mode





MAJLIS perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Kaherah, Mesir bulan depan terpaksa ditangguhkan saat akhir apabila pengantin perempuan tidak dibenarkan memasuki Amerika Syarikat (AS).


Pasangan pelarian dari Sudan ini, Mohamed Abdo, 44, dan tunangnya, Hana Abdalaziz, 34, masing-masing tinggal di dua benua berbeza selepas melarikan diri akibat konflik di negara asal mereka.


Abdo kini menetap di Virginia, AS, manakala Hana hidup sebagai pelarian di Kaherah.


Mereka diperkenalkan oleh saudara terdekat pada tahun lalu dan mula mengenali hati budi masing-masing melalui panggilan video di aplikasi WhatsApp.


Mereka menjalinkan hubungan jarak jauh, terpisah sejauh lebih 10,000 kilometer tetapi merancang untuk 'bersatu' dengan berkahwin serta memulakan hidup baharu di AS.


Beberapa bulan selepas berkenalan, Abdo yang mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik mengambil keputusan untuk melamar Hana dengan mengirimkan cincin kepadanya.


Malah, satu majlis kecil pertunangan diadakan bersama keluarga Hana sebagai tanda rasmi ikatan mereka.


Segala persiapan majlis perkahwinan termasuk tiket penerbangan ke AS, jemputan serta dokumen perpindahan sudah diuruskan.


Namun impian itu terhenti apabila Presiden AS, Donald Trump mengenakan sekatan perjalanan melibatkan 12 negara, termasuk Sudan.


Meskipun Abdo yang memiliki kad hijau masih dibenarkan keluar masuk AS, sekatan tersebut tidak memberi kelonggaran kepada Hana.


Mereka juga bimbang sekiranya Abdo ke Mesir, dia mungkin tidak dibenarkan kembali ke AS.


Atas faktor itu, mereka terpaksa akur menangguhkan majlis perkahwinan dan meneruskan kehidupan secara berjauhan. -The Washington Post


Sumber :– mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2025 05:18 PM | Show all posts
Kutuk2 Amerika pun bila negara sendiri kucar-kacir situ juga yang dihadap.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 05:27 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-6-2025 05:18 PM
Kutuk2 Amerika pun bila negara sendiri kucar-kacir situ juga yang dihadap.

khenss... tak US, UK, pastu feeling2 prominent family kat sana sebab berduit.... feeling entitled.. walhal nak cabut daripada negara sendiri..
bila local people tak suka immigrant, lagi diorg buat hal. Kalau pergi negara Asia feeling2 tuan... padahal kau pergi Asia sebab murah, dan nak freehair... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pantin pempuan pegi negara yg x kena sanction, dan dari situ pegi ke us, x boleh kah?? Atau both kawen kat negara x kena sanction, lepas tu baru process balik ke us
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 05:35 PM | Show all posts
mungkin kena minta tunjuk ajar dr kuin of el eh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 05:41 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 17-6-2025 05:30 PM
Kalau pantin pempuan pegi negara yg x kena sanction, dan dari situ pegi ke us, x boleh kah?? Atau bo ...

Kalau Trump tu bodoh boleh kot buat gitu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2025 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated: Kutuk2 Amerika pun bila negara ...


Memang patut pun Amerika kutip pelarian pelarian tu semua...punca perang semua dari Amerika....ko tengok je lah macam mana boleh ada orang Korea, Vietnam Iraq Afgan di Amerika tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 07:39 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 17-6-2025 07:41 PM
B40tastePosh replied at 17-6-2025 07:20 PM
Memang patut pun Amerika kutip pelarian pelarian tu semua...punca perang semua dari Amerika....ko  ...

Mengapa MalayDesh X  mengambil alih case ini dengan menerima pasangan ini pindah dan menetap di MalayDEsh ... Saya pun yakin mereka semua beragama islam dengan kualifikasi pendidikan yang cukup baik dibandingkan para pengungsi Rohingya yang anda terima an lindungi selama ini ..
Selain itu merekapun dapat dikonvert dengan lebih mudah menjadi melayu ketika sudah lancar berbahasa dan adat istiadat budaya melayu ....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2025 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 17-6-2025 07:39 PM
Mengapa MalayDesh X  mengambil alih case ini dengan menerima pasangan ini pindah dan menetap di Mal ...

Rohingya tu sama seperti Indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-6-2025 05:41 PM
Kalau Trump tu bodoh boleh kot buat gitu.

Betullah tu bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Ramai je org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2025 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh cuba luck di UK... Briton generous
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2025 08:11 AM | Show all posts
Jika dah jodoh, tidak akan ke mana-mana
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2025 08:23 AM | Show all posts
SalenaGomez: Kalau pantin pempuan pegi negara yg x kena sanction, dan dari situ pegi ke us, x boleh kah?? Atau both kawen kat negara x kena sanction, lepas tu baru ...


Kang bila dah kawen si Abdo nak balik US dah x bole dah.. tak ke haru sis

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.938196 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list