CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10199|Reply: 1

Warga kerja kompeten, unggul, dedikasi sumber kekuatan utama PDRM - KPN

[Copy link]
Post time 7-5-2025 01:41 AM | Show all posts |Read mode
Warga kerja kompeten, unggul, dedikasi sumber kekuatan utama PDRM - KPN

Muhaamad Hafis Nawawi dan Nur Alif Hazmi Suffian[email protected]




Kuala Lumpur: Penilaian MyPerformance yang mencapai markah 90 peratus dan ke atas diambil kira dalam pelaksanaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, selain itu, ia turut membabitkan rekod kehadiran, kekerapan cuti sakit serta pembabitan luar daripada tugas rasmi.

Menurutnya, beliau yakin, menerusi kriteria yang ditetapkan, ia akan membantu warga PDRM untuk terus melipatgandakan usaha agar lebih proaktif dan berdaya saing.

"Ini bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak negara dan masyarakat.

"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Lantaran itu, untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, ia perlu diiringi dengan usaha dan tekad yang jitu.

"Sesungguhnya, warga kerja yang kompeten, unggul dan berdedikasi adalah sumber kekuatan utama pasukan keramat ini," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDRM 2024 di Bukit Aman, pagi ini.

Menurutnya, semangat itu wajar terus disemai dalam kalangan anggota, sejajar hasrat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi.

"APC bukan sahaja diambil kira dalam proses kemajuan kerjaya dan pemberian darjah kebesaran, bintang serta pingat Persekutuan atau negeri, bahkan turut mempengaruhi peluang untuk menyertai kursus dalam serta luar negara.

"Secara keseluruhan, 10,534 pegawai dan anggota menerima pengiktirafan APC tahun ini berdasarkan kuota lapan peratus daripada jumlah keseluruhan mereka yang sedang berkhidmat," katanya.

Beliau berkata, ia meliputi 1,086 pegawai kanan, 8,486 pegawai rendah serta 962 pegawai awam daripada pelbagai peringkat termasuk Bukit Aman, kontinjen negeri, briged serta institusi latihan.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Abdul Majid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur majlis.

Razarudin turut merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menaja hadiah tambahan kepada penerima APC berupa sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berjumlah RM1,000 setiap seorang.

Skim simpanan patuh syariah itu disifatkan sebagai instrumen tabungan awal pendidikan anak-anak, selain memberi pelepasan cukai sehingga RM8,000 serta perlindungan takaful percuma untuk simpanan RM1,000 ke atas.

"Penerima manfaat daripada keluarga berpendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000 juga layak menerima Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga, sekiranya mendaftar masuk ke institusi pendidikan tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Razarudin turut menghargai sumbangan PTPTN melebihi RM67,000 ke tabung kebajikan PDRM serta komitmen penganjur dan jawatankuasa kerja yang menjayakan penganugerahan itu sejak 2019.



Disiarkan pada: Mei 6, 2025 @ 2:39pm



RAZARUDIN menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada anggota polis pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 PDRM di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman. FOTO Saifulizan Tamadi






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2025 01:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 49
bhatt ji
akku8876ddbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 5377 Replies : 1
bhatt ji
akku8876bhatt ji
Views : 1010 Replies : 0
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057166 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list