CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1122|Reply: 1

Dalam masa seminggu je semut dan lipas lenyap terus dari rumah! Petua campuran ubat gigi memang berkesan

[Copy link]
Post time 23-4-2025 12:33 PM | Show all posts |Read mode


CUKUP menyakitkan pandangan apabila melihat semut melata di dinding-dinding rumah dan meja makan.


Cucian kerap pun seolah-olah tidak berhasil kerana semut muncul semula selepas permukaan kering.


Bagi anda yang sering diganggu serangga perosak ini, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan menerusi halaman Facebook Viral Oh Viral.


Paling menarik apabila ia juga dapat menghalau lipas dari rumah anda.


Bahan-bahan:


3 sudu besar gula


4 sudu besar tepung gandum


3 sudu besar ubat gigi


3 sudu besar air


Kaedah penggunaanya:


1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati sehingga menjadi adunan yang halus.


2. Kemudian bentukkan menjadi bola-bola kecil supaya dapat mengumpan lipas dan semut.


3.Letakkan bola-bola campuran ini di kawasan strategik di rumah anda yang sering didatangi semut dan lipas seperti dapur, stor makanan, dan belakang peralatan dapur.


Tip: Ulangi proses ini dua hingga tiga kali seminggu sehingga anda tidak lagi melihat kehadiran semut dan lipas. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 03:10 PM | Show all posts
Terima kasih ke atas tips yang dikongsikan TT ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.061451 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list