CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1260|Reply: 1

[DUNIA] Buku dijilidkan guna kulit badan pembunuh terkenal di UK

[Copy link]
Post time 17-4-2025 05:24 PM | Show all posts |Read mode


BURYSTEDMUNDS: Sebuah buku yang dijilid menggunakan kulit seorang daripada pembunuh paling terkenal di United Kingdom (UK) pada zaman Georgian, William Corder yang dihukum gantung pada tahun 1828 kerana membunuh kekasihnya ditemukan di pejabat muzium.


Corder ditangkap, diadili, dan dihukum mati di khalayak ramai sebelum mayatnya dibedah dan sebahagian kulitnya digunakan untuk menjilid sebuah buku yang menceritakan jenayahnya, dan buku tersebut dipamerkan di Moyse’s Hall Museum sejak 1933.




Namun, baru-baru ini, salinan kedua buku itu yang juga diperbuat daripada kulit Corder ditemukan di rak buku pejabat muzium dan kini dipamerkan bersama buku asal.


Pegawai warisan muzium, Dan Clarke berkata, buku kedua itu mungkin dibuat menggunakan “sisa-sisa kulit” yang tidak digunakan sepenuhnya. Berbeza dengan buku pertama, jilid kedua hanya mempunyai kulit pada bahagian tepi dan sudut.


Clarke memberitahu BBC Radio Suffolk bahawa buku-buku ini mempunyai nilai sejarah yang sangat penting. Namun, penulis Horrible Histories, Terry Deary, menggambarkannya sebagai ‘artifak yang menjijikkan’.


“Ramai penjenayah pada masa itu benar-benar takut dengan nasib ini. Bagi mereka, ini lebih teruk daripada hukuman gantung dengan fikiran bahawa mayat mereka akan dibedah selepas mati,” katanya kepada The Telegraph.


Corder, yang menjalin hubungan sulit dengan Maria Marten, memintanya bertemu di tempat ikonik, Red Barn dengan alasan mereka akan melarikan diri untuk berkahwin.


Sebaliknya, Corder menembak Maria dan menanam mayatnya di kawasan tersebut sebelum ditangkap dan dihukum mati pada 11 Ogos 1828.




Difahamkan, buku kedua itu didermakan berpuluh tahun lalu oleh keluarga yang mempunyai hubungan rapat dengan pakar bedah yang membedah mayat Corder.


Penggunaan kulit manusia untuk menjilid buku dikenali sebagai anthropodermic bibliopegy dan merupakan amalan biasa pada abad ke-19, sama ada sebagai hukuman tambahan untuk pesalah yang dihukum mati atau sebagai cenderamata peribadi bagi doktor. - UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aii gelinya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037244 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list