View: 816|Reply: 14
|
Ramai kutuk piza free Jofliam
[Copy link]
|
|
Niat baik pempengaruh dan usahawan terkenal, Jofliam, berkongsi rezeki selepas melangsungkan perkahwinan dengan Emira Delyati Dewi mencetuskan sedikit kontroversi.
Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita memuat naik foto piza percuma berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan saiz serta kualitinya.
Malah, piza berkenaan turut disamakan dengan roti nan cheese kerana saiznya yang kecil dan sedikit rentung.
"Nan cheese mamak depan rumah nampak lagi menyelerakan dari yang ini.
"Piza pun rentung. Kasihan la walajo (peminat Jofliam) tu. Macam tu je dapat," komen netizen.
Jofliam atau nama sebenarnya Suhaimi, sebelum ini berjanji akan memberikan piza secara percuma kepada orang ramai apabila dia selamat mendirikan rumah tangga.
Dia sah bernikah dengan Dewi pada 5 April lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat.
Sebagai ganti majlis resepsi, Jofliam menganjurkan rumah terbuka dan menepati janjinya dengan pemberian piza dan makanan percuma pada Ahad, bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Menariknya, tetamu perlu ‘battle’ atau bersaing untuk mendapatkan piza tersebut sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.
Acara tersebut dihadiri peminat, malah turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah seperti char kuey teow, apam balik, cendol, pasta, lemang serta air kopi dan teh ais.
Dalam beberapa perkongsian video di laman Instagram milik Jofliam, kelihatan ramai tetamu teruja dan menikmati suasana santai bersama keluarga sambil menjamu selera.
Pada September 2024, Jofliam yang terkenal dengan piza wagyu 'signature' menerima pengiktirafan apabila disenaraikan dalam 100 Chef Pizza Terbaik Dunia 2024 pada kedudukan ke-99.
Namun difahamkan, bagi meraikan peminat pada hari resepsinya, piza yang diagihkan bukan versi wagyu premium, sebaliknya jenis peperoni biasa.
Untuk rekod, Jofliam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama personaliti media sosial, Cik Epal, sebelum berpisah pada Oktober 2024.
Pasangan ini memiliki sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki sepanjang 10 tahun selepas berkahwin pada 1 Jun 2014.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ntah ye ntah tidak ada 300jemputan yang dpt pizza..
ntah2 150 org je since piza dh pecah 4keping...
Lemang n rendang yang dia sembang tu langsung xnmpk batang buluh pun..laki bini sama2 kaki auta kaki spin kaki putar alam |
|
|
|
|
|
|
|
Lol.. sape le yg hadap sgt pi makan kat rumah depa tu.. cik epal tak hadir samakah? ekekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkahkahaaak...hamak sgt ngan pizza free...jatuh maruah siot..takat beep p'roni biasa tu...baru 5 hengget je kat pijahat. |
|
|
|
|
|
|
|
Taj payah battle laa ank aii p tuition slu dapat voucher pizza..mcm2 cash voucher pizza teacher bagi sbb dapat jawab kuiz..murah & berbaloi redeem pizza..ada Domino's, pizza hut & us pizza |
|
|
|
|
|
|
|
tlg ckp takde acikpor yg merendahkan martabat diri g battle utk sekeping pizza yg x menyelerakan mcm ni pls? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada rupa rumah terbuka orang ada-ada.
Setakat guna pinggan dengan sudu plastik tahap piknik barbeku rakyat marhein. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kitty_catz at 17-4-2025 10:14 AM
*edit
mujur dah pindah rumah 
|
|
|
|
|
|
|
|
Pijahat 
|
|
|
|
|
|
|
|
Spya sng buang brotha sisthur, klau pkai pinggan mngkuk yg kaca, lelah nak cuci oooo
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 20-4-2025 03:53 AM
Spya sng buang brotha sisthur, klau pkai pinggan mngkuk yg kaca, lelah nak cuci oooo
Ternyata bibik baru ini pemalas ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb klau ada event, pkai pinggan mngkuk ni sng buang
|
|
|
|
|
|
|
|
iols bukan la pembekap walapel or walajo
tapi benda free ni ko letak angan2 tinggi buatpeeee
hamak sangat benda free
time dia jual 150 ko diam kematu kondem2 mahal la apa la
time dia buat free ko la orang first beratur
pastu kondem2 orang tu
yang pastinya 2 ekor laki exbini mental |
|
|
|
|
|
|
| |
|