CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2674|Reply: 20

[Lain-Lain] NORMA: ANTARA MERTUA DAN MENANTU (TISSA BIANI & POSTPARTUM DEPRESION)

[Copy link]
Post time 9-4-2025 07:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by amandel at 9-4-2025 11:00 AM








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2025 07:33 AM | Show all posts
Cerita filem ini berdasarkan  kisah benar tahun 2022 tentang perselingkuhan antara mertua dan menantu... Norma Risma selaku pemilik cerita mengizinkan Dee Company untuk menjadikan pengalamannya sebagai karya filem... Norma juga terlibat dalam penulisan naskah bersama Oka Aurora (penulis naskah Ipar Adalah Maut)... Filem ni diarahkan Guntur Soeharjanto...

Filem Norma telah ditayangkan dekat Indonesia sejak hari raya Aidilfitri... Cuti hari raya adalah masa yang sering dipertikaikan untuk menayangkan filem... Daripada lebih kurang 200 filem yang telah lulus tapisan pada bulan Februari... Filem ini merupakan antara lima filem yang dipilih untuk ditayangkan pada cuti raya tahun ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2025 10:40 AM | Show all posts
Apabila mendengar cerita ini, mungkin ramai yang tidak percaya bahawa ada seorang ibu yang kejam sehingga menjalin hubungan sulit / perselingkuhan dengan menantunya...

Jika anda menonton beberapa podcast tentang kisah Norma, hubungan antara Norma dan ibunya di dunia nyata sebenarnya baik-baik sahaja sebelum hubungan sulit itu berlaku... Tiada masalah antara Norma dan ibunya, Norma juga pernah mengatakan bahawa dia mempunyai hubungan rapat dengan ibunya... Jadi memang sukar untuk memahami mengapa hubungan sulit itu berlaku dari sudut pandangan Ibu... Iols rasa sukar paham juga...

Dalam filem tu mungkin lain sikit ceritanya... Cerita dalam filem ni tak seratus peratus sama dengan cerita asal... Dalam satu temu bual, pelakon yang melakonkan watak Ibu dalam filem itu berkata, watak Ibu dalam filem itu "sakit"... Sheols  cakap, Ibu dalam filem seperti mempunyai trauma macam baby blues yang berpanjangan... My assumtion maybe postpartum depression (Iols boleh silap)... Perkara ini menjadikan cerita lagi logik... Perkara ini juga mungkin membuat weols lagi mudah memahami watak Ibu Norma dekat filem... Kerana tu, Iols rasa menarik sedikit untuk membincangkan perkara Baby blues dan Postpartum depression ini juga, maybe ade faedah yang bisa diambil dari perkara ini...

Disclaimer sikit, benda yang Iols tulis hanya personal opinion je dan tidak mewakili dari cerita filmnya... Jadi, fell free je jika ada yang mempunyai pendapat yang berbeza...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2025 10:53 AM | Show all posts
“Baby blues” atau sering juga dipanggil postpartum blues adalah satu keadaan emosi yang biasa dialami oleh ibu selepas bersalin... Ia biasanya berlaku beberapa hari selepas bersalin dan boleh bertahan selama beberapa hari hingga dua minggu... Ini bukan gangguan mental yang serius, tetapi lebih kepada perubahan mood yang ringan dan sementara...

Gejala baby blues boleh termasuk: mudah menangis tanpa sebab yang jelas, berasa sedih atau cemas, mudah marah atau jengkel, sukar tidur walaupun bayi sedang tidur, berasa terharu atau letih sepanjang masa dan selera makan berubah...

Baby blues secara amnya berpunca daripada gabungan: Perubahan hormon yang drastik selepas bersalin (seperti estrogen dan progesteron), kurang tidur, tekanan akibat tanggungjawab baru sebagai ibu, kesakitan atau ketidakselesaan selepas bersalin dan kekurangan sokongan sosial...

Biasanya tiada rawatan perubatan khas diperlukan, kerana keadaan ini boleh hilang dengan sendirinya... Tetapi penting bagi ibu untuk mendapatkan rehat yang cukup, mempunyai masa untuk diri sendiri, bercakap dengan pasangan, keluarga atau rakan-rakan dan jangan teragak-agak untuk meminta bantuan jika mereka memerlukannya... Tetapi jika perasaan sedih atau cemas tidak bertambah baik selepas dua minggu, malah menjadi lebih teruk, ia boleh menjadi tanda kemurungan selepas bersalin (postpartum depression), yang lebih serius dan memerlukan rawatan daripada kakitangan perubatan...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2025 11:08 AM | Show all posts
Edited by amandel at 9-4-2025 11:10 AM


Apa itu Postpartum Depression (PPD)?

Postpartum Depression adalah gangguan mood yang berlaku pada wanita selepas bersalin... Tidak seperti baby blues, PPD lebih teruk, tahan lebih lama, dan boleh mengganggu kehidupan harian dan hubungan dengan bayi...


Menurut WHO dan CDC:

  • Kira-kira 10–20% wanita mengalami PPD di seluruh dunia...
  • Di negara membangun, angka tersebut boleh mencapai 30% disebabkan faktor sosial dan ekonomi...

PPD bukan sahaja menjejaskan ibu kandung — bapa dan ibu angkat juga boleh mengalami simptom yang sama (dipanggil paternal postpartum depression bapa pada lelaki)...







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2025 11:28 AM | Show all posts

Bolehkah (PPD) membuatkan seorang ibu membenci anaknya?

postpartum depression (PPD) boleh menyebabkan seorang ibu berasa benci atau marah terhadap anaknya, walaupun ia bukanlah kebencian yang sebenar, sebaliknya akibat tekanan mental yang sangat berat... Perasaan ini timbul kerana ibu mengalami keletihan yang melampau, ketidakseimbangan hormon, perasaan gagal, dan pengasingan emosi yang menguasai dirinya — sehingga kehadiran anak terasa seperti beban, bukan sumber kebahagiaan... Perasaan benci ini sering disertai dengan rasa bersalah yang mendalam, kerana jauh di lubuk hati, ibu sebenarnya masih mahu menyayangi dan menjaga anaknya...

PPD yang tidak dirawat dengan betul boleh memberi kesan jangka panjang, termasuk membuatkan ibu berasa tidak suka atau mengekalkan jarak emosi daripada anaknya sehingga anak itu membesar... Ini biasanya bukan kerana ibu sebenarnya membenci anaknya, tetapi kerana luka emosi dan rasa bersalah yang terkumpul sejak awal kelahiran, yang tidak pernah sembuh...

Ibu mungkin terus berasa "gagal", terputus hubungan, atau terganggu dengan kehadiran anak-anak mereka - terutamanya jika mereka menyalahkan anak-anak (secara sedar atau tidak sedar) atas perubahan hidup yang menyakitkan, seperti kehilangan kebebasan, masalah perkahwinan, atau kehilangan identiti... Dalam sesetengah kes, hubungan ibu dan anak menjadi dingin, tegang, atau penuh dengan kritikan dari semasa ke semasa... Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui bahawa ini boleh diperbaiki — dengan pemahaman, sokongan emosi, dan jika perlu, bantuan profesional seperti terapi keluarga atau kaunseling ibu-anak...


As always, Iols rasa banyak yang lagi expert dekat sini... Jangan ragu jika Uols nak membetulkan catatan Iols..



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-4-2025 11:32 AM | Show all posts
Jika nak tengok review pasal movie ni... dah ade review filem Norma: Antara mertua dan Menantu dekat cinecrib... Sila layan dekat youtube sebagai bentuk sokongan kepada konten kreator...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2025 11:39 AM | Show all posts
Untuk peminat filem keluarga, maybe boleh tunggu filem lain Tissa Biani bertajuk Mungki Kita Perlu Waktu (Iols dah pernah post teaser filem ni) dan filem bertajuk Hanya Namamu Dalam Doaku... Tengok Big reding movie ni je dah sebak...







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2025 11:41 AM | Show all posts
Iols belum tahu Bila movie Norma: Antara Mertua Dan Menantu tayang dekat Msia... Iols cuba update jika dah dah ade info...





Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 10:41 AM | Show all posts
Edited by alesandra at 13-4-2025 10:51 AM

kenapa perempuan kalo menyundal yg aneh2 kena potray ada alasan  sakit mental atau problem.ketahuilah women mmg ada nafsu kebetinaan.wulan guritno kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2025 01:08 PM | Show all posts
nice pov ahahaha...

Dalam citer tu menantu laki2 memang player... so Iols rasa tak perlu banyak explanation...
But Ibu Norma dekat movie memang Iols rasa perlu explanation supaye story lagi logic, Jika hanya karena ada nafsu kebetinaan... Alasan tu tak dapat menjawab kenape sheols tak affair sahaja dengan lelaki-lelaki lain... coz nafsu kebetinaan sahaja tak mungkin lagi besar dari rasa sayang Ibu kepada anak... Btw, Ibu dekat skrip filem memang tak seratus peratus sama dengan Ibu dekat dunia sebenar... Yang weols bincang dekat sini Ibu dekat filem ye, bukan Ibu dekat dunia sebenar... Sifat dan watak Ibu dekat dunia sebenar Iols tak tahu...

PPD pada ibu Norma maybe bukan tahap sampai merasa benci dengan Norma but maybe hanye rasa sikit disconnected dengan Norma... So Iols rasa memang PPD maybe jadi alasan yang masuk akal kenapa Ibu dekat filem rasa tak terhubung dengan Norma dan menjadi alasan yang logik kenapa Ibu terlibat dalam hubungan sulit antara mertua dan menantu... dari yang Iols layan dekat beberapa temu bual, Iols rasa Wulan Guritno ni artis yang bijak dan punya empathy yang baik... Sheols bukan orang yang jugmental, sheols memang harus research watak dekat skrip sebelum berlakon... Jika watak tak make sense dekat kepala Sheols maybe susah nak melakonkan watak tersebut...
Btw Iols bukan nak membela hubungan sulit tu, Iols rasa apapun alasannye benda tu memang tak betul... But maybe ade benda yang berfaedah dekat movie ni yang boleh kena amik, harap juga benda buruk dekat film tak berlaku dekat hidup weols... Segala doa baik untuk keluarga Norma...


Diclaimer, dekat movie tu ade babak yang sikit vulgar (implisit sex scene) , maybe kena tapisan jika tayang dekat pawaagam Msia... But maybe tak kena tapisan masa tayang dekat Netflix or platform streming lain... So boleh jadi consideration sebelum tengok...

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2025 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
amandel replied at 9-4-2025 11:41 AM
Iols belum tahu Bila movie Norma: Antara Mertua Dan Menantu tayang dekat Msia... Iols cuba update ji ...

Dah boleh tgk kat neflix start hari ni
Flow citer ipar adalah maut kuxh better

Yg ni dia ada macam meleret sikit
Jujur ckp mak dia macam ada dendam dalaman x lepas …

Yg si jantan tu laki norma macam ada fetish semacam …yg ambunya (mak) tu macam kucing malu tapi mahu … padahal
Masih ada suami
Aku ingat mak dia single mom
Tapi ada konflik dgn lakinya yg LDR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2025 09:34 PM | Show all posts
Edited by amandel at 18-8-2025 12:34 AM
adelea replied at 15-8-2025 01:10 AM
Dah boleh tgk kat neflix start hari ni
Flow citer ipar adalah maut kuxh better

Iols agree with Uols... Flow citer ipar adalah maut kuxh better...

mak Norma memang ada dalaman yang tak lepas... Dekat movie Ambu memang cakap dipaksa menikah muda masa umur 17 tahun dengan lelaki yang Ambu tak suka... Ambu memang ada macam menyalahkan Norma (secara sedar atau tidak sedar) atas perubahan hidup yang menyakitkan, seperti kehilangan kebebasan, kehilangan masa muda, masalah perkahwinan, kehilangan identiti dan keletihan yang melampau...


dekat movie laki norma macam nampak ada fetish bebab deols senang cium bau tangan dan losyen badan Ambu, but Iols rasa tu bukan fetish... Feromon atau bahan kimia semula jadi dalam tubuh manusia boleh mempengaruhi daya tarikan seksual tanpa disedari... Produk buatan seperti losyen badan atau minyak wangi boleh meniru atau menguatkan isyarat ini, sehingga otak mentafsir bau tersebut sebagai rangsangan seksual...

Fetish dalam psikologi klinikal biasanya ditakrifkan sebagai tarikan seksual yang kuat dan konsisten terhadap objek, bahagian tubuh bukan genital, atau rangsangan tertentu sehingga menjadi syarat atau pusat utama bagi nafsu seksual seseorang... Iols rasa, dekat movie benda tu hanya sekali-sekala rasa terangsang kerana bau losyen badan... itu lebih sesuai disebut keutamaan atau pencetus deria, bukan fetish... Tapi boleh digelar juga fetish bau (olfactory fetish) jika laki Norma hampir selalu memerlukan bau lotion badan tersebut untuk membangkitkan nafsu atau mencapai kepuasan seksual... Iols lupa laki Norma selalu cium tangan Ambu terlebih dahulu sebelum berhubungan badan ke tak ahahahaha...


Adakah Uols lebih kasihan dengan Norma atau Ambu?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2025 12:47 AM | Show all posts
Iols rasa salah satu masalah dalam perkahwinan Ambu dengan Bapak Norma ialah perbezaan dan kejahilan bahasa cinta / love language masing-masing... Kebetulan laki Norma (Irfan) dapat memberikan bahasa cinta yang sesuai untuk Ambu, jadi Ambu rasa disayangi dan dicintai...

Ketidaktahuan mengenai Bahasa cinta / Love laguage pasangan sering menjadi punca penceraian... Mungkin nanti boleh bincang pasal model Five Love Languages yang popular oleh Gary Chapman) yang popular... Walaupun teori kajian saintifik terkini pasal Five Love Languages menyatakan konsep ini tidak disokong kuat oleh bukti empirikal, namun Iols rasa membincangkan perkara ini sedikit sebanyak berguna... Nanti iols cuba kongsikan benda ni jika ade masa free lagi panjang...

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 10:40 AM | Show all posts
kt tt byk vid pic2 pelaku yg real vs dgn dlm film
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2025 11:39 AM | Show all posts
intan_smsb replied at 18-8-2025 10:40 AM
kt tt byk vid pic2 pelaku yg real vs dgn dlm film

Iols tertampak juga pic2 real vs filem, ade juga dekat ig pic2 ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2025 11:53 AM | Show all posts
Iols lanjutkan pasal kejahilan / ketidaktahuan Bahasa cinta (Love laguage) antara bapak Norma dengan Ambu dekat filem ini... sebetulnye babak mengenai benda ni sedikit je dekat filem... Mungkin banyak yang tidak memerhati benda ini juga...

Iols mulakan dengan pendedahan Five Love Languages dari Gary Chapman...
Bahasa cinta / Love Languages ialah konsep yang diperkenalkan oleh Dr. Gary Chapman untuk menerangkan cara manusia mengekspresikan dan merasai kasih sayang dalam hubungan... Setiap orang mempunyai satu atau dua bahasa cinta utama yang membuat mereka benar-benar rasa dihargai... Jika pasangan tidak memahami bahasa cinta ini, seseorang mungkin boleh rasa kurang disayangi walaupun sebenarnya kasih itu sudah ditunjukkan... Secara ringkas, bahasa cinta berfungsi sebagai panduan untuk memahami cara terbaik menyampaikan kasih sayang kepada pasangan... Dengan mengenali bahasa cinta masing-masing, hubungan boleh menjadi lebih harmoni, mesra dan penuh penghargaan...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2025 11:57 AM | Show all posts
Terdapat lima bahasa cinta utama...


  • Words of Affirmation (Kata-kata Penghargaan)

Orang yang jenis ini berasa disayangi apabila mendengar kata-kata positif, sokongan, pujian atau ungkapan kasih sayang...
Contoh: “Saya sayang awak”, “Awak buat kerja yang hebat”, atau mesej ringkas yang penuh semangat...

  • Acts of Service (Tindakan Khidmat)

Cinta ditunjukkan melalui perbuatan yang meringankan beban pasangan, seperti membantu kerja rumah, menyiapkan sesuatu keperluan, atau menolong bila diperlukan...
Contoh: Membasuh pinggan, menjemput pasangan dari tempat kerja, atau menyediakan sarapan...

  • Receiving Gifts (Menerima Hadiah)

Hadiah bukan semestinya mahal, tetapi simbol perhatian dan kasih sayang... Orang yang bahasa cintanya ini berasa dihargai bila menerima sesuatu yang bermakna...
Contoh: Bunga, coklat, cenderamata kecil, atau hadiah kejutan...

  • Quality Time (Masa Berkualiti)

Fokus pada kebersamaan tanpa gangguan... Mereka berasa disayangi apabila pasangan memberi masa sepenuhnya, mendengar dengan ikhlas, dan melakukan aktiviti bersama...
Contoh: Jalan-jalan berdua, berbual tanpa telefon, menonton filem bersama...

  • Physical Touch (Sentuhan Fizikal)

Bahasa cinta ini diekspresikan melalui sentuhan, pelukan, ciuman, atau pegangan tangan... Sentuhan fizikal memberi rasa keintiman dan hubungan yang mendalam...
Contoh: Memeluk sebelum tidur, bergandingan tangan, tepukan lembut di bahu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2025 01:03 PM | Show all posts
Dekat filem Norma, ketidakharmonian rumah tangga Bapak Norma dengan Ambu bukan terjadi hanya karena Ambu terpaksa menikah dengan Bapak semasa muda... Iols rasa ketidakharmonian juga muncul sebab Ambu dan Bapak sama-sama tidak merasa dicintai oleh satu sama lain masa berumah tangga...

Kes-kes ketidakserasian antara pasangan sering timbul bukan kerana tiada perasaan cinta, tetapi kerana perbezaan bahasa cinta yang tidak difahami... Iols rasa dekat filem, Bapak norma mempunyai Quality Time sebagai bahasa cinta utama... Bapak rasa paling disayangi apabila isterinya (Ambu) dan Norma meluangkan masa bersama, berbual tanpa gangguan, atau hanya duduk makan bersama... Bagi Bapak tanda kehadiran adalah kasih sayang yang paling besar... Ada satu babak di mana Bapak mengajak Ambu dan Norma berjalan di sekitar dataran bandar untuk makan bersama tetapi Ambu menolak... Penolakan seperti ini akan membuat Bapak berasa tidak disayangi dan dicintai oleh Ambu, sedangkan mungkin maksud Ambu sebenarnya tidak sepenuhnya begitu, benda ni sebab Ambu juga punya love language yang berbeza...

Iols rasa dekat filem, Ambu mempunyai bahasa cinta utama Words of Affirmation (Kata-kata Penghargaan)... Dia berasa disayangi apabila seseorang memberinya kata-kata manis, pujian, atau luahan kasih sayang seperti "Ambu hari ini cantik sekali" atau "Ambu buat kerja yang hebat"... Tanpa kata-kata itu, Ambu mungkin berasa tidak dihargai walaupun Bapak sebenarnya sangat menyayanginya...

Masalah mula timbul apabila kedua-duanya tidak menyedari perbezaan bahasa cinta ini... Contohnya, Bapak selalu mengajak Ambu untuk berjalan di sekitar dataran bandar untuk makan bersama , tetapi Ambu menunggu ayah meluahkan kata-kata manis... Akibatnya timbul perselisihan faham... Bapak mungkin menganggap Ambu tidak kisah, sedangkan Ambu sebenarnya mencuba menyayanginya tetapi sedang menunggu bentuk kasih sayang yang sesuai dengan bahasanya... Sementara itu, Ambu pula menganggap Bapak tidak cukup romantik, walaupun Bapak telah menunjukkan kasih sayang dengan caranya sendiri... Dekat filem benda ni diburukkan lagi dengan Perkahwinan Jarak Jauh / Long Distance Mariage... Ini adalah contoh bagaimana cinta yang mungkin sebenarnya wujud, tapi tidak dapat dirasai sehingga ia disebabkan oleh perbezaan bahasa cinta...

Keadaan menjadi lebih rumit setelah muncul laki Norma (Irfan) yang memahami bahasa cinta Ambu tanpa disedari... dekat filem, Irfan sering memuji Ambu dan mengucapkan kata-kata manis... Kata-kata itu menyentuh sisi emosi Ambu yang selama ini tidak dipenuhi oleh Bapak...

Iols rasa banyak pula perkawinan yang punya perselisihan paham macam Bapak dengan ambu...
Dengan memahami konsep ini, weols boleh belajar...Meskipun Ambu terpaksa menikah dengan bapak, mungkin perkawinan tersebut boleh lagi baik jika mereka memahami konsep ini... Bapak mula belajar untuk meluahkan kata-kata ikrar, dan Ambu cuba menyediakan lebih banyak masa yang berkualiti...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2025 01:07 PM | Show all posts
Iols kongsi cara untuk mengetahui bahasa cinta pasangan Uols, terdapat beberapa cara yang anda boleh amalkan...

  • Perhatikan apa yang sering dia minta... Jika pasangan anda sering bertanya "Kenapa anda tidak sering memuji saya?" mungkin bahasa cintanya adalah Kata-kata Ikrar... Jika dia selalu meminta masa untuk keluar bersama, mungkin Masa Kualiti menjadi keutamaannya...

  • Perhatikan apa yang paling membuatkan dia kecewa atau sedih... Contohnya, jika dia marah kerana anda sibuk menelefon sambil bercakap, itu tandanya dia memerlukan masa yang berkualiti... Jika dia berasa kecil hati kerana tidak dihargai walaupun dia bekerja keras, mungkin dia memerlukan kata-kata penegasan...

  • Perhatikan bagaimana dia meluahkan rasa cintanya kepada anda... Selalunya orang menunjukkan cinta dengan cara yang mereka sendiri mahu terima... Jika pasangan anda suka memberi hadiah, kemungkinan besar Menerima Hadiah adalah bahasa cintanya... Jika dia selalu suka menyentuh, memeluk, atau berpegangan tangan, mungkin Sentuhan Fizikal adalah keutamaannya...

  • Tanya terus terang... Komunikasi adalah kunci... Anda boleh bertanya dengan lembut, "Apa yang membuatkan awak rasa paling disayangi oleh saya? Apabila saya mengucapkan kata-kata manis, apabila kita menghabiskan masa bersama, apabila saya membantu anda membuat kerja rumah, apabila saya memberi hadiah, atau apabila saya memeluk awak?"...

  • Gunakan ujian atau kuiz... Gary Chapman menciptanya Kuiz Bahasa Cinta rasmi yang boleh dijawab bersama... Hasilnya dapat membantu pasangan memahami bahasa cinta masing-masing dengan lebih jelas...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062436 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list