CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 615|Reply: 2

Tidak perlu ke gim, mop lantai, lipat baju mampu bakar 300 kalori sejam

[Copy link]
Post time 8-4-2025 08:10 PM | Show all posts |Read mode


MUSIM perayaan sinonim dengan aktiviti mengemas kediaman, namun siapa sangka kerja rumah yang rutin juga mampu membantu membakar kalori?

Pakar diet, Ahmad Mizah, berkongsi di Instagramnya bahawa kerja rumah juga boleh menjadi cara mudah untuk kekal aktif terutamanya musim perayaan.

Menurutnya, antara kerja rumah paling efektif ialah mengemop dan menyapu lantai yang boleh membakar hingga 300 kalori sejam.

Gerakan konsisten dan bertenaga dikatakan setanding dengan senaman kardio ringan.


Selain itu, vakum atau membersihkan karpet pula membakar antara 180 sehingga 250 kalori sejam.

Perbanyakkan pergerakan tangan dan kaki untuk melibatkan lebih banyak otot.

Bagi yang bertugas melipat baju, aktiviti ini turut menyumbang kepada pembakaran 150 hingga 200 kalori sejam.

Kerja ini boleh dilakukan sambil berdiri atau dalam posisi squat untuk hasil lebih baik.

Aktiviti mencuci tandas dan bilik mandi juga tidak kurang hebatnya, membakar hingga 300 kalori sejam melalui gerakan memberus yang memerlukan tenaga tambahan.

Tidak hanya itu, berkebun di halaman seperti mencabut rumput dan menyiram pokok bukan sekadar mengindahkan persekitaran, malah membakar hingga 400 kalori sejam.

Turut menyumbang kepada membakar kalori ialah naik turun tangga, terutamanya sambil membawa barang seperti pakaian.

Ia boleh membakar 400 sehingga 500 kalori sejam sekali gus mencatat pembakaran kalori tertinggi berbanding aktiviti lain.

Akhir sekali, membersihkan tingkap atau cermin pula melibatkan gerakan tangan yang berulang, membakar sekitar 200 hingga 300 kalori sejam. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 08:18 AM | Show all posts
Acik tiap hari ada masa free tanpa gangguan 2 jam je. Berpeluh nk bersihkan rumah sbb acik ada anak kecik & kucing. Tp tu la... Rasa mcm kalori x kurang pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2025 03:31 PM | Show all posts
acikonion replied at 10-4-2025 08:18 AM
Acik tiap hari ada masa free tanpa gangguan 2 jam je. Berpeluh nk bersihkan rumah sbb acik ada anak  ...

sebenarnya, routine harian tidak diguna untuk hitung bakaran calories
kerana, badan kita sudah pastikan iannya dimasukkan kedalam kiraan calories yg diperlukan
katalah awak guna 1500 calories sehari utk system badan
dan routine hari katalah perlukan 500 calories lagi
maka behaviour mungkin akan buat awak mkn 2100 calories sehari
yg 100 extra inilah yg perlu dibakar eg light 10 mins exercise setiap kali lepas mkn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.677614 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list