|
View: 1672|Reply: 3
|
Bekas kekasih culik ayam wanita
[Copy link]
|
|
|
WASHINGTON – Seorang lelaki didakwa kerana menceroboh rumah bekas teman wanitanya dan mencuri ayam mangsa, lapor akhbar New York Post yang memetik kenyataan pihak berkuasa County Kitsap, Washington.
Dalam kejadian itu, seorang wanita menghubungi talian kecemasan untuk mengadu bahawa bekas teman lelakinya menceroboh rumahnya dan melarikan ayam peliharaan bernama Polly.
Wanita itu mendakwa lelaki itu menjerit: “Saya mendapat Polly”.
Rakaman kamera badan anggota-anggota polis memaparkan suspek bersembunyi di dalam belukar ketika mereka menghampirinya dengan senjata api.
Dia boleh didengari menjerit: “Jangan sakiti ayam saya!”
“Saya tidak akan menyakiti ayam anda,” kata seorang anggota polis.
Lelaki itu dibenarkan untuk meletakkan Polly dengan selamat di dalam kenderaan peronda sebelum mereka menahannya. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Polly tu pakwe sebenar pompuan tu....sedih lahir sebagai manusia bernama Seorang Lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lekhnatnya perangai culik pet orang plak. Naseb kena cekup sebelum buat apa-apa tak diingini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lekhnatnya perangai culik pet orang plak. Naseb kena cekup sebelum buat apa-apa tak diingini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|