CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

Kurangkan pengambilan gluten, tenusu dan kopi boleh redakan kesakitan endometriosis

[Copy link]
Post time 6-4-2025 05:02 PM | Show all posts |Read mode


Menurut satu kajian baharu, perubahan diet boleh mengurangkan kesakitan endometriosis bagi separuh daripada penghidap penyakit ini.

Tinjauan antarabangsa terbesar mengenai diet dan endometriosis melibatkan 2,599 orang, mendapati 45 peratus peserta yang berhenti mengambil gluten dan 45 peratus yang mengurangkan produk tenusu melaporkan pengurangan kesakitan.

Bagi wanita yang mengurangkan pengambilan kopi atau kafein, 43 peratus menyatakan kesakitan mereka berkurangan, manakala 53 peratus yang mengurangkan alkohol turut mengalami kesan yang sama.

Penulis kanan kajian dan Profesor Steroid Reproduktif di Universiti Edinburgh, Philippa Saunders berkata pihaknya hampir menemui sesuatu yang besar dalam memahami bagaimana diet mempengaruhi gejala endometriosis.



“Ini sangat bermakna bagi wanita yang ingin mengambil tindakan sendiri untuk mengatasi kesakitan mereka, ia memberi kuasa kepada mereka,” katanya.

Endometriosis berlaku apabila tisu yang menyerupai lapisan rahim tumbuh di bahagian lain badan. Penyakit ini menjejaskan satu dalam 10 wanita usia reproduktif di United Kingdom (UK).

Namun, penyelidikan tentang punca dan rawatannya masih terhad selain pembedahan (sering menjadi penyelesaian sementara) atau pengurusan gejala melalui kontraseptif hormon yang dielak ramai wanita kerana kesan sampingannya. Purata masa untuk diagnosis endometriosis adalah hampir tujuh tahun akibat kurang kesedaran.

Kajian yang diketuai Universiti Edinburgh dan diterbitkan dalam JAMA Network Open ini menyoal responden tentang perubahan diet dan suplemen yang digunakan untuk mengurangkan gejala. Penyelidik percaya pengurangan kesakitan selepas mengelakkan gluten atau tenusu mungkin berkaitan dengan perubahan bakteria usus.



Pengurangan kafein mungkin berkesan kerana ia mempengaruhi tidur, dan kesakitan sering terasa lebih teruk ketika keletihan. Manakala alkohol boleh memperburuk gejala kerana kesannya pada sel menyerupai estrogen iaitu hormon yang mencetuskan endometriosis.

Endometriosis kebanyakannya menyebabkan sakit di kawasan pelvis, terutama semasa haid, tetapi ramai pesakit juga melaporkan kesakitan pada saraf siatika, payudara, atau sakit sendi di seluruh badan.

Hampir 40 peratus responden melaporkan pengurangan kesakitan selepas mengelakkan makanan terproses seperti makanan sejuk beku, aiskrim, dan gula-gula yang diketahui mengubah bakteria usus.

Sementara hampir satu pertiga wanita mendapati gejala mereka bertambah baik selepas berhenti makan bawang putih dan bawang yang boleh mengurangkan kembung perut.

Ketua penyelidik dari Universiti Edinburgh, Francesca Hearn-Yeates berkata, wanita memerlukan apa sahaja yang boleh membantu mengurangkan kesakitan endometriosis.

Penasihat Endometriosis UK, Jo Hanley mencadangkan diet anti-radang seperti buah, sayur, kekacang, dan minyak zaitun, sementara mengelakkan gula halus, daging terproses, dan tenusu yang boleh mencetuskan keradangan. - Utusan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.090765 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list