CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 863|Reply: 0

Cipta pasukan Ranger Wanita Orang Asli, Mariani atur gerakan pemeliharaan gibbon yang kini menjadi spesis terancam

[Copy link]
Post time 3-4-2025 07:48 PM | Show all posts |Read mode

SETELAH banyak ancaman bunuh yang direkodkan, sejenis spesies monyet gibbon atau ungka, kini diambil perhatian apabila haiwan liar tersebut mula mendapat tempat di pasaran gelap.

Hal tersebut sungguh membimbangkan sehingga pengasas Persatuan Pemuliharaan Gibbon (GCS), Mariani ‘Bam’ Ramli, 38, tekad untuk menyelamatkan dan memulihkan spesies tersebut.

Digelar "Si Penenun Gibbon", Projek Pemulihan Gibbon (GReP) yang dikendalikan olehnya sejak 2013 itu terletak jauh di dalam hutan Raub, Pahang.

Mariani yang berpindah dari Sabah ke Semenanjung seterusnya menyertai Jabatan Hidupan Liar sebagai seorang pengawal hutan nekad menghentikan gejala pemburuan haram.

“Saya pernah memelihara gibbon sebagai haiwan peliharaan dan tidak banyak tahu tentang pemuliharaan pada waktu itu. Saya fikir cukuplah dengan saya hidup dan berkongsi makanan dengannya sehingga saya sedar saya salah setelah melakukan sedikit kajian.”

Kemudian dia, pergi ke Thailand dan Kemboja untuk mempelajari teknik penjagaan yang betul untuk mamalia ini.

Anak kelahiran dari Kota Kinabalu, Sabah itu memutuskan untuk meninggalkan kehidupan bandar, menjual kebanyakan barang miliknya dan menyewa sebuah ladang getah terbiar seluas 0.3 hektar sebagai kandang gibbon.


Permulaan sederhana bagi GReP juga mengajar saya bagaimana membina kandang menggunakan bahan atau tumbuhan yang boleh dikitar semula.

“Kami telah memulihkan 10 ekor gibbon di Raub, terdiri daripada gibbon dewasa dan muda,” katanya.

“Ia akan menjadi babak baru untuk melepaskan gibbon yang telah dipulihkan dengan betul ke alam liar,” tambahnya.

Pemantauan terhadap haiwan liar itu masih dijalankan seperti biasa kerana masih terdapat sidiket penyeledupan berlaku.

“Gibbon adalah haiwan yang monogami. Jadi, apabila anak gibbon diburu, itu bermakna satu keluarga yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 gibbon telah dibunuh.

“Malah pada awal 6 Februari 2025, sudah terdapat tangkapan yang dibuat terhadap kes penyeludupan lima anak Gibbon yang diseludup dari Kuala Lumpur ke Mumbai, India.

“Anak haiwan berkenaan dibungkus dan disorokkan di dalam troli bagasi. Penjenayah berjaya ditangkap di Lapangan Terbang Mumbai dan mendapati, tiga daripadanya telah mati dan dua ekor lagi dalam keadaan kritikal, memang kesian dan kejam,” ujarnya.

Anak ke lima dari tujuh adik beradik itu berpendapatan bahawa pihak berkuasa perlu memperbanyakkan lagi jumlah atau kuantiti terhadap kaedah yang telah dicpta, untuk menghalang daripada penyeludupan haiwan ini berlaku.


“Kaedah yang sedia ada sudah cukup bagus, cuma perlu diperkuatkan lagi sebagai contoh kini sudah terdapat dua ekor anjing pengesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), habis macam mana dengan lapangan terbang yang lain?

“Begitu juga dengan teknologi pengesan Kecerdasan Buatan (AI) di kastam atau Imigresen. Saya lihat ia boleh diperluaskan kegunaannya untuk mengesan menjejak kewujudan haiwan liar di dalam bag penumpang dan seumpamanya,” terangnya.

Pada Ogos tahun ini, pasukan Mariani akan melepas enam ekor Gibbon di hutan Pahang sempena Hari Orang Asli Dunia.

Bukan setakat itu, mereka akan menjalankan program bersama Eco Education Tourism bagi member pendedahan tentang haiwan itu sendiri.

“Konsep program pemuliharaan ini bukan semata-mata memelihara dan melepaskan ungka ke dalam hutan, akan tetapi perlaksanaannya untuk melibatkan komuniti Orang Asli sangat penting.

“Kita mahu mereka ini bersama-sama melepaskan haiwan tersebut supaya timbul perasaan kekitaan dan sayang terhadap alam semula jadi di hutan,” terangnya.

Ini termasuk didikan kepada semua masyarakat untuk tidak memakan gibbon yang ditangkap dan menjual anak-anak haiwan tersebut ke pasaran gelap.

“Kita mahu pastikan orang ramai katakan tidak, kepada si penjual yang meminta mereka untuk memburu ungka dengan tawaran harga tertentu seterusnya bertindak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa,” pesannya.

Selepas project tersebut telah menangi anugerah Star Golden Hearts Award 2022 (SGHA), Mariani kini sudah memiliki pasukan Ranger Wanita Orang Asli.

Mereka terdiri daripada lima kaum ibu-ibu dari suku kaum Semai dengan gelaran Semangat Kerdo Semai.


“Mereka dilatih untuk bersama-sama menjaga ekosistem hutan tersebut dan ini adalah perancangan jangka masa panjang supaya bila tiba masanya, mereka sendiri akan melibatkan diri dengan projek-projek konservasi,” katanya

Mariani turut memasang harapan supaya dalam tempoh beberapa tahun lagi akan lebih ramai lagi orang tempatan lain melibatkan diri dalam projek pemulihan pelbagai lagi haiwan selain Harimau, gajah dan sebagainya di hutan Malaysia.

— Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.537691 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list