CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1222|Reply: 1

[SEJARAH] 11 pekerjaan yang sudah pupus, dari penyusun pin boling sampai pencuri mayat

[Copy link]
Post time 28-3-2025 09:21 PM | Show all posts |Read mode

DUNIA kerjaya bergerak laju, terutamanya selepas Revolusi Industri Pertama pada lewat abad ke-18.

Banyak penemuan yang dimotivasikan industri menumbuhkan pelbagai pekerjaan baharu dan dalam masa sama memupuskan banyak pekerjaan lain. Disebabkan teknologi, banyak pekerjaan menjadi lapuk dan tidak berguna lagi.

Banyak pekerjaan yang kita tak terfikir pernah wujud suatu masa dahulu sebenarnya ada kerana beratus tahun dahulu, banyak teknologi yang kita guna hari ini belum tercipta. Tanpa teknologi, fungsinya perlu dijalankan manusia.

Jumlah pekerjaan yang sudah pupus sangat banyak tetapi Relevan cuba kumpulkan 11 yang paling menarik untuk anda.

Tukang kejut orang tidur

Kerjaya ini dipanggil knocker-up atau knocker-upper di Eropah. Kerja mereka kejut orang tidur.

Ini kerana, pada waktu itu, jam penggera terlalu mahal atau sukar digunakan (tak mudah nak tetapkan penggera pada jam tertentu seperti yang ada sekarang).

Maka, mereka yang ada wang lebih akan beri upah pada orang tertentu yang akan mengetuk tingkap bilik mereka menggunakan kayu atau buluh pada waktu yang ditetapkan.

Kerjaya ini popular ketika Revolusi Industri di Belanda, Britain, Ireland dan beberapa negara lain sebelum mula pupus pada 1940-an.

Ahli frenologi

Bunyinya macam bidang yang sah tapi frenologi sebenarnya sains palsu. Ahli frenologi mendakwa mereka boleh mengetahui perwatakan seseorang melalui bentuk tengkorak.

Ahli frenologi akan ‘membaca’ kepala ‘pesakit’ dengan menggerakkan jari dan tapak tangan ke seluruh kepala, mencari benjol atau tekanan pada mana-mana bahagian. Mereka kemudiannya akan meneka personaliti pesakit tersebut berdasarkan bentuk kepala dan tengkoraknya.

Bidang tersebut disahkan palsu pada hujung abad ke-19. Ahli frenologi yang masih percaya pada kesahihannya meneruskan pekerjaannya di pasar-pasar bersama pembaca tapak tangan dan tukang tilik.

Pengasah pisau

Lama dahulu, pengasah pisau akan bergerak dari rumah ke rumah, menawarkan perkhidmatan mengasah pisau, gunting atau apa-apa alat tajam. Mereka membawa mesin pengasah pisau beroda.

Kini, pekerjaan tersebut tidak lagi diperlukan apabila alat pengasah dijual secara komersial – orang boleh asah pisau sendiri di rumah.

Namun, portal Patch ada melaporkan perkhidmatan mengasah pisau yang masih aktif. Cuma dah tak ramai, kecuali untuk perkhidmatan membaiki dan membaharui alat tajam yang sudah sangat tumpul atau berkarat. Ini susah nak buat sendiri, jadi perlu upah orang.


Pemotong ais

Sebelum peti ais wujud, macam mana kita nak minum air sejuk?

Inilah tugas pemotong ais. Di negara empat musim, ais akan dikumpul dan disimpan ketika musim sejuk supaya boleh digunakan dalam musim-musim lain.

Pemotong ais akan (literally!) memotong ais dari bongkah-bongkah ais yang terbentuk kerana cuaca, atau dari tasik-tasik yang membeku menggunakan pelbagai alat termasuk gergaji. Bongkah ais selepas dipotong akan dijual kepada orang ramai.


Penyusun pin boling

Alat automatik yang menyusun pin di pusat-pusat boling tidak wujud serentak dengan permainan tersebut. Sebelum ada alat tersebut, manusia yang susun pin secara manual.

Penyusun pin atau pinsetter dan pinboy (kita boleh panggil mereka budak pin, macam budak milo dalam bola sepak) akan duduk di hujung lorong boling dan menyusun pin satu-satu selepas habis setiap pusingan balingan.

Kerjaya ini pupus selepas penyusun pin automatik digunakan secara meluas di pusat-pusat boling.

Pemasang pelita

Waktu kecil dulu, pada malam tujuh likur, sebelum berbuka puasa, saya akan ikut pak cik-pak cik pergi menyalakan pelita di sepanjang laluan nak ke rumah. Tak disangka, saya sebenarnya sedang buat kerja yang sama seperti para pemasang pelita di Eropah pada abad ke-16.

Ini sebelum lampu jalan dicipta. Jalan-jalan akan diterangi nyalaan pelita dan ada orang yang diupah untuk menyalakannya setiap malam.


Operator lif

Waktu mula-mula lif dicipta pada hujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, ia perlu dioperasikan secara manual.

Seorang operator lif ditugaskan untuk mengawal kelajuan lif (ia dikawal menggunakan sistem takal) untuk berhenti dengan tepat di tingkat-tingkat tertentu. Mereka juga perlu membuka dan menutup pintu lif secara manual dan memaklumkan kepada tetamu syarikat yang ada pada setiap tingkat.

Ahli fisionomi

Ahli fisionomi ialah satu lagi kerjaya yang pupus akibat bidang sains yang disahkan palsu, seperti ahli frenologi.

Ahli fisionomi bertugas membaca karakter seseorang berdasarkan penampilannya. Pekerjaan ini ada dalam bidang sains, falsafah dan jenayah.

Namun, selepas dibuktikan palsu, pekerjaan tersebut pupus dan tidak diamalkan lagi.


Lektor

Ada banyak pekerjaan yang dikaitkan dengan nama lektor, termasuk pensyarah dan penceramah di gereja. Namun, yang paling menarik ialah tugas membacakan surat khabar dan buku-buku untuk pekerja kilang pada abad ke-19.

Seorang lektor akan duduk di atas platform tinggi dan membacakan surat khabar atau novel untuk mengisi fikiran pekerja kilang yang perlu membuat kerja-kerja rutin yang membosankan.


Pencuri mayat

Pada abad ke-19, sekolah-sekolah perubatan mengalami kekurangan mayat untuk tujuan pembelajaran. Sebelum itu, mayat yang digunakan ialah milik penjenayah-penjenayah yang dihukum mati. Undang-undang yang semakin matang menyebabkan hanya kesalahan serius yang membawa kepada hukum mati.

Kekurangan mayat untuk sekolah perubatan mencipta pasaran gelap untuk bekalan mayat. Pekerjaan pencuri mayat (resurrectionist) muncul. Kerja mereka: gali kubur orang dan bawa mayat untuk dijual.

Pekerjaan tersebut dijalankan secara haram sehingga pada suatu ketika, orang dibunuh supaya mayatnya boleh dijual. Ini menyebabkan kerajaan United Kingdom menggubal Akta Anatomi 1832 untuk mengawal selia pembekalan mayat untuk tujuan penyelidikan.

Pengangkut balak

Sebelum wujudnya infrastruktur dan teknologi pengangkutan yang sistematik, balak diangkut menggunakan sungai.

Dari hutan di hulu, balak akan dibiarkan hanyut mengikut arus sungai ke hilir, dan dibawa ke kilang-kilang untuk diproses. Pengangkut balak bertugas memastikan balak tersebut dihanyutkan dengan lancar.

Mereka akan memerhati balak yang hanyut. Jika tersangkut, mereka yang akan mengalihkannya supaya semua balak sampai ke hilir. – RELEVAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 02:00 PM | Show all posts
yang penyusun pin bowling tu kan...mcm mn pl dgn bola ek...derang gk ke lontar balik ke player
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 0 Replies : 0
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 304 Replies : 0
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 11046 Replies : 12
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31772 Replies : 24
Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,000 akibat pelaburan tidak wujud
ultra78Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,00
Views : 24568 Replies : 2
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 27220 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44366 Replies : 627
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 19672 Replies : 6
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15700 Replies : 8
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 14633 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:09 AM GMT+8 , Processed in 2.271791 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list