CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 804|Reply: 0

[SEJARAH] Istana 40 Bilik | Kompleks istana yang menjadi pusat pemerintahan awal kerajaan negeri Selangor

[Copy link]
Post time 27-3-2025 10:03 PM | Show all posts |Read mode

Generasi baru ramai tidak mengetahui kewujudan sebuah bangunan di Jugra, Kuala Langat, Selangor yang dipanggil Istana Bandar. Sekali pandang, ia seperti sebuah rumah agam. Namun, sebenarnya ia pernah menjadi sebuah kompleks istana yang merupakan pusat pemerintahan awal Kerajaan negeri Selangor.

Pernah menjadi kediaman diraja suatu ketika dahulu, tinggalan ini lebih sinonim dalam kalangan masyarakat setempat dipanggil sebagai ‘Istana 40 bilik’. Ia juga dikenali sebagai Istana Alaeddin.

Melihat pada struktur bangunannya yang masih utuh, besar dan tinggi, siapa sangka Istana Bandar ini telah pun mencecah usia 126 tahun. Ia dibina pada tahun 1899 oleh Sultan Selangor kelima iaitu Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah.


Difahamkan, pembinaan istana 40 bilik ini dibiayai sendiri oleh baginda. Struktur kediaman diraja ini siap sepenuhnya pada tahun 1905 di atas tanah seluas lima hektar. Ia terletak bersebelahan dengan Masjid Alaeddin, Kampung Bandar, Jugra.

Uniknya, nama istana 40 bilik diambil bersempena kewujudan 40 buah kamar yang berada di dalamnya. Setiap sudut atau ruang yang wujud walaupun bersaiz kecil turut dianggap sebagai bilik. Antaranya termasuklah kamar beradu, bilik santapan diraja, Balai Rong Seri, Balai Mengadap dan dapur.

Bukan itu saja, keistimewaan yang dimiliki oleh Istana Bandar turut diperlihatkan melalui gabungan empat konsep seni bina melibatkan pengaruh dari China, India, Timur Tengah dan British.


Bukti rekaan dipaparkan menerusi sebuah astaka kecil di tengah bumbung yang dihiasi dengan tunjuk langit dan papan cantik. Selain itu, seni ukir dan kerawang bermotifkan tumbuhan juga didapati pada beberapa struktur tiang, jendela dan pintu istana.

Sebuah pagar besar terletak bersebelahan dengan tingkat tertinggi istana. Binaan tersebut diperbuat daripada batu dan terdapat potongan ayat jawi tertulis ‘ingat-ingat, jalan kecelaan’. Batuan ini berfungsi sebagai sempadan kawasan sultan manakala ayat tersebut merupakan peringatan baginda kepada rakyat.

Menariknya lagi, terdapat jata negeri Selangor pada dinding di tingkat atas istana. Lambang kebesaran negeri itu dipercayai yang pertama dihasilkan bagi negeri Selangor sebelum diubah dan digunapakai sehingga ke hari ini.


Sultan Alaeddin ditabalkan secara rasmi dan bersemayam di Istana Mahkota Puri, Klang pada tahun 1903. Almarhum baginda merupakan seorang raja yang alim dan gemar berkunjung ke masjid di Kampung Bandar. Baginda sering membacakan khutbah semasa solat Jumaat serta Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Pada masa sama, baginda menemui isterinya yang tinggal di Istana Bandar.

Sementara itu, peribadi baginda yang warak banyak dizahirkan melalui pembinaan istana 40 bilik. Antaranya terdapat dua buah tangga yang dibina di dalamnya dengan kedudukan hampir menegak. Stuktur berkenaan dihasilkan sedemikian bagi menjaga kehormatan wanita selain memelihara adab sesama penghuni.

Ketika pemerintahan baginda, wanita yang menaiki tangga tersebut memerlukan mereka memanjat dengan cara sedikit mengiring bagi mengelakkan bahagian kaki terlihat oleh individu yang berada di bawah.


Hampir keseluruhan struktur istana ini diperbuat daripada batu bata dan motar kapur. Tangga dan pintu pula daripada kayu cengal. Selain itu, Sultan Alaeddin gemar mengadakan temasya untuk rakyat. Kebiasaan itu menyebabkan Kampung Bandar digelar sebagai Bandar Temasya suatu ketika dahulu.

Kampung Tanah Raja juga pernah menjadi nama ke atas penempatan ini berikutan sifat baginda yang suka memberi tanah kepada rakyat. Pemberian tersebut ditukarkan dengan cukai sebagai pendapatan kepada sultan.

Baginda memerintah selama 40 tahun bermula dari 1898 sehingga baginda mangkat pada 1938. Difahamkan, Sultan Alaeddin bersemayam di istana ini selama tempoh 35 tahun.


Selepas kemangkatan baginda pada tahun 1938, Istana Bandar ditinggalkan sepi tanpa penghuni sehingga banyak barangan dalam kediaman ini telah dicuri.

Istana Bandar pernah dijadikan sebagai Pusat Kraftangan Daerah dan Pusat Tahfiz selama beberapa tahun. Namun, kembali dikosongkan pada tahun 2006 dan terlibat dalam kerja-kerja pemulihan oleh beberapa buah agensi kerajaan seperti Jabatan Warisan Negara dan PADAT. Setelah dibaiki dan dirawat secara berperingkat, istana ini telah dibuka untuk pelawat. - Utusan TV

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 0 Replies : 0
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 304 Replies : 0
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 11046 Replies : 12
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31772 Replies : 24
Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,000 akibat pelaburan tidak wujud
ultra78Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,00
Views : 24568 Replies : 2
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 27220 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44366 Replies : 627
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 19672 Replies : 6
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15700 Replies : 8
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 14633 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:09 AM GMT+8 , Processed in 1.779062 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list