CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2490|Reply: 13

[Lain-Lain] EJEN ALI THE MOVIE 2

[Copy link]
Post time 27-3-2025 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 12-6-2025 07:50 AM



Setelah sekian lama, Ejen Ali The Movie 2 kini kembali dengan aksi lebih mendebarkan!

Treler rasmi pertama filem ini telah dilancarkan dan menyajikan momen-momen epik penuh drama dan pergelutan yang bakal dihadapi Ali dalam misinya untuk menguasai Satria.

Dalam filem kali ini, Ali diberi tanggungjawab besar untuk mengendalikan Projek SATRIA, dengan objektif untuk melahirkan generasi baru ejen MATA yang mampu menggabungkan skil kesemua empat Teras MATA; Tekno, Neuro, Inviso dan Kombat.


Satria merupakan sut berperisai dinamik yang dilengkapi data corak pertempuran ejen-ejen terhebat MATA serta boleh berubah suai menggunakan teknologi ferrofluid untuk membentuk senjata khas mengikut keperluan misi.

Sut teknologi canggih berasaskan AI ini dicipta khusus untuk mengoptimumkan keupayaan fizikal dan mental ejen-ejen MATA dalam operasi sulit.

Filem ini juga bakal mengupas detik penting dalam karier Alicia sebagai seorang ejen MATA, yang dibesarkan dan dilatih sebagai ejen perisik sejak usia muda oleh General Rama



Lanjutan menjuarai MATA Arena dalam Musim 3 siri Ejen Ali, Alicia diberi peranan baru sebagai pemakai IRIS selepas Ali.

Melihat kepada sejarah Ali dan Alicia sebagai ahli sepasukan yang kerap bersaing semasa melaksanakan misi, adakah pertukaran tangan IRIS ini mungkin akan menguji dinamik persahabatan antara mereka berdua?

Konflik memuncak dalam Ejen Ali The Movie 2 apabila Neonimus, seorang penggodam misteri, muncul semula untuk menggugat kestabilan bandar Cyberaya.

Agenda Neonimus kelihatan seperti serangan peribadi terhadap Ali, namun identiti dan motif sebenar Neonimus masih samar. Siapa sebenar dalang di sebalik ancaman baru kali ini?



Rizwan muncul berganding bersama Dos dan Trez, watak-watak antagonis yang dahulunya pengikut setia Uno

Adakah Rizwan yang selama ini menyokong Ali dari jauh kini pula berpaling tadah untuk menjatuhkan MATA demi dendam lama?

Plot penuh teka-teki ini pasti bakal memberikan kejutan kepada peminat setia siri Ejen Ali dan menjanjikan pelbagai persoalan tentang siapa sebenarnya yang boleh Ali dipercayai.



Selain itu, MATA juga berada di bawah pimpinan Ketua Teras baru setelah pengganti Ejen Djin dan Ejen Zain dilantik. Ejen Elle (Inviso) dan Ejen Amir (Neuro) kini memimpin organisasi rahsia MATA bersama Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat), membawa pendekatan dan strategi baru untuk mempertahankan Cyberaya.

Adakah barisan pemimpin MATA baru ini bakal sehaluan untuk menangani permainan Neonimus?


Sumber: Seismik


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2025 04:39 PM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 12-6-2025 07:51 AM

Wow finally Ejen Ali The Movie 2 is coming back. The official trailer looks absolutely packed with action and drama. Project SATRIA sounds intense, having Ali manage integrating all four MATA cores is a great plot direction. The animation looks slick too. Can't wait to see how he handles the pressure.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 02:51 PM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 12-6-2025 07:52 AM

----EDITT-----SPAMM----
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2025 12:15 PM | Show all posts

EJEN ALI THE MOVIE 2

Edited by eddlisa_uyuk at 6-5-2025 01:17 PM


Kuala Lumpur: Treler filem animasi popular, Ejen Ali The Movie 2 yang dilancarkan kelmarin mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya meraih 1.5 juta tontonan dalam tempoh hanya 12 jam di pelbagai platform digital.


Sejak dilancarkan kelmarin, pengaruh Ejen Ali ternyata masih mengagumkan dengan semangat peminat semakin membara untuk menyaksikan misi terbaharu yang lebih mendebarkan.

Peminat setia Ejen Ali membanjiri media sosial dengan pujian terhadap visual animasi memukau serta jalan cerita yang semakin matang dan menyentuh emosi.

'Tak sabar weh, serius! Aku umur 24 pun masih minat,' reaksi salah seorang peminat.

  

'Meremang bulu roma tengok trailer ni!' dan 'Bangganya as Malaysian jadi saksi kemajuan AniMY ni, boleh hasilkan animation yang hampir sama dengan kualiti antarabangsa…'. tulis seorang lagi netizen.

Rata-rata peminat jelas tidak sabar menyaksikan perjalanan baharu Ali dengan sut Satria, sambil berteka-teki mengenai kejutan yang akan menanti mereka di layar perak.

Kembalinya Ali ke arena perisikan MATA kali ini bakal menyaksikan konflik yang lebih kompleks dengan kuasa teknologi baharu dan musuh yang lebih mengancam.

Treler berdurasi dua minit 45 saat itu bukan sahaja memperlihat peningkatan grafik yang mengagumkan, malah memberi petunjuk kepada misteri dan cabaran baharu menanti Ali.

Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Itulah yang menanti peminat menerusi Ejen Ali The Movie 2 yang bakal ditayangkan di pawagam pada 22 Mei ini. Sekuel ini hasil kerjasama Primeworks Studios, WAU Animation dan Komet Productions.


Sebagai kesinambungan daripada kejayaan terdahulu, filem ini bukan sekadar sebuah sekuel, tetapi sebagai simbol janji untuk mempersembahkan karya animasi bertaraf dunia.

Dengan kualiti produksi yang dipertingkat dan olahan jalan cerita yang menyentuh jiwa, filem ini bukan sahaja dijangka 'pecah panggung', malah menjadi karya animasi tempatan yang wajib disaksikan oleh semua lapisan penonton.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2025 12:24 PM | Show all posts

Orang dewasa pun seronok layan Ejen Ali 2



EJEN ALI kini bukan sekadar produk animasi lokal semata-mata sebaliknya sudah menjadi simbol keunggulan karya anak Malaysia yang berjaya menembusi sempadan imaginasi dan teknologi.


Naskhah tersebut bukan hanya buat tontonan si cilik, malah disegani peminat animasi seluruh pelosok usia.


Selepas kejayaan cemerlang pada 2019, nadi Wau Animation kembali berdenyut garang menerusi Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), sekuel padat aksi, emosi dan adrenalin yang memahat kemegahan baharu kepada landskap animasi tempatan.


Tayangan perdana filem berkenaan sudah cukup untuk menjentik rasa bangga penulis, biarpun hadir dengan jangkaan rendah kerana sudah arif akan kredibiliti pengarahnya, Usamah Zaid Yasin iaitu lelaki di balik tirai magis bernama Ejen Ali.


  


Menonton hampir dua jam naskhah ini umpama menaiki roller coaster tanpa henti, naik turun adrenalin, sarat kejutan, penuh warna dan menyesakkan dada.


Aspek visualnya benar-benar mengundang rasa kagum. Dari segi kehalusan tekstur kulit hinggalah gerakan aksi yang bersifat kinetik, animasi dalam filem ini menunjukkan peningkatan luar biasa berbanding siri atau filem terdahulu.


Begitu juga dengan sut Satria yang disarung Ali. Semua itu bukan hanya perisai fizikal, tetapi lambang kematangan dan beban tanggungjawab berat.


Setiap gerakan terasa tangkas, pintar dan strategik memperlihatkan betapa watak utama ini telah berevolusi sepenuhnya.


  


Bukan sekadar Ali. Watak-watak seperti Alicia, General Rama, Neonimus dan mentor Teras lainnya turut menerima nafas baharu.


Dinamika antara Ali dan Alicia misalnya, tidak lagi dibalut ego atau perselisihan remeh. Kini, mereka berdiri atas dasar hormat dan kepercayaan sekali gus mempamerkan simbol kematangan dua ejen yang dahulu bertelagah.


Watak Neonimus pula, membawa aura misteri yang mampu membakar emosi penonton.


Jujurnya, penulis sempat memaki hamun karakter itu, tindakannya terhadap Cyberaya bukan sekadar konfrontasi tipikal, tapi refleksi kepada pergelutan antara kuasa dan nilai kemanusiaan.


  


Aksi padat


Dari babak pertama hingga ke akhir, filem ini sarat dengan aksi berskala besar. Pertempuran mentor Teras dan barisan antagonis memberi dimensi baharu kepada filem animasi tempatan.


Runut bunyi? Jangan dipertikai. Lagu Hanya Kamu (M. Nasir), Teman Sejati (Nidji) dan Penjuara (Hael Husaini) bukan sekadar hiasan bunyi sebaliknya meresap ke dalam adegan, menyatu emosi dengan penceritaan.


Bagi penulis yang juga seorang pencinta filem, tiada naskhah adiwira yang sempurna tanpa ‘plot twist’ dan EATM2 cukup bijak.


Dari satu babak ke satu babak, penonton dibawa berfikir, meneka, malah berkali-kali terasa terperdaya dengan percaturan cerita.


Tidak ketinggalan, dua ‘post-credit’ babak wajib ditunggu. Satu di pertengahan kredit, satu lagi betul-betul ketika penamat. Kedua-duanya bukan sekadar bonus, tapi ‘hint’ kepada apa yang mungkin bakal meledak dalam alam Ejen Ali selepas ini.


Tidak perlu mengulas panjang. cukup sekadar menyatakan, ini bukan filem untuk kanak-kanak semata sebaliknya karya intelektual untuk semua peringkat usia yang mendidik tentang perjuangan, pengorbanan dan pilihan yang harus dibuat meskipun menyakitkan.


Daripada skrip yang kemas, susun atur cerita sangat rapi, karakter berlapis hingga visual sinematik bertaraf antarabangsa, semuanya saling melengkapi dalam satu gubahan sempurna. - KOSMO! ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 01:19 PM | Show all posts
Harap movie ni meletoppp...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2025 07:37 AM | Show all posts
puas hati....cantik...smooth segala
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 03:58 PM | Show all posts
iolss tak tau nak tengok mana satu.
Ejen Ali ke, Keluang Man ke Mission Impossible
semua macam best

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 06:39 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 29-5-2025 03:58 PM
iolss tak tau nak tengok mana satu.
Ejen Ali ke, Keluang Man ke Mission Impossible
semua macam best

Tengok marathon je semua filem tu... but if Uols punye masa terhad, Iols rekomen tengok filem tempatan first...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2025 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
amandel replied at 30-5-2025 06:39 PM
Tengok marathon je semua filem tu... but if Uols punye masa terhad, Iols rekomen tengok filem temp ...

Iolss tengok Keluang Man tadi.
Tak sesia bangun awal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2025 09:36 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 1-6-2025 08:29 PM
Iolss tengok Keluang Man tadi.
Tak sesia bangun awal.

tengok mulut puaka pasal Keluang Man dekat Zhavflog juga macam menarik... tengok sembang sinemat pasal upcoming filem Mencari Ramlee dekat channel Mat Don menarik juga...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok ejen ali semalam, kalau tengok sorang boleh aku bantai tidur sebab sejuk. Ni tengok dgn org, aku tahan je lah mata. Utk yg budak, maybe enjoy lah. Otak aku terlampau memikir. Tapi rasa nya kalau tengok lilo & stich pasti aku enjoy tanpa harus perlu memikir jalan cerita. Bila tengok sneak peek kluang man, lagi lah takkan aku neli tiket wayang. tapi tengok Jurassic Park menarik
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 29-5-2025 03:58 PM
iolss tak tau nak tengok mana satu.
Ejen Ali ke, Keluang Man ke Mission Impossible
semua macam best

Mission Impossible, saya tertidur.
Kejap tidur kejap bangun.
Nengok sebelah,husband pun sama.
Hahahah.
So, saya buat kesimpulan, tak best.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 09:10 AM | Show all posts
kena tgk yg 1 dulu baru boleh faham yg 2 nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.527148 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list