CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 452|Reply: 0

Perbezaan antara probiotik dan prebiotik

[Copy link]
Post time 25-3-2025 10:14 AM | Show all posts |Read mode


KESIHATAN pencernaan adalah antara aspek penting dalam menjaga kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.

Dua istilah yang sering dikaitkan dengan kesihatan pencernaan ialah probiotik dan prebiotik.

Walaupun kedua-duanya memainkan peranan penting dalam sistem pencernaan, fungsi dimiliki berbeza dan saling melengkapi.

Probiotik adalah mikroorganisme hidup yang memberikan manfaat kesihatan apabila diambil dalam jumlah yang sesuai.

Mikroorganisme ini biasanya terdiri daripada bakteria atau yis (ragi) yang apabila memasuki usus, membantu menyeimbangkan mikroflora usus dan menggalakkan persekitaran yang sihat dalam sistem pencernaan.

Fungsi utama probiotik adalah memperbaiki keseimbangan mikroflora usus. Di dalam usus kita,

terdapat pelbagai jenis mikroorganisme yang perlu berada dalam keseimbangan untuk menjaga

kesihatan pencernaan.

Sekiranya keseimbangan ini terganggu, ia boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sembelit, cirit-birit, dan ketidakseimbangan bakteria.

Probiotik membantu mengimbangi bakteria baik dalam usus, meningkatkan sistem imun, serta mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya.

Makanan yang kaya dengan probiotik termasuk yogurt, kefir, tempe, kimchi, dan sauerkraut.

Prebiotik pula bukanlah mikroorganisme hidup, tetapi sejenis bahan makanan yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia.

Prebiotik terdiri daripada serat makanan atau karbohidrat kompleks yang bertindak sebagai makanan bagi probiotik dalam usus.

Prebiotik menyokong pertumbuhan dan aktiviti probiotik, yang akhirnya meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam usus.

Kehadiran prebiotik dalam diet membantu mewujudkan persekitaran yang menyokong kesihatan pencernaan, dan memastikan probiotik dapat berfungsi dengan lebih baik.

Prebiotik juga dapat meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium dan magnesium, yang penting

untuk kesihatan tulang.

Beberapa contoh makanan yang kaya dengan prebiotik termasuk pisang, bawang putih, bawang bombay, asparagus, dan gandum.

Kepentingan gabungan probiotik dan prebiotik

Gabungan antara probiotik dan prebiotik dikenali sebagai sinbiotik. Dalam sinbiotik, prebiotik menyediakan sokongan kepada probiotik agar kedua-duanya dapat berfungsi dengan lebih baik dalam usus.

Pengambilan makanan yang mengandungi kedua-dua probiotik dan prebiotik dalam diet

seharian dapat membantu:

- Meningkatkan keseimbangan mikroflora usus.

- Meningkatkan sistem imun dan mempercepatkan pemulihan selepas penyakit.

- Meningkatkan pencernaan dan mengurangkan masalah seperti sembelit dan gas.

- Menjaga kesihatan mental, memandangkan terdapat hubungan yang kuat antara usus dan otak.

Dengan mengamalkan diet yang kaya dengan kedua-duanya, kita dapat memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik, serta meningkatkan kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.378735 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list