CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 473|Reply: 0

Batuk disertai darah atau kahak berdarah tanda serius

[Copy link]
Post time 24-3-2025 09:15 PM | Show all posts |Read mode

Tarikh 24 Mac adalah sambutan Hari Tibi Sedunia, iaitu hari yang dikhaskan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit tuberkulosis yang kesannya begitu dahsyat terhadap kesihatan awam seluruh dunia.

Tema tahun ini, " Bersatu untuk menghabiskan tuberkulosis" menekankan kepentingan usaha bersama di seluruh dunia untuk menghapuskan tibi sebagai ancaman kesihatan awam.

Walaupun penyakit ini dapat dicegah dan dirawat, tibi masih meragut berjuta-juta nyawa setiap tahun.

Tibi ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang ditemui oleh Robert Koch pada tahun 1882. Ia menyerang paru-paru dan juga boleh menjejaskan organ lain.

Tibi merebak melalui udara apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin, atau bercakap. Penyakit tibi mempunyai beberapa ciri yang perlu diawasi dengan teliti untuk memastikan diagnosis dan rawatan yang tepat.

Pertama, gejala tibi sering kali tidak spesifik dan boleh disalah anggap sebagai penyakit biasa seperti selesema atau batuk biasa.

Gejala utama termasuk batuk berterusan selama lebih dari dua minggu, demam yang berpanjangan, berpeluh malam, penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, dan keletihan yang melampau.

Batuk yang disertai dengan darah atau kahak berdarah adalah tanda yang lebih serius dan memerlukan perhatian segera.

Selain itu, tibi juga boleh menjejaskan organ selain paru-paru, seperti tulang, sendi, buah pinggang, dan otak, yang boleh menyebabkan gejala yang berbeza bergantung pada organ yang terjejas.

Oleh itu penting untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan jika gejala-gejala ini berterusan atau bertambah teruk.

Individu dengan sistem pertahanan yang lemah, seperti mereka yang menghidap HIV/AIDS, kencing manis, atau menerima rawatan kanser seperti kemoterapi, lebih berisiko dijangkiti tibi.

Kumpulan berisiko tinggi lain termasuk perokok, individu yang kurang zat makanan, dan mereka yang tinggal atau bekerja di tempat sesak seperti penjara, tempat perlindungan, atau kem-kem pelarian.

Prof Dr Ching Siew Mooi.

Rawatan tibi

Rawatan tibi memerlukan komitmen tinggi daripada pesakit dan sokongan berterusan daripada pihak perubatan.

Rawatan standard untuk tibi membabitkan pengambilan gabungan antibiotik selama enam hingga sembilan bulan. Antibiotik yang biasa digunakan termasuk isoniazid, rifampisin, pyrazinamide, dan ethambutol.

Adalah penting untuk pesakit mengambil ubat secara konsisten dan mengikut jadual ditetapkan untuk mengelakkan rintangan ubat dan memastikan keberkesanan rawatan.

Pendekatan Directly Observed Treatment, Short-Course (DOTS) sering digunakan untuk memastikan pesakit mengambil ubat mereka seperti yang diarahkan.

Dalam kes tibi yang tahan pelbagai ubat (MDR-TB), rawatan mungkin lebih panjang dan membabitkan ubat-ubatan yang lebih kuat dengan kesan sampingan yang lebih serius.

Sokongan psikologi dan pemantauan kesihatan yang rapi juga diperlukan untuk membantu pesakit melalui tempoh rawatan yang panjang dan mencabar ini.

Tibi biasanya dirawat dengan gabungan pelbagai antibiotik dalam satu pil ubat untuk tempoh enam hingga sembilan bulan.


Bagi mengurangkan ketidakpatuhan, rintangan ubat, dan berulangnya jangkitan, pendekatan Directly Observed Treatment, Short-Course (DOTS) sering digunakan, iaitu pegawai perubatan atau sukarelawan terlatih akan memantau dan memastikan pesakit mengambil ubat seperti yang diarahkan.

Komplikasi akibat tibi yang tidak dirawat atau tidak diuruskan dengan baik termasuk kerosakan paru-paru, kegagalan pernafasan, pleuritis, tibi tulang belakang, meningitis, disfungsi buah pinggang atau hati, kemandulan, tibi perikarditis, kegagalan pelbagai organ, dan kematian.

Walaupun penyakit tibi boleh dirawat dengan antibiotik tetapi kita masih menghidapi cabaran seperti kelewatan diagnosis, ketidakpatuhan rawatan, dan tibi tahan pelbagai ubat (MDR-TB) menekankan keperluan untuk campur tangan yang lebih intensif.

Di Malaysia, Pada tahun 2023, jumlah kes tibi yang dilaporkan meningkat kepada 26,781, berbanding 25,391 pada tahun 2022.

Dengan 10.6 juta kes baharu dilaporkan seluruh dunia pada tahun 2022 dan 1.3 juta kematian, adalah penting bagi kita semua untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit ini dan mendapat rawatan dengan segala jika dijangkitinya.

Matlamat Hari Tibi Sedunia 2025

Matlamat Hari Tibi Sedunia 2025 menekankan beberapa aspek yang penting.

Pertama, meningkatkan kesedaran mengurangkan stigma dan menggalakkan diagnosis awal serta rawatan. Program pendidikan komuniti boleh memberi kuasa kepada individu untuk mengenali gejala dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Kedua, akses kesihatan sejagat memastikan pencegahan dan rawatan tibi yang adil, terutama untuk golongan yang terpinggir. Menangani penentu sosial kesihatan dapat memperbaiki hasil rawatan dan mengurangkan jurang dalam penjagaan TB.


Ketiga, pelaburan dalam alat diagnostik baru, vaksin, dan rejimen rawatan lebih pendek adalah penting untuk mengakhiri TB.

Kemajuan teknologi, seperti artificial intelligent dalam diagnosis tibi, menawarkan penyelesaian yang menjanjikan untuk meningkatkan akses dan ketepatan penjagaan kesihatan.

Keempat, kerjasama antara kerajaan, organisasi bukan kerajaan, dan agensi antarabangsa seperti WHO amat penting untuk menggabungkan sumber dan kepakaran. Strategi End TB WHO menjadi panduan untuk mencapai matlamat penghapusan tibi global.

INFO:

Apa itu Tuberkulosis?

Penyakit berjangkit berpunca daripada bakteria M.Tubercolisis sp dan boleh membawa maut.

Tanda dan gejala:

- Batuk melebihi 2 minggu.

- Demam.

- Hilang selera makan.

- Susut berat badan.

- Batuk berdarah.

Bagaimana ia merebak?

Melalui batuk, bersin dan berbual dengan orang lain.

Sumber: Kementerian Kesihatan

Penulis adalah Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan Sains dan Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)


Sumber: BH Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.996261 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list