|
Edited by Raline at 17-3-2025 09:52 PM
Setelah bertahun-tahun tidak bertemu, usahawan dan selebriti, Nur Fazura akhirnya berkongsi pertemuan bersama rakannya, model jelita, Zahnita Wilson ketika berada di Kuantan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 42, memuat naik momen tersebut yang memaparkan Zahnita menghantar bisnes pai kepada selebriti itu.
“Alhamdulillah, selepas sekian lama, akhirnya kami dapat berkumpul semula walaupun sekejap di Kuantan. Saya dan Zahni (panggilan mesra untuk Zahnita) memang dah lama kenal, sejak zaman di mana semua orang lebih baik, lebih seronok, dan kurang menghukum.
“Syukur sangat sebab sepanjang tahun-tahun ni, banyak yang kami belajar, menjadikan kami insan yang lebih baik dan paling penting, wanita yang saling menyayangi serta menyokong satu sama lain.
“My beautiful and humble Zahni personally delivered her Zahnita Humble Pie that i managed to secure walaupun dah sold out for the day. Alhamdulillah, rezeki Allah.
“Love watching your journey, stay raw stay strong and stay just the genuinely lovely you. love always and see you in KL. lots to catch up on for sure,” katanya dalam video tersebut.
Sebelum ini, Zahnita mencuri perhatian ramai apabila berkongsi gambar matanya yang lebam akibat keganasan rumah tangga.
Model jelita itu mendakwa kecederaan tersebut berpunca daripada tindakan suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Tidak mahu terus hidup dalam penderitaan, Zahnita akhirnya mengambil keputusan berani dengan memfailkan perceraian pada awal Disember tahun lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwinan mereka.
Sumber: XTRA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|