View: 4480|Reply: 1
|
Eco-Shop selaraskan harga produk kepada RM2.60 mulai 14 April
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Eco-Shop Malaysia akan menyelaraskan harga produk daripada RM2.40 kepada RM2.60, berkuat kuasa 14 April 2025.
Syarikat yang menjual barangan isi rumah harian itu dalam satu makluman ringkas di laman Facebook rasminya berkata, selama lebih 20 tahun, ia kekal komited untuk menawarkan produk keperluan harian pada harga yang paling berpatutan.
"Namun dengan kos operasi yang semakin meningkat, kami telah berusaha keras untuk mengekalkan harga yang berpatutan.
"Bagi meneruskan komitmen ini sambil mengekalkan standard perkhidmatan yang anda harapkan, harga produk di Eco-shop akan diselaraskan daripada RM2.40 kepada RM2.60, berkuat kuasa 14 April 2025.
"Terima kasih atas sokongan dan kefahaman anda yang berterusan. Kami amat menghargai anda sebagai sebahagian daripada keluarga Eco-shop," katanya.
Eco-Shop menawarkan pelbagai produk, terdiri daripada keperluan isi rumah kepada mainan dan makanan kucing.
Syarikat induknya, Eco-Shop Marketing Bhd (Eco-Shop), baru-baru ini dilaporkan telah memfailkan draf prospektus di untuk disenaraikan di pasaran saham tempatan.
Penyenaraian syarikat itu dilihat berpotensi menjejaki kejayaan IPO pengendali rangkaian kedai runcit 99 Speedmart, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd di Pasaran Utama tahun lalu.
Menurut draf prospektus berknaan, Eco-Shop merancang untuk mengapungkan sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan cadangan IPO sebanyak 862.15 juta saham yang mewakili 15 peratus daripada modal saham diperbesarkan.
Eco-Shop kini dikawal oleh Pengasas dan Pengarah Urusannya, Datuk Seri Lee Kar Whatt, dengan 80.3 peratus kepentingan secara langsung dan dua peratus tidak langsung, manakala Agathis Montana Sdn Bhd (AMSB), syarikat tujuan khas Creador IV, yang memegang 10 peratus kepentingan.
Ditubuhkan pada Mei 2006 sebagai Eco-Shop Marketing Sdn Bhd dan ditukar menjadi sebuah syarikat awam berhad pada Oktober 2024, perniagaan kumpulan terbabit terutama dalam peruncitan barangan runcit dan barangan pengguna am, pemborong beras, minyak dan gula dan penyediaan perniagaan pengangkutan.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Asal selaras jer mesti naek harga... Takde pong yang turong... Naper tak kata jer kenaikang harga...?
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|