|
Penyanyi Black Hanifah mendedahkan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman bank atau mana-mana pihak bagi membangunkan sebuah villa yang kini dijadikan tempat penginapan di Pulau Langkawi.
Ketika ditemui OhBulan!, Black atau nama lengkapnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 38, berkata perniagaan tersebut adalah hasil titik peluhnya sendiri, tanpa sebarang bebanan hutang.
"Bisnes ini adalah hasil tabungan, hasil simpanan, hasil saya jual rumah, dan saya mampu."
"Saya buat vila saya tanpa hutang, semua secara tunai. Saya tiada hutang dengan mana-mana bank atau sesiapa."
Black berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music di Glam Hall, Damansara, Selangor pada Jumaat.
Ketika diminta mengulas mengenai komen negatif segelintir netizen terhadap kejayaannya, Black mengakui enggan ambil peduli terhadap pandangan orang lain dan lebih memilih untuk fokus pada usahanya sendiri.
"Saya tak naklah cakap apa-apa. Kalau mereka mendoakan saya yang tak baik, satu tudingan itu, empat lagi kembali kepada dia sendiri,."
"Saya yakin kalau ada usaha, kalau kita rajin menabung, menyimpan, itulah dia kunci untuk kita berjaya,"
Sebelum ini Black pernah dituduh terlibat aktiviti pengubahan wang haram kerana miliki kapal mewah dan sebidang tanah di Pulau Langkawi.
Bagaimanapun Black menafikan perkara itu dengan menjelaskan semuanya adalah hasil daripada menabung sejak mula bergelar artis.
Dalam perkembangan lain, Black berkolaborasi bersama Adira Suhaimi dalam single raya terbaharu mereka yang berjudul Syawal Rindu.
Sumber: Oh Bulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|