CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7655|Reply: 1

"Saya cari wanita Kelantan sebab penggemar budu" - Nadhir Nasar

[Copy link]
Post time 17-3-2025 02:54 PM | Show all posts |Read mode



Pelakon tampan, Nadhir Nasar mengakui kekangan waktu kerana kesibukan kerja menjadi punca utama dirinya sukar mencari pasangan hidup.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Ahmad Nadhir Ahmad Nasar ini percaya peneman hidup buatnya sudah ada namun masih belum bertemu dengan individu itu lagi.

  


Bulan lepas saja saya hanya ada sehari untuk cuti rehat, begitu juga dengan bulan ini saya ada masa berehat sekitar dua hingga tiga hari saja.

Saya akui untuk menjadi kepunyaan seseorang pada masa sekarang agak susah, tapi saya percaya individu itu ada, cuma belum jumpa lagi.

Nadhir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis bertemu peminat sempena kempen ‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’ di Bukit Bintang pada Sabtu.

Selain Nadhir, duta jenama terbabit iaitu Shukri Yahaya, Mierul Aiman dan Syafiq Kyle turut turun padang bertemu peminat dan memeriahkan acara itu.



Menjawab soalan mengenai keinginannya untuk menjadikan wanita dari negeri Kelantan sebagai teman hidup, pelakon filem ‘Kahar: Kapla High Council’ ini memaklumkan masih mencari wanita tersebut.

"Saya masih mencari wanita dari negeri Kelantan memandangkan saya bakal menjengah usia 30 tahun pada tahun depan."

"Entahlah saya rasa wanita Kelantan ini ada satu aura yang sangat dekat dengan personaliti saya. Antara perkara yang buat saya minat wanita dari Kelantan ini kerana mereka pandai memasak."

"Saya tidak mengenali mana-mana wanita Kelantan sekarang ini. Saya ada ramai kenalan yang berasal dari negeri itu, cuma seseorang yang membesar di Perak, saya nampak perbezaan di antara dua negeri ini dan ia agak menyeronokkan"

"Saya mencari wanita dari Kelantan ini disebabkan saya ini penggemar budu."

Sementara itu, Nadhir tampil menjawab spekulasi yang mengatakan dirinya sudah berpunya.

"Saya akui ada ramai yang membuat spekulasi saya sedang mempunyai hubungan dengan seseorang, jujur saya okey saja. Cuma privasi tetap menjadi keutamaan saya."

"Kadang benda itu tak betul hingga menjejaskan kedua-dua pihak. Cuma untuk saya, spekulasi itu tak betul."

Sumber : OhBulan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 03:47 PM | Show all posts
Great discussion! Healthy skin is just as important as a great skincare routine. KLM Klin Face Wash deeply cleanses, controls oil, and keeps skin fresh and acne-free!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.076342 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list