CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7638|Reply: 6

‘Jatuhnya Air Mata Seorang Matin, Dia Mula Faham Rindu’ – Shuib Kongsi Momen Sayu Anak Menangis Ketika Ziarah Pusara Siti Sarah

[Copy link]
Post time 17-3-2025 02:50 PM | Show all posts |Read mode



Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, berkongsi momen menyentuh hati ketika dia bersama anak-anak menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 41, meluahkan rasa syukur dapat meluangkan masa bersama anak-anak di pusara arwah.

"Macam biasa sedekahkan Al Fatihah, bersihkan kubur sambil berborak-borak dengan si Dia. Bercerita tentang perkembangan baru anak-anak, cerita kehidupan dunia pada Dia."

  


Namun, apa yang lebih menyentuh hati adalah momen penuh emosi apabila anak ketiganya, Ariq Matin yang tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi pusara ibunya.

Menurut Shuib, Matin adalah anak yang paling jarang menangis, sesuai dengan namanya yang membawa maksud ‘kuat’. Namun, dalam kunjungan kali ini, anak kecil itu akhirnya tidak dapat menyembunyikan rasa rindunya terhadap ibu tercinta.

"Semalam (Ahad) tiba-tiba jatuhnya air mata seorang Matin, mungkin bila dia dah makin besar, dia dah mula dan makin faham tentang “Rindu”. Dulu Ibunya pergi di saat dia usia 6 tahun, masa tu dialah bongsu, anak paling manja."


"Tak boleh jauh dengan Ibu, selalu berkepit dengan Ibu, tidur berpeluk dengan Ibu sampai macam nak termasuk dalam perut Ibu. Anak yang tak pernah kena bantai dengan Ibu. Anak terpaling manja dengan Ibu.Sekarang bila usianya 10 tahun, dia mula faham tentang banyak perkara."

"Setelah lama daddynya tak menangis, jatuh jugalah air mata ini berjurai-jurai sebab ada yang mulakan. InsyaAllah, harap Ibu juga ada di saat kami menangis semalam."

Shuib turut menitipkan doa buat arwah isterinya serta berharap roh Siti Sarah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak popular Shuib pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,  Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan anak bongsunya ketika kandungan berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun tahun lalu di Putra Glass Heights.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu, Rotikaya


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
please lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Here we go again
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas sorang, sorang dijadikan modal tunggangan arwah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
paham memang semua akan rindu yg dah tiada..tapi bersyukur la dpt pengganti yg sayang anak2 tiri mcm anak sendiri..sudah2 la tak abih2
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 06:50 PM | Show all posts
Hurrmmmm......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2025 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Menunggang anaknya lg. Mentang2 hutang berjuta2, skrg ni buka restoran guna anak dia sbgai duta sbb ramai benci tgk perangai hodoh mamat ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045090 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list