CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6202|Reply: 1

MSC Cyberport Johor Bahru

[Copy link]
Post time 5-5-2011 11:16 AM | Show all posts |Read mode


MSC Cyberport, atau dahulunya dikenali dengan nama Menara Sarawak Enterprise yang terletak di kawasan Tanjung Puteri, Johor Bahru.
Bangunan yang dahulunya sepi, sekarang ini dipenuhi dengan berbagai-bagai agensi kerajaan seperti Mahkamah Sivil, SPAN, Sisa Pepejal, Farmasi dan Kementerian Kesihatan. Tidak kurang juga dengan syarikat saham AA Anthony.
Disini saya ingin kemukanan 2 aduan yang dihadapi ketika membuat urusan disini.

1. Jika sekali imbas dengan namanya MSC Cyberport, mesti semua akan berfikir yang bangunan ini pasti mempunyai kecanggihan dari segi teknologi IT. Tapi sayang, walaupun mempunya dua cafeteria, masih sukar menjalankan kerja-kerja online kerana tiada sistem WIFI. Jangankan WIFI cafe, yang kepunyaan Cyberport pun tak ada. (Kedai Pak Jabit pun dah dipasang WIFI)

2. Tempat parking. Kebanyakkan parking yang disediakan (ada 8 tingkat untuk parking) sudah di Reserve oleh pekerja-pekerja disitu. Bila parking penuh, pegawai keselamatan suruh parking di luar sahaja. Tapi bila parking diluar, kenderaan akan disaman oleh tiga agensi berkanun iaitu Polis Traffik, JPJ dan MPJB. Bagi kami yang terpaksa mengikuti perbicaraan mahkamah (masa tidak tentu) selalu menghadapi masalah ini.

Diharap pihak berwajib akan melakukan sesuatu tindakan yang sepatutnya supaya menyenangkan urusan semua pihak yang berurusan di menara tersebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2011 11:20 AM | Show all posts
yup, aku setuju masalahh parking kt sini!!
sesakkk geler!
kalau pak guard suh paking kt luar, aku pon tak tahu nak letak
keta tang penjuru mana!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.053331 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list