CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30334|Reply: 1

Nak balas jasa, Achey duet dengan anak Harun Salim Bachik

[Copy link]
Post time 16-3-2025 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 16-3-2025 10:30 PM


KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyanyi, Achey kembali memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan single raya berjudul Ragam Raya yang turut menampilkan penyanyi baharu, Baby Feaaa dan Tantari.

Ragam Raya bercerita mengenai ragam dan persiapan menjelang Aidilfitri termasuk 'trend' membeli baju baharu termasuk pelbagai keunikan lain yang sering berlaku.

Achey yang juga komposer lagu berkata, Ragam Raya dihasilkan sejak penghujung September tahun lalu.

"Saya sudah buat demo lagu pada September, tapi rakaman mengambil masa kerana perlu menyesuaikan jadual penyanyi lain. Baby Feaaa pula sedang belajar di Kelantan, jadi proses rakaman sedikit tertangguh," kongsi Achey.

Achey berkata, pemilihan Baby Feaaa dalam lagu kerana dia adalah anak kepada pelakon dan pelawak, Allahyarham Harun Salim Bachik yang pernah membantu mencungkil bakatnya dalam industri seni.

"Arwah Harun pernah membantu saya pada 2012 dan selepas ketiadaannya, saya rasa terpanggil bawa Baby Feaaa ke hadapan.

"Sebelum ini, Baby Feaaa sudah ada lagu duet dengan saya menerusi Kabus dan kini kami keluarkan lagu raya bersama," katanya.



Selain itu, Achey berkata, Tantari turut terbabit dalam lagu Ragam Raya kerana penyanyi cilik itu juga pernah berduet dengannya sebelum ini menerusi lagu Biar.

"Lagu raya ini ibarat satu kumpulan kecil yang saya hasilkan untuk menampilkan penyanyi yang pernah menyanyikan lagu ciptaan saya.

"Setiap tahun saya bercadang untuk mengumpulkan mereka dalam lagu raya bersama," ujar Achey.

Lagu Ragam Raya menceritakan ragam masyarakat dalam menyambut Aidilfitri termasuk obsesi membeli pakaian baharu dan perbincangan siapa masih memakai pakaian lama.

Achey berkongsi, dia mahu memastikan setiap lagu raya dihasilkan menampilkan elemen jarang diketengahkan dalam kebanyakan lagu raya lain.

"Kalau tahun sebelum ini saya buat lagu Raya Rempit yang menceritakan kegilaan menghias motosikal sempena Hari Lebaran, kali ini saya angkat realiti persiapan raya yang biasa, tetapi tidak selalu dimasukkan dalam lagu," katanya.

Single Ragam Raya terbitan Seventeen Eleven Music boleh distrim di semua platform penstriman muzik sejak 7 Mac lalu.


Sumber: BH Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2025 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Annoying nye die nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.101834 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list