CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22475|Reply: 26

Saya buat drama bukan untuk jatuhkan Islam – Erma Fatima

[Copy link]
Post time 15-3-2025 01:29 PM | Show all posts |Read mode

MINGGU ini industri hiburan tanah air hangat dengan isu babak-babak panas yang diselitkan dalam drama tempatan.

Antara yang paling mendapat perhatian ramai adalah babak dalam drama Bidaah lakonan pelakon berkaliber, Vanidah Imran dan Faizal Hussein yang ditayangkan dalam platform penstriman, Viu Malaysia.

Dalam babak tersebut, Vanidah yang sedang berbaring di atas katil dilihat menyentuh janggut Faizal Hussein menggunakan kakinya.

Lebih membuatkan penonton kurang senang adalah watak Faizal merupakan seorang ahli agama dan drama tersebut pula ditayangkan dalam bulan mulia.

Isu babak panas ini turut mendapat perhatian pendakwah selebriti yang mengkritik pengkarya tempatan seolah-olah kekurangan idea untuk dipaparkan kepada masyarakat.

Menerusi hantaran yang dikongsikan pendakwah selebriti, PU Syed dalam akaun media sosialnya, dia meluahkan kekesalannya terhadap sutradara di Malaysia.

“Cerita Bidaah itu sendiri sudah Bidaah Dholalah. Apatah lagi plot cerita yang melampau ditonjolkan khasnya melibatkan Islam. Sudah mati idea gamaknya sutradara-sutradara di Malaysia ini dalam menghasilkan cerita-cerita berkualiti dan patuh syariah.

“Memang wujud ajaran sesat yang menghambakan pengikutnya. Namun saya rasa tak perlulah dipertontonkan kepada khalayak. Apatah lagi babak di atas katil juga dipertontonkan seperti dalam video yang tular,” tulisnya.

PU Syed turut menyarankan penerbit drama Bidaah iaitu Erma Fatima untuk menghasilkan karya yang lebih realistik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Mak cik Erma Fatima bolehlah cuba buat drama yang melibatkan cinta kepada tanah air seperti ketenteraan, kepolisan atau cerita-cerita islamik yang lebih realistik untuk kesedaran masyarakat,” sarannya.

Selain Bidaah, PU Syed juga mendedahkan mendapat mesej daripada pengikut akaun media sosialnya yang menegur satu lagi karya Erma iaitu Keluarga Itu yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3.


“Drama Keluarga Itu yang dilakonkan pelakon senior dikatakan ada babak dan dialog yang tak senonoh ditonjolkan dalam drama tersebut.

“Di sini boleh dipersoalkan apa fungsi agensi-agensi yang menapis drama atau filem sebelum dibenarkan untuk ditayangkan. Kementerian yang bertanggungjawab perlu tegas dalam isu ini. Adakah peraturan sudah semakin longgar?” soalnya.

Sementara itu, penerbit drama Bidaah, Erma pula mendedahkan kisah yang dipaparkan dalam drama arahan Pali Yahya itu adalah bersandarkan kisah benar yang pernah dialaminya sendiri.

“Bidaah adalah kisah benar. Saya pernah berada di dalam kumpulan jemaah seperti itu beberapa tahun lalu. Apabila saya duduk dalam kumpulan itu, ilmu agamanya betul.

“Tiba-tiba satu hari saya dapat panggilan daripada seorang gadis daripada kumpulan itu memberitahu saya dia ditiduri tok gurunya. Bukan hanya dia, tetapi beberapa gadis lain. Ini bukan kisah bohong. Inilah bidaah. Akhirnya Saya bawa keluar gadis-gadis itu dari tempat tersebut.

“Sebab itulah saya buat drama Bidaah.  Saya buat drama ini bukan untuk jatuhkan Islam. Tetapi saya mahu ibu bapa di luar sana kaji terlebih dahulu tentang siapa guru yang akan mengajar anak-anak mereka,” dedahnya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok.

Babak panas bukanlah perkara baharu yang wujud dalam industri seni kita. Dulu babak-babak ini mungkin hanya dipaparkan untuk tayangan layar lebar untuk kumpulan penonton tertentu.

Tetapi kini begitu mudah untuk kita tonton babak-babak yang boleh disifatkan sebagai berani mati ini dengan mudah di kaca televisyen mahupun secara digital.

Apabila berbicara soal kreativiti, isu ini agak subjektif kerana setiap pandangan atau hujah yang disampaikan akan ada pengikut dan penentangnya.

Mungkin waktu tayangannya tidak kena atau mungkin juga masyarakat kita sudah muak dengan kisah yang mengangkat penunggang agama sebagai subjek utama.

Cukuplah sekadar baca kisah penunggang-penunggang agama atau haruan makan anak dalam surat khabar atau berita semasa. Tidak perlu divisualkan untuk tetapan masyarakat terutamanya dalam bulan yang mulia.

Lama juga stesen televisyen di Malaysia tidak menyajikan penonton dengan drama-drama yang bertemakan Ramadan. Rindu drama-drama seperti Diari Ramadan Rafique dan Seputih Qaseh Ramadan.


Sumber: Kosmo! Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2025 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli la ngan cerita2 makcik ni.. tapi still aku tengok walaupun geli.. tengok sebab nak tengok sejauh mana kegelian itu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudahla ko nek! Dari dulu mmg wajib ada scene lucah melampau kl drama ko. Kl xrogol, mesti ada part senggama. Wajib ada!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa cerita ni realistik.. memang kenyataan ada kultus2 menonggeng agama pun tahap menyembah. Tapi tak sesuai tayang prime time Dan wajib lah kot letak rating tontonan 18 tahun keatas.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mok cun buat drama tak ada seni.. entahlah rasa tu tak ada walau ada sijil. Nak angkat isu islam ke feminisme ke tak sampai, last2 nampak Islam itu dangkal.. feminisme kelaut macam simpan dendam yang tak kesampaian pada wanita lain. nak kata art berat pun tak sebab skrip pun berputar kat isu yang sama ja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2025 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita dah ok tp part senggama tu xyah la mcm tu sekali nek erma. Buat ringkas asal org tahu senggama sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Punyalah lawa dlm Femina dan Pengantin Popular..but..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2025 07:29 AM | Show all posts


acik dukun mempertahankan akak nya.....


#pusingpusingkatsituSEX


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nozot replied at 16-3-2025 06:20 AM
mok cun buat drama tak ada seni.. entahlah rasa tu tak ada walau ada sijil. Nak angkat isu islam ke  ...

betul ckap u..i tak penah minat dah nak tgk citer2 dia..last tgk yg eman manan berlakun tu rasanya..tu pun 2-3 episode je..pastu tak tgk dah sbb boring..OVERRATED sgt EF ni..even citer Mok Cun tu pun berlebih2an sgt..tgk 1 episod terus i pangkah..nak tunjuk life org kampung, tapi mcm overacting & jalan cerita pun tahape..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 07:38 AM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 07:40 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 07:45 AM | Show all posts



  



Punya lah pomot citer2 sex dia....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 07:49 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul wujud kes2 mcm ni, idoklah membenarkan menvisualised kan babak2 soft porn tu. Ada byk cara nk babak kan kes tu kan

Yg ramai org question is babak soft porn, bkn question masalah penyelewangan agama which itu mmg ramai tahu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
"Tiba-tiba satu hari saya dapat panggilan daripada seorang gadis daripada kumpulan itu memberitahu saya dia ditiduri tok gurunya. Bukan hanya dia, tetapi beberapa gadis lain. Ini bukan kisah bohong. Inilah bidaah. Akhirnya Saya bawa keluar gadis-gadis itu dari tempat tersebut.,"


Woo
ape kes ni
mmg jd kes polis ke atau handle sendiri


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2025 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok guru banyak tok guru masalahnya tok guru tu akidah apa...Kalau wahabi ye iols caya banyak yang perangai x semenggah...tok guru aswj insya allah x ade perangai pelik cengginih lagi2 Kalau tok guru aswj tu sanad dan nasab die bersambung terus dengan Nabi Muhammad saw...so jangan pukul rata jerk tok guru kena tengok tok guru tu akidah apa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 08:51 AM | Show all posts
JunkMail replied at 16-3-2025 05:39 AM
Aku rasa cerita ni realistik.. memang kenyataan ada kultus2 menonggeng agama pun tahap menyembah. Ta ...

Yang mana wajar diberikan label 18 (minimum 18)? "Keluarga Itu" atau "Bidaah"? Kalau "Keluarga Itu", TV3 bagi label klasifikasi 16 (minimum 16).

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 08:53 AM | Show all posts
miss_strangers replied at 16-3-2025 08:24 AM
Sudahla ko nek! Dari dulu mmg wajib ada scene lucah melampau kl drama ko. Kl xrogol, mesti ada part  ...


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2025 09:04 AM | Show all posts
JunkMail replied at 16-3-2025 05:39 AM
Aku rasa cerita ni realistik.. memang kenyataan ada kultus2 menonggeng agama pun tahap menyembah. Ta ...

kalau korang tahu ia nya ujud....kenape tak report. expose the person. expose the group.
Perlu ke  buat drama kasi scene atas katil, scene kuis kuis kaki, scene kena main oleh bapak.

perlu ke tu semua....without that scene producer tak boleh send the message to public.
ada kah public bodoh mesti tunjuk scene baru mereka faham message yang producer nak sampaikan?

hollywood buat scene macam ini to attract people, not to educate or send message. they educate thru their script, thru the story line.....








Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 1.000782 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list