CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1916|Reply: 0

Jiwa bersih, hati peka, tubuh lebih sihat berkat Ramadan

[Copy link]
Post time 12-3-2025 11:42 AM | Show all posts |Read mode

Masa terlalu pantas beredar, kini masyarakat Islam sudah pun menghampiri separuh bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan.

Masyarakat Islam perlu bermuhasabah sepanjang hari yang sudah berlalu supaya kekal fokus dan komited beribadah.

Puasa Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang memiliki pelbagai tujuan penting mencakupi pelbagai aspek iaitu kerohanian, sosial dan fizikal untuk dicapai oleh setiap hamba Allah SWT.

Pertama, meningkatkan ketakwaan di sisi Allah SWT. Secara jelas dan tegas Allah SWT menyatakan objektif utama berpuasa adalah untuk mencapai darjat takwa di sisi-Nya iaitu menjadi insan yang taat dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah: 183)

Puasa mengajarkan manusia menahan diri tidak hanya dari makan dan minum, tetapi juga dari ucapan kasar, emosi negatif dan syahwat. Ini adalah latihan kerohanian untuk menguasai hawa nafsu.

Saat berpuasa, seseorang merasa selalu diawasi Allah, bahkan ketika sendirian. Hal ini membentuk kebiasaan untuk menjauhi maksiat dan memilih tindakan yang diredai-Nya.

Selain itu, puasa berperanan membersihkan hati seseorang dari sifat mazmumah seperti sombong, hasad, dengki dan materialistik. Kesan berlapar, jiwa menjadi lebih lembut dan bersedia menerima hidayah.

Kedua, menyatakan rasa syukur pada Allah SWT. Tujuan untuk menumbuhkan sifat syukur juga Allah SWT nyatakan secara jelas hasil dari berpuasa sama ada kepada Allah SWT atau sesama manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "…Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah: 185)

Selain itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "…dan jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat-Ku kepadamu…". (Surah Ibrahim: 7)

Ramadan adalah waktu untuk memperbanyakkan ibadah seperti tilawah al-Quran, solat malam, zikir dan sebagainya yang merupakan bentuk syukur atas petunjuk dan rahmat dari Allah SWT.

Seterusnya, puasa membuatkan seseorang menginsafi betapa berharganya makanan, air dan sebagainya yang selama ini mudah didapati. Ketika berbuka, manusia diajar tidak mengambil nikmat-Nya sebagai hal biasa dan mudah.

Rasa lapar mengingatkan pada penderitaan orang miskin sehingga mendorong seseorang untuk bersyukur dengan berkongsi melalui zakat, sedekah atau memberi makan orang yang berpuasa.

Ketiga, menjaga kesihatan tubuh badan secara fizikal dan mental. Puasa tidak hanya ibadah spiritual, tetapi juga memiliki manfaat kesihatan yang signifikan dan memberi kesan jika dilakukan dengan benar dan betul.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Berpuasalah, pasti kamu akan sihat." (Riwayat al-Tabrani)

Puasa memberi waktu bagi sistem pencernaan untuk beristirahat dan membersihkan (menyahkan) toksin.

Seterusnya puasa menyeimbangkan metabolisme melalui pola makan terbatas ketika sahur dan berbuka akan membantu menstabilkan kadar gula darah, mengurangi lemak jahat (LDL) dan meningkatkan daya tahan tubuh.

Selain itu, kesihatan mental turut diperoleh kerana puasa melatih kesabaran, mengurangkan stres dan meningkatkan fokus. Aktiviti ibadah seperti solat tarawih dan tadarus juga memberi ketenangan batin.

Demikianlah, ketakwaan menjadi asas kerohanian yang memotivasikan berpuasa, rasa syukur memperkuatkan hubungan sosial dan keimanan, sementara kesihatan adalah bonus fizikal dari pola hidup yang diatur oleh syariat.

Ramadan menjadi bulan transformasi secara holistik iaitu merangkumi jiwa yang lebih bersih, hati yang lebih peka dan tubuh yang lebih sihat kesan dari kemuliaan dan keberkatan bulan yang mulia ini.

Penulis Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Acis) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah
Alam, Selangor


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.046773 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list