CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2565|Reply: 14

Ujian sejak bertudung, Syasya Rizal pernah terdetik mahu kembali imej lama

[Copy link]
Post time 11-3-2025 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 11-3-2025 11:34 AM


HAMPIR setahun tampil dengan imej berhijab, penyanyi Syasya Rizal tidak berputus asa untuk kekal istiqamah menutup aurat.

Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, mengakui dia berdepan dengan pelbagai cabaran untuk terus mengekalkan penampilannya itu.

Malah, dia sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik meskipun hatinya pernah terdetik untuk kembali dengan imej lama.

"Sejak saya pakai tudung, perjalanan itu sangat mencabar dan menguji mental. Ianya tidak semudah yang orang nampak.

"Kadang-kadang akan terfikir, patah balik itu mungkin cara yang paling mudah.

"Orang ingat kita dah alim... nak jadi ustazah tapi tidak pun. Saya sama saja macam yang lain, masih mencuba untuk jadi seseorang yang lebih baik," katanya.

Syasya berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya.


Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini,  dia sentiasa cuba untuk tidak berasa riyak dengan perubahan yang dilakukannya.

Malah percaya setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza dalam melakukan perubahan.

"Bila sudah bertudung ini bukan bermaksud kita terpaling bagus berbanding orang lain, saya selalu ingatkan diri saya untuk tidak riyak. Sebab diri saya ada banyak lagi yang perlu baiki.

"Untuk semua wanita di luar sana yang tengah berjuang untuk istiqamah, tidak mengapa jika perjalanan itu agak lambat dan jangan terlalu memaksa.

"Perjalanan kita semua tak sama, jadi tak perlu bandingkan dengan orang lain. Slowy but surely," kongsinya.

Pada April 2024, penampilan Syasya yang manis bertudung selepas keluar dari kumpulan Dolla meraih perhatian peminatnya.

Sumber: mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 12:01 PM | Show all posts
yg nak pakai sebenarnya dia sendiri ke bakal sominya masa tu yg suruh? ade sape2 tau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 01:32 PM | Show all posts
tak lama la tu..
dah ada hint hint
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena usaha cari circle yg betul.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 02:19 PM | Show all posts
semoga syasya istiqomah..iols suka betul syasya ni sejak dari dolla..manis je
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 02:22 PM | Show all posts
bukak ke tutup ke, bila nak ikut laki sambung study LUARRRR NEGARAAA tuu.. hehehehhe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2025 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara tak best. Lebih baik sambung study. Dapatkan real job yang lebih menjamin.


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum merealisasikan niat, kena lah bagi hint dulu. Xde lah netizen terkejut nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga istiqamah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dia nak g obersea ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts

Akhir2 sejak dh beranak kerap ada penampakkan dia ni nyanyi cover sana sini
Suami dia pun join nyanyi gak walaupun..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde ke reputz nk tanya sambung belajar overseas apa citer r
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bior le dia..kalau dia poyo melampau tu laen ceta la..mcm pakai purdah mekap mata melampau..pastu ckp pun bajet2 cam bagos ala2 neelopak..yg tu br la leh maki. Anak pun mcm jaga sendiri khen tu..tak tolak kt tah sesapa suh jaga khen..iols lg menyampah dgn set2 berjimak sebelum kawen pastu gugurkan anak..pastu repeat cycle jimak..pastu bila time nk kawen ckp biasa la semua org takde dara dh skrg ni..kepala hangguk kao la
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai sbb nak kawin kan?
Drastik betul.. Dedah2 terus nikah zass pakai tudung.
Moga istiqamah lah yer.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh hint2 nk bukak tu. Haritu pkai sbb “insaf+terkejut” agaknya sbb “nk gi oberseaaaa”. Hahaha yg faham tu faham la yeee. So mmg drastik bertutup litup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.069251 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list