CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7934|Reply: 1

Salah tetap salah, saya minta maaf kepada semua – Azad Jasmin

[Copy link]
Post time 7-3-2025 12:27 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Susulan kontroversi konten yang didakwa mempersenda agama, penyampai radio Azad Jasmin tampil memohon maaf secara terbuka menerusi media sosial peribadinya.

Dalam masa sama, Azad atau nama sebenarnya Azad @ Jazmin John Louis Jefri, 49, berharap orang ramai dapat memaafkan tindakannya yang mengguris hati kaum India termasuk ahli keluarganya sendiri.

Sebenarnya, saya buat video khas ini untuk kawan-kawan, keluarga dan peminat yang berbangsa India.

“Ya salah tetap salah, jadi saya nak minta maaf kepada semua peminat dan mereka yang berbangsa India.

“Kami juga sudah buat permohonan maaf secara terbuka dan berharap sangat agar kawan-kawan dan keluarga saya berbangsa India sudi memaafkan kami,” katanya dalam InstaStory.

Dalam masa sama, Azad atau lebih mesra disapa Pak Azad itu memaklumkan ahli keluarganya yang rata-rata mempunyai darah India itu turut kesal dengan tindakan dilakukannya.

“Sejujurnya, saya juga mempunyai darah keturunan India di mana arwah bapa saya berbangsa India yang memeluk agama Islam.
“Ramai juga ahli keluarga saya marah sebab mereka rasakan tindakan kami sangat tidak sopan,” jelasnya.

Semalam, video permohonan maaf daripada penyampai 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin Amir dan Azad Jasmin tular selepas insiden mempersenda tarian kavadi Hindu ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan mencetuskan kontroversi.

Video asal yang kini sudah diturunkan daripada platform media sosial stesen berkenaan memaparkan seorang daripada mereka meniru tarian kavadi sambil menyebut ‘Vel, Vel’ sebelum disusuli gelak tawa rakan lain.

Hari ini, ketiga-tiga mereka selesai memberi keterangan kepada polis lebih dua jam di Bukit Aman.

Polis mengesahkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2025 03:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.379122 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list