CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17613|Reply: 1

Anak bengang bapa suka kutuk masakan ibu, diri sendiri masak megi pun tak reti!

[Copy link]
Post time 5-3-2025 03:13 PM | Show all posts |Read mode


Seorang wanita yang kurang senang dengan sikap bapa kerana sering mengkritik masakan ibunya.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu meluahkan rasa terkilan kerana bapanya terlalu cerewet terhadap masakan ibunya.

"Ayah aku ni suka sangat komen mak masak tak sedap. Aku pula geram bila selalu dengar dia cakap macam tu. Suruh (ayah) masak sendiri, senyap pula," tulisnya.

Lebih membuatkan dia berasa tidak puas hati, bapanya sendiri bukanlah seorang yang pandai memasak tetapi 'rancak' mengkritik dan memberi komen negatif terhadap masakan isteri.

Wanita itu turut berseloroh dengan menyatakan bapanya mungkin mengalami masalah deria rasa kerana terlalu kerap mengkritik makanan dimasak isterinya tidak sedap.

"Masak mi segera pun tak reti, lagi hebat cucu dari tok wannya. Itu pun lagi mahu komen isteri masak.

"Ayah saya rasa macam dah meratib di bibir tu 'tak sedap'. Kadang-kadang saya cakap juga, lain kali gosok gigi tu gosok lidah lama-lama sikit, baru deria rasa okay," tambahnya lagi.



Dalam pada itu dia turut bimbang sekiranya ibunya mogok atau mengambil keputusan untuk ‘gantung kuali’ menyebabkan mereka sekeluarga sukar untuk menikmati hidangan enak.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata turut tidak bersetuju dengan sikap bapanya.

Warga maya turut menegaskan bahawa seseorang itu sepatutnya bersyukur dengan makanan yang disediakan terutama oleh ahli keluarga sendiri, bukannya merungut tanpa alasan munasabah.

"Tak sedap, makan sikit. Sedap, makan lebih. Nak sedap lagi, masak je sendiri. Ayat tu selalu saya guna. Nak kompelin orang dah susah payah masak untuk awak, feedback macam tu awak bagi.

"Makan je la. Mulut jangan banyak bunyi. Serabutlah orang jenis suka membazir tak habis makan atas alasan makanan tak sedap. Makanan tak sedap pun telan jelah. Lainlah kalau makanan tu basi," komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2025 10:18 AM | Show all posts
puji jelah isteri punya masakan tu sekali pun tak pe, ni atas katil je tau puji, lain2 tak reti puji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 1.504889 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list