CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7528|Reply: 0

Kerap pedih perut? Jangan ambil ringan, anda mungkin alami ulser peptik

[Copy link]
Post time 4-3-2025 01:19 PM | Show all posts |Read mode

SIAPA sangka rasa pedih perut yang dianggap biasa merupakan antara simptom kepada penyakit ulser peptik.

Walaupun kesakitan itu akan hilang namun ia pasti akan berulang kembali malah menjadi lebih teruk apabila perut kosong.

Meskipun begitu, ada juga kes yang mana pesakit tidak mengalami sebarang simptom tetapi disahkan menghidapi penyakit berkenaan.

Apakah itu ulser peptik?

Meurut portal Hello Doktor, ulser peptik berpunca daripada luka atau ulser menyakitkan yang berkembang pada lapisan atau bahagian pertama usus kecil (duodenum).

Ia berlaku apabila asid perut membersihkan lapisan lendir pelindung pada saluran pencernaan sehingga menyebabkan pendarahan dalaman.

Untuk info, saluran pencernaan manusia dilapisi dengan lendir yang biasanya memberi perlindungan daripada asid, namun sekiranya jumlah asid berlebihan atau jumlah lendir berkurang, ia berisiko untuk mengalami ulser.

Terdapat dua jenis penyakit ulser peptik:

1) Ulser gastrik. Berlaku pada lapisan perut

2) Ulser duodenum. Berkembang pada bahagian atas usus kecil.

Penyakit ulser ini berisiko terjadi kepada individu semua peringkat usia namun lazimnya ia cenderung berlaku kepada orang dewasa dengan gaya hidup tidak sihat.


Faktor risiko mengalami ulser peptik

Berdasarkan statistik, 1 daripada 10 individu cenderung bedepan serangan ulser disebabkan faktor risiko ini:

1) Penggunaan ubat antiradang nonsteroid (NSAID) yang kerap

2) Tabiat minum alcohol

3) Asap daripada tabiat merokok boleh meningkatkan risiko ulser peptik pada individu yang dijangkiti bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) berlebihan pada saluran pencernaan

4) Mengalami masalah kesihatan seperti penyakit hati, buah pinggang atau paru-paru

5) Sejarah keluarga menghidap ulser

6) Stres yang tidak terkawal

7) Gemar makan makanan pedas

Rawatan dan cara pencegahan:

Kebanyakan ulser peptik boleh sembuh melalui rawatan awal dan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Bagaimanapun sekiranya ia tidak dirawat, komplikasi penyakit akan berlaku teramsuk pendarahan dalaman, lubang pada dinding perut, sekatan pada laluan makanan dalam saluran pencernaan atau kanser gastrik.

Justeru, orang ramai disarankan untuk menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan bagi mencegah jangkitan serta menerapkan diet seimbang seperti makan buah-buahan, sayuran dan gandum penuh.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 0 Replies : 0
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 304 Replies : 0
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 11046 Replies : 12
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31772 Replies : 24
Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,000 akibat pelaburan tidak wujud
ultra78Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,00
Views : 24568 Replies : 2
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 27220 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44366 Replies : 627
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 19672 Replies : 6
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15700 Replies : 8
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 14633 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.483216 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list