View: 32868|Reply: 13
|
[Dunia]
Masuk Thailand kena bayar 300 baht (RM39)
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Thailand akan memperkenalkan cukai pelancongan sebanyak 300 baht (RM39) terhadap pelancong asing menjelang akhir 2025, lapor portal berita Thaiger semalam.
Cukai baharu itu dijangka mencetuskan perdebatan mengenai kesannya terhadap industri pelancongan.
Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thienthong mengesahkan bahawa bayaran itu dijangka berkuat kuasa semasa musim kebanjiran pelancong asing di Thailand, sekiranya diluluskan dan diterbitkan dalam Warta Diraja menjelang Mac ini.
Cukai itu akan dikenakan kepada semua pelancong asing yang tiba melalui laluan udara. Mereka akan dikenakan bayaran 300 baht setiap seorang.
Pelawat yang masuk melalui jalan darat atau air juga akan dikenakan bayaran tersebut.
Sorawong memberi jaminan bahawa sistem baharu itu akan menawarkan perkhidmatan sehenti bagi menyelaraskan proses pembayaran untuk pengembara asing.
Cukai itu adalah untuk menyediakan insurans hayat dan kemalangan kepada semua pelancong asing yang memasuki Thailand. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kena cukai 39..kat border dah la hentam duit lagi..tp tu hentam duit pn ok sbb kja pantassss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai buat duit,  |
|
|
|
|
|
|
|
Up 3k baht.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Cukai itu akan dikenakan kepada semua pelancong asing yang tiba melalui laluan udara. Mereka akan dikenakan bayaran 300 baht setiap seorang.
Pelawat yang masuk melalui jalan darat atau air juga akan dikenakan bayaran tersebut.
Cakap saja lah semua orang kena tak boleh ka? Aku baru nak happy masuk ikut Sadao. Ka ada lagi jalan lain?
|
|
|
|
|
|
|
|
300 bhat je pun.. rega semangkuk tomyam jurr... ikan talapia bakar garam baru 250 bhat sepinggan... lebih kurang  |
|
|
|
|
|
|
|
Tp aku gi last month, takde pun lagi cukai ni... maybe hujung tahun baru stat kot eh |
|
|
|
|
|
|
|
Thailand dan jepun mmg tgh curb overtourism ni. Banyak onar daripada faedah. Tu yg diorg perkenalkan tax mcm ni. Meanwhile Malaysia gigih kan nak tarik pelancong China datang kan |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 2-3-2025 05:07 PM
Thailand dan jepun mmg tgh curb overtourism ni. Banyak onar daripada faedah. Tu yg diorg perkenalkan ...
Telen byk pelancong dr india datang. |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu pula nak pergi Thailand where you can see people being themselves and not be judged. |
|
|
|
|
|
|
|
Cukai itu adalah untuk menyediakan insurans hayat dan kemalangan kepada semua pelancong asing yang memasuki Thailand. – AGENSI
----
It makes sense le considering mamat2 minah2 mat salleh sewa motor pastu accident langgar org, atau masuk spital ada la cover. |
|
|
|
|
|
|
| |
|