CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19429|Reply: 0

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan

[Copy link]
Post time 26-2-2025 08:55 PM | Show all posts |Read mode
PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan

BERNAMA




IBU Pejabat Polis Bukit Aman. FOTO Hairul Anuar Rahim.



Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 13 pegawai kanannya berkuat kuasa 7 April.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Kamaruzaman Abdullah memaklumkan pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman Deputi Komisioner (DCP) Normah Ishak pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner (CP).

"Turut bertukar Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Senior Asisten Komisioner (SAC) Saifullizan Ishak yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat DCP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Penolong Pengarah E8A Cawangan Khas Bukit Aman SAC Azman Abd Razak pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Cawangan Khas Negeri Sembilan Asisten Komisioner (ACP) Faizal Ibrahim dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Selangor manakala Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kuantan Pahang ACP Nasri Mansor dilantik sebagai Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command, Kementerian Dalam Negeri.

"Kedua-dua mereka memangku pangkat SAC," katanya.

Kamaruzaman berkata pertukaran lain melibatkan Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Supt Alhusin Halil dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah dengan memangku pangkat ACP.



Disiarkan pada: Februari 26, 2025 @ 8:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1191336/pdrm-umum-pertukaran-13-pegawai-kanan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.316791 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list