View: 10322|Reply: 15
|
[Tempatan]
Pakcik umur 69 tahun lepas gian pekena dadah lepas keluar masjid solat Subuh
[Copy link]
|
|
Langkawi: Lelaki warga emas yang baru keluar lokap Jumaat lalu selepas ditahan atas kesalahan dadah, ditahan sekali lagi semalam kerana kesalahan sama.
Lelaki berusia 69 tahun itu ditahan pegawai penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, dalam operasi Op Perdana di kawasan 'port' dadah di Bukit Malut.
Ditahan pada 7 pagi itu, warga emas yang berkopiah itu mendakwa dia baru pulang menunaikan solat Subuh di masjid berhampiran, sebelum datang ke kawasan port itu untuk mendapatkan bekalan bagi melepaskan gian.
"Pak cik baru keluar lokap Jumaat lalu dan tinggal masjid di sekitar pulau ini sebagai tempat persinggahan.
"Hari ni (ini) pak cik mai (datang) nak amik sikit (dadah) sebab tak tahan walaupun pak cik dah niat nak banyak buat ibadah, tapi tak boleh sebab kalau tak ambil heroin, air mata akan berlinang sendiri," katanya ketika ditemui di port penagihan dadah di Bukit Malut, di sini semalam.
Menurut warga emas itu, dia sudah lama terbabit dalam penyalahgunaan dadah sejak 20 tahun lalu dan pernah direman di bawah pengawasan AADK, dua tahun lalu.
Datuk yang sudah mempunyai empat anak dan enam cucu itu berkata, dia kini hidup sebarang kara selepas berpisah dengan isterinya akibat angkara dadah.
"Pak cik simpan azam tahun baru nak berhenti menagih dadah sebab dah tua. Lagi pula minggu depan nak sambut Ramadan, pak cik ingat nak banyak mengaji al-Quran dan solat di masjid.
"Tapi kalau tak dapat dadah, pak cik hidup tak tenteram, kena ambil juga la cuma tak tau macam mana nak berhenti terus," katanya.
Sementara itu, seorang lelaki berusia 20-an yang ditahan di kawasan Bukit Malut itu terkejut apabila ibunya yang berusia 58 tahun datang ke tempat 'port' dadah itu selepas mengetahui dia ditahan.
"Mak cik tak tahu langsung dia ambil dadah, baru hari ini mak cik tahu dia hisap dadah bila orang beritahu dia kena tangkap.
"Mak cik mai (datang) sini nak tengok dia, memang tak sangkalah dia hisap dadah," katanya.
Semalam, Harian Metro melaporkan, AADK menggempur kawasan Bukit Malut dan menahan lebih 80 individu disyaki penagih dadah.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bukit malut.. what to expect.. |
|
|
|
|
|
|
|
Geli la najis dadah pergi masjid. |
|
|
|
|
|
|
|
"Pak cik simpan azam tahun baru nak berhenti menagih dadah sebab dah tua. Lagi pula minggu depan nak sambut Ramadan, pak cik ingat nak banyak mengaji al-Quran dan solat di masjid.
Tahun baru dah lepas le pakcik. Sekarang nak masuk march dah. Tunggu alam baru lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau port dadah pun masih kat bawah hidung, stok pun senang nak dapat mana mau nya berenti gitu2 je. Jauhi lah dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba aku nk berburuk sangka, pergi masjid nk beribadah ke, ke aim tgk tabung ni. |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat apa pun boleh katanya janji solat tak tinggal |
|
|
|
|
|
|
|
haiyoooo pokcik, g KK amik je ubat methadone...
seminggu 2x isnin & jumaat.. tak g pagi, boleh g petang |
|
|
|
|
|
|
|
alam barzakh???

|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dah mendadih,ssh nak pulih...Ade yg berjaya pulih mcm penyanyi Ameng tu kan...kwn iolss last week laki dia kn tangkap...pasal ni gak la...dia percaya laki dia, alasan kn game gan kawan2...biji mate merah x abis2... Iolss dgr je la... Dah biasa kan wife pendadih ni setia nak mati kan suami deme . |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk misleading sungguh.
|
|
|
|
|
|
|
|
cakap penagih ni
mana boleh percaya
10 dorang cakap, 13 tak leh pakai |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm kalo umur macam pakcik ni ada harapan lagi x untuk sembuh???ataupon mmg stuck ngan dadah sampai akhir hayat??? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukit malut ni bkn ka port rohing.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|