Edited by pengecattaik at 24-2-2025 08:13 AM
MACHANG - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerima tamparan hebat apabila tewas dalam pemilihan bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Machang pada Sabtu.
Pada pemilihan itu, beliau yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tewas kepada penyandang jawatan itu Kamaruddin Ab Kadir atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din.
Cikgu Din memperoleh sebanyak 103 undi manakala Wan Ahmad Fayhsal hanya menerima 26 undi. 
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
|