CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!

[Copy link]
Terong Pipit This user has been deleted
Post time 9-9-2003 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by UdiNo at 2003-9-8 20:22:
2- Imam Ali a.s di'masukkan' kedalam kategori Khulafa ar-Rasyidin oleh imam Hanafi dan sebelum itu beliau tidak langsung disebut-sebut kerana sejak dari pemerintahan bani Umayyah hingga ke zaman pemerintahan akhir-akhir bani Abbasiyah Ahlul Bait (Alawiyin) ditindas dan diketepikan hingga individu yang masyhur dari kalangan mereka terselindung kerana pihak pemerintah.  Sila anda rujuk semula tarikh yang berkaitan dengannya. Insya Allah anda akan lihat betapa dahsyat Ahlul Bait ditindas dan disisihkan.


Bani Abbasiyah pun dari kalangan Keluarga Nabi s.a.w. Kenapa depa tak sebulu dengan puak Syi'ah ni? Ada apa-apa ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2003 05:16 PM | Show all posts
sekiranya anda mahu belajar sejarah, bill sedia mengajar setakat yg bill mampu kepada anda.

bani Abasiah menggunakan Ahlul Bait a.s bagi meraih sokongan pengikut Ahlul Bait a.s dalam menentang Dinasti Umayyah. Dan mereka kononnya berjuang utk membela Ahlul Bait a.s dan menaikkan kedudukan mereka pada kerusi pemerintahan. Kemudian apabila memegang tampok kekhalifahan, mereka memungkiri janji mereka dan menganggap Ahlul Bait a.s sebagai ancaman terbesar atas kesengangan mereka atas kerusi pemerintahan. Sebab itulah khalifah2 bani Abasiah dan dinasti lain bersungguh menaikkan mazhab2 Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali bagi memesongkan umat daripada mentaati Ahlul Bait a.s dan mengurangkan sokongan terhadap Ahlul Bait a.s. Sebab itulah, kalau anda baca sejarah anda akan dapati mazhab Maliki misalnya, telah diperintahkan utk disebarkan oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansor. Abu jaafar telah memerintahkan Imam Malik utk mencipta sebuah mazhab utk menenggelamkan mazhab Ahlul Bait a.s yg waktu itu diketuai oleh Imam Jaafar as-Sadiq a.s.

oh ye, bukan bani Abasiah saja yg memusihi Ahlul Bait a.s, khalifah2 awal juga sama. bacalah kisah Saqifah (thread baru bill pun ada kisah ni) kalau anda nak tahu.
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 11-9-2003 08:42 PM | Show all posts

Respon buat Nahzaluz 3

[center]Salamun `Alaik...Nahzaluz

Terima kasih, ana rasa anda memang nak cari satu kebenaran, tapi janganlah teragak-agak dan ragu-ragu bila anda memperolehinya. Maksud ana, bila satu kebenaran sudah terpancar dihadapan mata, maka terimalah walaupun pahit. Kerana Islam Gharib (asing) pada awalnya dan ia akan kembali menjadi asing, maka beruntunglah bagi yang terasing itu. Itulah hadits Nabi s.a.a.w.

Kedua- ana bukan menolak pendapat anda mengatakan imam Ali itu diiktiraf oleh ASWJ sebagai khalifah. Tetapi apa yang ana nak sampaikan ialah tiada yang layak menjadi pemimpin umat kiranya mereka tidak memiliki syarat-syarat yang terbilang seperti keilmuan yang tinggi dan bersih dari kekotoran pendapat yang mungkin dipengaruhi oleh Syaitan. Bukan suatu yang mustahil bila seseorang meskipun ia seorang yang bertaqwa, syaitan tetap dapat mempengaruhinya. Samada secara zahir atau batin. Dari itulah Syiah Imamiyah berpendapat berlandaskan nas bahawa para imam itu bersih dan suci dari pengaruh syaitan dan memiliki keilmuan yang tinggi. Kerana memimpin umat bukan suatu yang mudah. Umat yang dipimpin harus dipimpin dengan al-Quran. Jadi umat wajib mengikut al-Quran bukan al-Quran mengikut umat. Al-Quran pula bukan mudah difahami kerana ia sesuatu yang suci. Lihatlah bagaimana al-Quran diberikan takwilan dan tafsiran yang berbagai-bagai hingga kitab-kitab tafsir banyak dan berlambak. Berbeza-beza pendapat dalam menafsirkan satu ayat sahaja. Jadi mana satu yang benar?. Maka disini nas al-Quran telah menjelaskan bahawa al-Quran itu hanya dapat difahami dan disentuh secara halus oleh imam-imam yang disucikan. Sila rujuk firman Allah: sesungguhnya ia adalah al-Quran yang mulia, tersimpan rapi di luh mahfuz, tidak menyentuhnya (La Yamassuhu) melainkan orang-orang yang disucikan (Al-Muthahharun)..."(al-Waqiah: 75-80)

Perhatikanlah kalimah al-Muthahharun...Isim Maf`ul iaitu yang disucikan. Juga perhatikan kalimah Massa bukan Lamasa. Ana harap anda dapat memahaminya dengan baik. Terima Kasih.


Salam.......
[/center]
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 11-9-2003 08:49 PM | Show all posts

Respon buat Billionare

[center]Salam....

Terima kasih sebab bagi jugak respon pada ana. Lama jugak ana tunggu respon dari enta. Takpelah .....

Bill. Ana harap anta bertenang...jangan terlalu ghairah dan sensitif dengan hujjah-hujjah ASWJ. Mereka juga saudara kita di dalam Islam. Dakwah perlu bertenang dan yang penting hujjah harus tepat, jangan dikurang dan jangan ditambah, Amanah ilmu sangat penting. Tunjukkan bahawa anda berada dalam kebenaran.
Ana harap anta dapat terima teguran ana. Bukan kerana nama, tapi kerana Allah s.w.t.

Salam.....
[/center]
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 11-9-2003 08:59 PM | Show all posts

Salam......MK

[center]MK, apa cerita? saya sememangnya tak berapa faham apa yang anda mahukan sebenarnya. Anda cuba membalik-balikkan hujjah dan dalil. Saya bukan marah kalau anda mahu menyoal sesuatu walaupun pelik soalan itu atau soalan bodoh sekalipun. Tapi niat anda mesti betul dan mahukan al-Haq. Demi Allah Syiah Imamiyah takutkan Allah dan tak akan cari 'PASAL' dengan membolak-balikkan hujjah kerana takut kalah. Jika 'Ya' kami katakan 'Ya Benar' Jika tidak apakan daya kebenaran hanyalah dari Tuhan-Mu. Kalah atau menang bukan point dan matlamatnya. Tetapi al-Haq itulah sebenar-benar tujuan. Bersabarlah dan terimalah teguran demi kesejahteraan di dunia dan akhirat atau di akhirat sahaja. Fahamilah......
Saya minta maaf kalau terkasar bahasa tapi kebenaran itu tetap akan terpancar meskipun dibenci.

Salam
[/center]

[ Last edited by UdiNo on 11-9-2003 at 09:03 PM ]
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 11-9-2003 09:10 PM | Show all posts

Respon buat Nahzaluz 4

Salam Nahlazuz...

Ana lupa nak jawab soalan anda yang di'postingkan' pada 8-9 tu. Pasal dialog imam ar-Ridha tu ana tak berapa pasti dimana sebab ana tak pernah jumpa lagi mengenainya. Tapi apa yang pasti Ahluz Zikri yang dimaksudkan adalah Ahlul Bait. Bukan taksub bukan  fanatik, Tapi satu kebenaran. Sila cari Asbabun Nuzul tentang ayat: Fas `alu Ahlaz Zikri in Kuntum La Ta`lamun... Insya Allah anda akan dapat jawapannya. Buatlah sedikit perbandingan dari beberapa riwayat mengenainya. Terima Kasih

Salam......

[ Last edited by UdiNo on 11-9-2003 at 09:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
UdiNo This user has been deleted
Post time 11-9-2003 09:22 PM | Show all posts

TP....Salamualaikum

Apa khabar? lama anda tak bawa berita baru. Takpelah. Terima kasih sebab bagi repon dari 'karangan' ana tu. Bill sudahpun menjawabnya dengan ringkas dan boleh dibuat bahan fikir dan timbangan. Silallah rujuk bagaimana pertukaran dan kejatuhan bani Umawiyah ke tangan bani Abbasiyah. Memang benar mereka menggunakan Ahlul Bait (bani Alawi) untuk sama-sama menjatuhkan dinasti Umawi. Tetapi sayangnya mereka dikhianati. Sila rujuk juga sejarah imam ASWJ yang keempat yang mana beliau dituduh bersekongkol dengan bani Alawi untuk menjatuhkan bani Abasi. Disini jelas terbukt bahawa pihak pemerintah sangat-sangat takut dengan respon dan reaksi orang ramai dan takut imam Ahmad mempengaruhi orang awam untuk menjatuhkan mereka. Sekaligus menunjukkan bahawa bani Alawi sentiasa diawasi dan diperhatikan supaya mereka tidak dapat mempengaruhi orang ramai untuk melakukan satu revolusi. Sila rujuk....Terima Kasih

Salam.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2003 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by UdiNo at 11-9-2003 08:49 PM:
[center]Salam....

Terima kasih sebab bagi jugak respon pada ana. Lama jugak ana tunggu respon dari enta. Takpelah .....

Bill. Ana harap anta bertenang...jangan terlalu ghairah dan sensi ...

salam
maaf kerana lambat respon kepada tajuk anda. untuk pengetahuan anda, sudah sebulan lebih bill tidak berforum. mengenai saranan anda agar bill tidak terlalu ghairah dan lebih bertenang, terimakasih. pendekatan bill dalam forum ini sebenarnya agak sederhana sekiranya anda mengikuti posting2 bill sejak dulu. namun sekali lagi, terimakasih atas nasihat itu.  di forum ini dulu memang tidak wujud isu sunni syiah ini sehinggalah sebuah thread yg dimulakan oleh Opoiki mengenai pengganti Nabi saaw, dan dari situ mulalah perbicaraan mengenai Syiah secara terbuka buat kali pertamanya telah berlaku dengan begitu aktif sekali. kami juga telah membincangkan isu mutaah dengan panjang lebar dengan keputusan yg baik kepada mazhab Ahlul Bait pada akhirnya. Namun kedua2 thread ini tak lagi dapat kita ikuti pada hari ini selepas format forum ditukar. dan kami juga tidak menyentuh isu2 yg sensitif sehinggalah berlalu beberapa masa. DAn alhamdulillah, kami di sini sejak lebih dua tahun berusaha utk membela mazhab Ahlul Bait dengan tanpa sedikitpun bermaksudkan nama dan ganjaran. semoga kehadiran anda di sini meninggikan lagi cahaya kenbenaran dan agar kami semua dapat merengguk ilmu anda insya Allah!
semoga anda dirahmati Allah.

wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2005 05:38 PM | Show all posts
saje je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.413884 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list