CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26260|Reply: 0

Trump akan umum tarif 'timbal balik' minggu depan

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:37 PM | Show all posts |Read mode


Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif "timbal balik" selanjutnya minggu depan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ketika ditanya mengenai tarif terhadap produk dari Jepun semasa bertemu Perdana Menteri Shigeru Ishiba di Rumah Putih, Trump memberikan jawapan dalam konteks lebih luas dengan merujuk kepada "perdagangan timbal balik, supaya kita dilayan secara adil dengan negara lain. Kita tidak mahu lebih atau kurang."

Trump berkata pengumuman akan dibuat pada Isnin atau Selasa.

"Saya fikir itu cara paling adil untuk melakukannya, dengan cara itu tiada pihak yang terjejas," katanya.

"Mereka kenakan caj kepada kita, kita kenakan caj kepada mereka. Ia perkara yang sama, dan saya nampaknya lebih cenderung ke arah itu berbanding tarif kadar rata."

Trump berkata isu tarif tidak banyak dibincangkan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Jepun. Tidak jelas pihak mana yang akan menjadi sasaran langkah baharu itu, namun beliau sebelum ini memberi bayangan akan mengenakan tarif terhadap barangan yang diimport daripada Kesatuan Eropah.

Tarif AS sebanyak 10 peratus terhadap barangan China mula berkuat kuasa pada Selasa, manakala tarif 25 peratus yang dirancang ke atas Mexico dan Kanada digantung untuk tempoh awal 30 hari selepas kedua-dua negara itu berjanji meningkatkan langkah keselamatan sempadan.

Trump memenangi Pilihan Raya Presiden pada November lepas dengan janji untuk mengenakan tarif tinggi ke atas barangan asing bagi mengurangkan defisit perdagangan AS.

Beliau sebelum ini melaksanakan beberapa tarif sepanjang penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.043257 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list